Now Reading
[Video] Wanita Dakwa Kedai Runcit Simpan Stok Makanan Dalam Tandas

[Video] Wanita Dakwa Kedai Runcit Simpan Stok Makanan Dalam Tandas

Kelihatan stok barangan didakwa makanan itu diletakkan berhadapan mangkuk tandas di kedai runcit yang dipercayai berlokasi sekitar Perak.

wanita jumpa stok makanan dalam tandas sebuah kedai runcit

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Buat mereka yang bergelar peniaga, adalah penting untuk memastikan setiap barangan dijual adalah selamat dan bersih daripada sebarang kekotoran terutama sekali jika melibatkan makanan.

Namun ada juga segelintir pihak yang tidak mengendahkan perkara tersebut. Seperti sebelum ini, pihak penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri (KPDN) Melaka mendedahkan sebuah kedai runcit yang menyimpan stok dalam tandas.

Selain itu, peniaga terbabit turut didapati menjual barangan yang sudah tamat tempoh pada 1 Jun 2024 iaitu kira-kira empat bulan lalu sebelum diterjah pihak berkuasa.

Baca Artikel Berkaitan: [Video] KPDN Melaka Dedah Kedai Runcit Simpan Sayur Jualan Dalam Tandas Bikin Ramai Loya Tekak

Wanita Dakwa Jumpa Stok Makanan Disimpan Dalam Tandas Kedai Runcit

Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman TikTok apabila seorang wanita dikenali sebagai Syazlina (@syazlina_00) berkongsi keadaan di sebuah kedai runcit dipercayai sekitar Perak.

Menerusi video perkongsian, kelihatan setiap barangan dijual disusun seperti biasa di rak-rak disediakan. Namun siapa sangka, pemilik kedai runcit tersebut juga meletakkan stok barangan di dalam bahagian tandas.

Dakwa Syazlina, barangan yang diletakkan berhadapan mangkuk tandas itu adalah stok makanan. Pun begitu, tidak dapat dilihat dengan jelas jenis makanan yang disimpan di sana.

Perkara mengejutkan itu kemudiannya membuatkan wanita ini berasa geli. Bukan itu sahaja, kelihatan juga beberapa jenis sayur diletakkan bersebelahan dengan pintu tandas terbabit.

“Kembang tekak tengok, lepas ni memang tak masuk dah kedai dia ni 🤢,” ujar Syazlina di ruangan kaspyen.

https://www.tiktok.com/@syazlina_00/video/7449009760915000593

Ramai Luah Rasa Geli Lihat Stok Makanan Disimpan Dalam Tandas

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai meluahkan rasa jijik melihat perkara tersebut.

Ada juga individu yang dipercayai selalu membeli barangan di kedai runcit terbabit berkata dia tidak sangka stok makanan disimpan di dalam tandas selama ini.

“Selalu beli tak nampak pula pintu tu, selalu tutup (pintu tandas) naya,” kata wanita tersebut.

Sementara itu, ramai juga menasihati Syazlina untuk membuat aduan kepada pihak berkuasa menggunakan bukti yang ada agar tindakan lanjut boleh diambil.

Sumber: TikTok (@syazlina_00)

Lapor Kepada KPDN

Untuk info, pembeli berhak untuk membuat laporan kepada pihak KPDN sekiranya mendapati terdapat peniaga yang melanggar undang-undang dan tidak mengikuti piawaian ditetapkan.

Salah satu caranya adalah menerusi aplikasi ezAdu yang dikeluarkan oleh pihak KPDN. Aduan yang dilakukan akan melalui enam proses seperti berikut:

  1. Pengadu menerima makluman hasil siasatan.
  2. Aduan diterima oleh pihak KPDN.
  3. Aduan ditapis untuk menentukan ia di bawah seliaan KPDN atau agensi lain.
  4. Pelantikan Pegawai Penyiasat.
  5. Proses penyiasatan.
  6. Penyelesaian aduan dan kemaskini maklumat dalam sistem e-Aduan 2.0.
Sumber: KPDN/Pexels

Selain daripada aplikasi ezAdu, anda juga boleh mengemukakan aduan melalui cara-cara di bawah.

  • Portal e-Aduan
  • Talian hotline 1-800-88-6800
  • Pusat Arahan Penguatkuasaan (ECC)
  • E-mel KPDN: e-aduan@kpdn.gov.my
  • Surat dihantar ke Ibu Pejabat atau mana-mana Pejabat KPDN
  • Bilik Gerakan Penguatkuasaan Negeri
  • WhatsApp KPDN: 019-279 4317

Baca Artikel Berkaitan: Peniaga Warga Asing Di Pulau Pinang Simpan Sate Mentah Dalam Peti Sejuk Berkulat Buat Ramai Loya

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Aksi Pekerja Kedai Mamak Didakwa Basuh Pinggan Dalam Tong Sampah Jadi Bualan Ramai


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd