Now Reading
[Video] Orang Ramai Kagum Lihat Anak Kena ‘Game’ Dengan Ibu Ketika Main Snuker

[Video] Orang Ramai Kagum Lihat Anak Kena ‘Game’ Dengan Ibu Ketika Main Snuker

Wanita itu walau bagaimanapun menegaskan agar para ibu pandai mengimbangkan antara sifat ‘sporting’ dan ketegasan dengan anak-anak.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Pada hari minggu ataupun musim cuti sekolah, biasanya seisi keluarga pasti akan melakukan pelbagai aktiviti bersama-sama.

Selalunya banyak keluarga sering meluangkan masa bersama dengan beriadah di taman, bermain bowling, menonton wayang dan sebagainya.

Mungkin jarang kedengaran, namun ada juga sesetengah keluarga yang memilih untuk bermain snuker beramai-ramai.

Tular Wanita Main Snuker Dengan Anak Lelaki

Satu video viral di TikTok (@31426954073) menyaksikan seorang wanita sedang bermain snuker. Dengan gayanya yang bersahaja, dia menolak masuk bola ke dalam ‘poket’ di meja snuker.

Apa yang mungkin mengejutkan ramai orang adalah dia bermain snuker bersama-sama anak lelakinya. Cool betul!

Pada video berkenaan dinyatakan bahawa wanita tersebut pandai bermain pool. Oleh itu, dia juga boleh bermain permainan snuker.

“Bila mak ko pro pool. Tiba-tiba anak bujang ajak snuker, memang kena game la,” katanya.

Untuk info, pool dan snuker berbeza dari segi saiz meja, jumlah bola dan peraturan bermain.

Di ruangan komen, wanita itu berkata dia biasa bermain pool kerana pernah bekerja di kelab golf dahulu.

Pengguna TikTok Kaitkan Wanita Bermain Snuker Dengan Watak Linda Martopo

Memindai ke ruangan komen, ramai orang mengaitkan wanita itu dengan watak Linda Martopo lakonan Liza Hanim dalam filem K.L. Menjerit.

Seorang wanita juga sempat berkongsi pengalaman anak lelakinya ‘mencabar’ dia bermain pool.

“Kata nak cabar mak dia. Sekali kena game dengan mak dia. Balik rumah kena cuci pinggan terus,” katanya.

Seorang pengguna media sosial berkata dia juga pernah dikalahkan oleh seorang wanita berumur sebelum ini.

“Aku rasa makcik-makcik memang pandai main. Haritu pun kena bantai dengan makcik juga,” katanya.

Wanita Bermain Snuker Sudah Ada Cucu

Ada juga yang menyifatkan keadaan di sana sebagai pusat hiburan keluarga kerana terdapat beberapa kanak-kanak yang bermain di sana.

Lebih mengejutkan lagi apabila wanita itu memaklumkan bahawa kanak-kanak tersebut merupakan anak yang masih kecil dan cucunya. Dah bercucu rupanya!

Walaupun kelihatan seronok, dia menegaskan agar para ibu pandai mengimbangkan antara sifat ‘sporting’ dan ketegasan dengan anak-anak.

Seorang Wanita ‘Serbu’ Anak Di Pusat Snuker

Dalam pada itu, seorang individu berkata ibunya juga selalu datang ke pusat snuker. Bukan untuk main, tetapi untuk menyuruh dia pulang ke rumah!

Seperti sebelum ini, seorang wanita telah ‘menyerbu’ sebuah pusat snuker untuk mencari anak lelakinya.

Apa yang lebih menggelikan hati adalah apabila salah seorang adik-beradik ‘pesalah’ menghulurkan sebatang penyangkut baju untuk merotan lelaki tersebut.

Snuker Tidak Haram Dalam Islam

Walaupun snuker sering dikatakan sebagai aktiviti yang tidak elok dan dikaitkan dengan perjudian, namun ia sebenarnya ditakrifkan sebagai satu sukan.

Malaysia juga mempunyai pemain snuker yang hebat seperti Lim Kok Leong yang pernah merangkul gelaran juara di Kejohanan Snuker Dunia 2022 di Antalya, Turki.

Malah Islam juga tidak melarang permainan snuker yang tidak bercanggah dari syariat atau perkara yang melalaikan seperti perjudian, arak dan sebagainya

Baca Artikel Berkaitan: Ibu Gegar Anak Di Pusat Snuker Buat Ramai Terhibur [Video]

Baca Artikel Berkaitan: “Jahat Bola Dia” – Ramai Terkejut Lihat Tok Ram Rupanya Hebat Main Snuker [Video]


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram. 

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd