Now Reading
PU Syed Tegur Nora Ariffin Guna AI Untuk Nyanyi Duet Dengan Arwah Suami

PU Syed Tegur Nora Ariffin Guna AI Untuk Nyanyi Duet Dengan Arwah Suami

Dalam satu persembahan konsert solo di Petaling Jaya Performing Arts Centre (PJ PAC), Nora telah menyediakan satu segmen khas buat arwah suaminya, Johan Nawawi.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Zaman sekarang ini macam-macam perkara yang dahulunya dianggap mustahil, kini dilihat semakin mudah dengan adanya perkembangan teknologi dunia yang semakin canggih.

Kalau zaman dulu, semua maklumat perlu dicari menerusi bahan cetakan seperti buku, majalah, surat khabar dan sebagainya.

Kini semuanya berada di hujung jari tanpa perlu keluar rumah, sambil baring pun boleh je.


PU Syed Tegur Nora Ariffin Nyanyi Berduet Guna AI Dengan Arwah Suami

Walau bagaimanapun, kemajuan teknologi seperti Artificial Intelligence (AI) kurang digemari oleh sesetengah pihak dek kerana keupayaannya menghasilkan imej bergerak termasuk orang yang sudah meninggal dunia.

Terbaharu, tular aksi penyanyi wanita tempatan, Datuk Nora Ariffin atau nama sebenarnya Wan Norafizah Ariffin, 51,  yang dikatakan menyanyi secara berduet dengan arwah suaminya.

Dalam satu persembahan konsert solo di Petaling Jaya Performing Arts Centre (PJ PAC), Nora telah menyediakan satu segmen khas yang ditujukan kepada suaminya yang sudah meninggal dunia iaitu Johan Nawawi.

Wajah arwah suaminya itu kemudian muncul pada papan skrin sebelum Nora bertindak seolah-olah menyanyi duet dengan bekas pasangannya itu menggunakan teknologi AI.

Peka dengan apa yang berlaku selepas diberitahu oleh seorang pengguna media sosial, pendakwah bebas yang dikenali sebagai PU Syed tampil memberi teguran terbuka kepada penyanyi berkenaan menerusi satu hantaran dimuat naik di laman Instagram (@pusyed_official).

Menurut PU Syed, perbuatan menggerakkan gambar tanpa tujuan yang baik adalah tidak dibenarkan dalam Islam dan tidak bertepatan dengan hukum syarak.

Jelasnya lagi, tindakan tersebut boleh mendatangkan aib kepada penyanyi berkenaan dan juga arwah suaminya.

“Dia buat duet bersama dengan arwah suaminya ketika konsert. Perbuatan menggerakkan gambar tanpa tujuan yang baik maka tidak dibenarkan.

“Kepada Nora, harap tidak melakukan perkara seperti itu sebab tidak dibenarkan oleh syarak. Menghidupkan gambar dengan tujuan berduet untuk menyanyi boleh mendatangkan keaiban kepada beliau dan arwah,” katanya.

Hukum Menggunakan AI Dalam Islam

Platform penghasilan gambar menggunakan teknologi AI kini menjadi perhatian ramai kerana pelbagai visual menarik dikatakan boleh dihasilkan dengan memuat naik input daripada teks.

Sebelum ini, pendakwah bebas Ustaz Azhar Idrus juga pernah tampil memberi penjelasan mengenai hukum penggunaan AI untuk menghasilkan gambar.

Hukumnya dibolehkan sekiranya:

  • Lukisan manusia dibuat untuk tujuan baik seperti mempromosikan perniagaan baju kurta dan sebagainya.
  • Wajah seseorang tokoh dilukis semula bagi memperingati kebaikan dan jasa mereka.

Tetapi, hukum penggunaan AI boleh diharamkan sekiranya situasi berikut pula berlaku:

  • Menggunakan gambar tersebut untuk tujuan maksiat.
  • Menjadikan wajah individu yang sudah meninggal dunia dalam keadaan hina sehingga membuatkan ahli keluarga mereka berasa sedih.
  • Menimbulkan fitnah dan menyebarkan aib.

Secara kesimpulannya, penghasilan gambar menggunakan teknologi AI ini adalah dibolehkan jika ia digunakan untuk tujuan kebaikan seperti pembelajaran.

Namun, hukumnya haram sekiranya digunakan untuk tujuan sekadar suka-suka sahaja.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd