Now Reading
[Video] “Senyum Bahagia” – Ramai Suka Lihat Momen Indah Bapa & Anak Naik Motosikal Ketika Hujan

[Video] “Senyum Bahagia” – Ramai Suka Lihat Momen Indah Bapa & Anak Naik Motosikal Ketika Hujan

Menerusi video tersebut, jelas terlihat meskipun mereka dibasahi hujan yang lebat namun ia juga adalah satu momen indah buat dua beranak terbabit.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Setiap ibu bapa yang mempunyai anak pasti ingin melakukan yang terbaik dan mencurahkan kasih sayang sepenuhnya. Malah ada yang sanggup berkorban apa sahaja demi memastikan anak hidup selesa dan bahagia.

Kasih sayang ini dapat dilihat menerusi sentuhan, perhatian dan perasaan bimbang yang sentiasa mahu anak berada dalam keadaan sihat serta selamat.

Setiap momen dalam membesarkan anak itu akan sentiasa menjadi saat indah untuk dikenang nanti.

Gelagat bapa dan anak naik motosikal dalam hujan raih perhatian

Baru-baru ini, gelagat seorang bapa di Indonesia membawa anaknya menaiki motosikal telah meraih perhatian ramai.

Menerusi video yang dimuat naik oleh Awien Syuib di TikTok, awalnya kelihatan dia membawa anaknya membonceng motosikal dalam keadaan hujan.

Namun demi memastikan si kecil itu tidak kuyup dibasahi hujan,dia dilihat menggunakan baju hujan miliknya untuk menutup kepala serta badan si anak.

Kelihatan wajah keduanya gembira walau hujan membasahi diri

Meskipun berada dalam hujan namun kelihatan wajah si comel itu begitu gembira seperti sedang menikmati setiap inci kepada momen indah tersebut bersama bapa tersayang.

Reaksi sama turut dapat dilihat dari wajah bapa yang ketika itu sedang menunggang motosikal juga bahagia dalam hujan yang membasahi mereka.

Malah apa yang menjadi perhatian mesej si ayah di dalam video juga membuatkan ramai rasa terharu.

“Ternyata ayah yang dulu aku lihat menyembunyikan anak dalam jaket hujan adalah aku yang sekarang (kerana sedang melalui detik sama),” tulisnya.

Ramai terharu dan rasa bahagia lihat gelagat dua beranak

Melihat di ruangan komen, ramai yang terharu serta rasa bahagia melihat gelagat dua beranak tersebut.

Malah ada yang berpendapat seseorang boleh gagal dalam kehidupannya namun jangan sesekali gagal menjadi ayah yang terbaik.

Ada juga mengatakan momen indah seperti itu akan sentiasa menjadi kenangan yang indah buat anak-anak.

https://www.tiktok.com/@awien_syuib/video/7448652413415771398?_r=1&_t=8sK9ryrTwxu

“Anak tu senyum bahagia sebab bagi dia seronok dapat main hujan, cuma kadang kita sebagai ibu bapa ni rasa serba salah sebab tak dapat beri yang terbaik.”

“Ya Allah comelnya! Suasana yang tak boleh beli dengan wang ringgit. Semoga membesar menjadi anak yang soleh ya..”

“Asalkan jadi ayah yang tahu tanggungjawab, awak melakukan yang terbaik. Semuanya akan okay”


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitterThreads dan Insta

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd