Now Reading
KKM Beri Kompaun Terhadap Tok Mat Kerana Merokok Di Kedai Makan

KKM Beri Kompaun Terhadap Tok Mat Kerana Merokok Di Kedai Makan

Jelas Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, Menteri Luar Negeri Datuk Seri Mohamad Hasan atau Tok Mat sendiri yang meminta agar kompaun dikeluarkan atas kesalahannya itu.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Umum sedia maklum, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengeluarkan garis panduan di mana premis restoran merupakan kawasan larangan merokok walaupun berada di kawasan terbuka.

Mereka yang mahu merokok dikehendaki berada pada jarak sekurang-kurangnya tiga meter dari luar kedai makan. Ini secara jelas menunjukkan bahawa tindakan merokok di dalam premis tertutup adalah tidak dibenarkan. 

Walaupun penguatkuasaan ini dijalankan, namun masih wujud segelintir pihak yang tidak memandang serius tentang perkara tersebut.

Baca Artikel Berkaitan: KKM Bakal Siasat Dakwaan Individu Merokok Dalam Restoran Di Putrajaya

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Lelaki Tunjuk Lagak Samseng Merokok Di Kedai Makan, KKM Bakal Ambil Tindakan

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Tular Dakwaan Pelanggan Pecahkan Cawan Di Kedai Makan Hanya Kerana Ditegur Merokok

Aksi Menteri Merokok Dalam Kedai Makan Tular Di Media Sosial

Baru-baru ini, tular satu ciapan di laman X (@MsianInciter) yang menunjukkan gambar sekumpulan lelaki berada di sebuah kedai makan.

Namun apa yang mencuri tumpuan ramai apabila salah seorang daripada kumpulan tersebut mereka adalah Menteri Luar Negeri Datuk Seri Mohamad Hasan atau juga dikenali sebagai Tok Mat dilihat sedang merokok dalam premis restoran berkenaan.

Aksi terbabit secara tidak langsung menyebabkan ramai pengguna media sosial yang mempersoalkan perbuatannya itu dan meminta Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad untuk memantau perkara tersebut.

“Ingatkan kedai makan adalah kawasan larangan merokok. Tapi Menteri Luar Negeri balik kawasan berasap di kedai makan relaks je,” tulis pengguna X di dalam ciapannya.


Ini Respon Dari Menteri Kesihatan

Peka dengan isu yang berlaku, Dr Dzulkefly dalam ciapannya pada 16 Disember lalu menegaskan bahawa tiada sesiapa yang boleh mengatasi undang-undang.

“Setelah Akta 852 (Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024) berkuatkuasa pada 1 Oktober yang lalu, saya berpegang kepada prinsip bahawa tiada siapa yang boleh mengatasi undang-undang,” kata Dr Dzulkefly.

Terbaharu, beliau memaklumkan bahawa pegawai yang dari diberi kuasa dari Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Seremban akan berjumpa dengan Tok Mat hari ini (18 Disember) untuk menyerahkan notis kesalahan dan kompaun kerana merokok di kawasan larangan.

Jelasnya lagi, Tok Mat sendiri yang meminta pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk mengeluarkan kompaun terhadap kesalahannya itu.

“Sejujurnya, YBM DS Muhammad Hassan sendiri minta KKM isukan kompaun ke atas kesalahan tersebut dan beliau memberitahu saya, kompaun akan dibayar,” ujar Dr Dzulkefly.

Masyarakat Puji KKM Berlaku Adil Dengan Turut Mengeluarkan Kompaun Kepada Menteri

Tindakan yang diambil oleh pihak KKM terhadap Tok Mat meraih reaksi yang positif dari orang ramai kerana mereka berpendapat ia mencerminkan undang-undang di Malaysia bersikap adil tanpa mengira pangkat.

Sementara itu, masyarakat juga berterima kasih kepada Mohamad Hasan kerana bertangggungjawab atas kesalahan yang dilakukan.

Pada masa yang sama, ada juga netizen yang memberi nasihat kepada kepada Menteri Luar Negeri itu agar perlahan-lahan berhenti dari meneruskan tabiat merokok bagi menjaga kesihatan.

“Mendoakan agar Tok Mat perlahan-lahan cuba berhenti tabiat merokok. Sayangi diri dan keluarga tersayang,” ujar netizen.

Sumber: X

Larangan Merokok Dalam Kedai Makan

Merokok di dalam premis makanan adalah satu kesalahan dan individu yang ingkar boleh dikenakan denda seperti berikut:

  • Kesalahan pertama: RM250
    • Pengurangan ditawarkan kepada RM150 jika kompaun dibayar dalam tempoh sebulan.
  • Kesalahan kedua: RM250
    • Tiada pengurangan kompaun ditawarkan.
  • Kesalahan ketiga: RM350

Selain itu, pemilik premis juga boleh didenda sekiranya tidak mempamerkan notis larangan merokok.

Tanpa sebarang pengurangan kompaun, pemilik premis boleh dikenakan denda RM250 bagi kesalahan pertama dan kedua manakala kesalahan ketiga pula adalah RM350.

Sumber: KKM

Akta Kawalan Produk Rokok (Akta 852) Dikuatkuasa Mulai 1 Oktober

Akta Kawalan Produk Rokok (Akta 852) dikuatkuasakan bermula hari ini (1 Oktober) dengan beberapa aspek yang dijalankan serta-merta serentak dengan Peraturan-Peraturan serta Perintah di bawahnya.

Menurut Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, penguatkuasaan akta ini akan dilaksanakan dalam dua fasa iaitu serta-merta dan penguatkuasaan pendidikan.

Aspek-aspek yang dikuatkuasakan secara serta-merta adalah seperti berikut:

  1. Peruntukan yang melibatkan penjualan produk merokok yang berbentuk permainan dan menarik perhatian golongan kanak-kanak dan remaja bagi mengekang kebolehdapatan produk tersebut.
  2. Peruntukan yang melibatkan pengiklanan, promosi dan tajaan semua jenis produk merokok.
  3. Tempat larangan penjualan produk merokok seperti institusi pendidikan, pasar jualan, dalam talian dan mesin layan diri.
Sumber: MalayMail/ Freepik

Di samping itu, penguatkuasaan pendidikan akan dilaksanakan bagi tempoh enam hingga 12 bulan daripada tarikh kuat kuasa, yang termasuk tiga aspek iaitu:

  1. Pendaftaran produk merokok, yang akan dikuatkuasakan bermula 1 April 2025.
  2. Pembungkusan dan pelabelan, yang akan dikuatkuasakan mengikut produk (product-by-product), selewat-lewatnya 1 Oktober 2025.
  3. Kawasan jualan termasuk pameran di kaunter jualan, yang akan dikuatkuasakan selewat-lewatnya 1 April 2025.

Baca Artikel Berkaitan: KKM Kuat Kuasa Akta 852 Berkaitan Kawalan Produk Rokok Mulai Hari Ini, 1 Oktober

Baca Artikel Berkaitan: Isetan Letak Rokok Di Seksyen ‘Non-Halal’ Undang Perhatian Ramai


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd