Now Reading
“Embracing My New Private Era” – Vivy Yusof Umum Akaun IG Kini Peribadi

“Embracing My New Private Era” – Vivy Yusof Umum Akaun IG Kini Peribadi

Untuk info, Vivy Yusof kini telah memiliki 1.8 juta pengikut di Instagram.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Umum sedia maklum, baru-baru ini telah hangat diperkatakan tentang Vivy Yusof dan suami, Fadza Anuar yang didakwa berhubung kerugian dana awam syarikat FashionValet.

Pasangan ini juga telah ditahan oleh pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada 3 Disember 2024 dan dibebaskan pada hari yang sama dengan jaminan.

Tidak dinafikan, kontroversi melibatkan kerugian dana pelaburan milik Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) dan Permodalan Nasional Bhd (PNB) dalam FashionValet (FV) bernilai RM43.9 juta masih lagi menjadi topik hangat sehingga hari ini.

BACA SINI: SPRM Kesan Transaksi Akaun Meragukan Sejak 2018 Libatkan Isu Dana Pelaburan FashionValet

BACA SINI: Orang Ramai Persoal SPRM Sempat Rakam Video Ketika Serbuan Ke FashionValet

Vivy Yusof Umum ‘Private’ Akaun Instagram

Hari ini (18 Disember), Vivy menerusi satu hantaran di Instagram miliknya @vivyyusof telah mengumumkan dia akan menetapkan akaun instagram kepada ‘private’ setelah keputusan ini dibuat pada tarikh hari jadinya, 11 Disember lalu.

Menerusi ruangan kapsyen, Vivy turut menulis, “Hampir 20 tahun yang lalu, saya memulakan sebuah blog yang tidak pernah saya sangka akan membuka begitu banyak pintu peluang.

“Blog itu membawa saya untuk mencipta jenama bersama pasukan yang luar biasa, dan mengumpulkan komuniti yang telah menyaksikan perjalanan hidup saya, dari seorang pelajar universiti, menjadi seorang isteri, seorang ibu, hingga seorang usahawan yang penuh dengan suka duka.

“Saya telah berkongsi dan kadang-kadang terlebih berkongsi hampir semua bahagian hidup saya, sama ada baik atau buruk, dan saya tidak pernah menyesal. Itulah jalan yang telah ditentukan untuk saya, yang memberikan rezeki kepada keluarga saya, dan juga banyak keluarga lain, Insya-Allah.

“Proudduck, saya ingin mengucapkan terima kasih atas segalanya, kamu akan sentiasa menjadi sebahagian daripada diri saya.

“Era seterusnya ini akan menjadi sama menariknya. Pada hari lahir saya, saya melakukan sesuatu yang tidak pernah saya sangka akan lakukan – saya menjadikan akaun saya peribadi.

“Saya menutup pintu untuk orang mengetahui tentang hidup saya kerana sudah tiba masanya untuk saya melakukannya dengan cara yang berbeza kali ini. “Influencer” ini akan berhenti menjadi pempengaruh.

“Jadi, ia hanya akan tentang saya dan anda untuk seketika. Dan 1.8 juta orang yang lain. Tapi buat masa ini, itu sahaja.”

Untuk info, Vivy Yusof kini telah memiliki 1.8 juta pengikut di Instagram.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitterThreads dan Instagram.

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd