Ibu Dikecam Buat Trend ‘Don’t Judge’, Tipu Pergerakan Bayi Dalam Perut Gara-gara Malas Kerja
Orang ramai turut menyifatkan perbuatan ibu terbabit sebagai menyalahgunakan sistem hospital kerajaan dan cukai yang dibayar oleh rakyat.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Sejak kebelakangan ini, trend “We listen, We don’t judge” telah mula membanjiri media sosial, terutamanya di platform TikTok.
Menerusi trend terbabit, pengguna media sosial berkongsi pengalaman atau kisah hidup mereka yang melakukan sesuatu yang salah atau tidak sepatutnya dilakukan.
Walaupun terdapat pelbagai luahan hati yang menarik perhatian, seorang ibu menerima kecaman hebat dari orang ramai disebabkan oleh trend tersebut.
Ibu Serah Diri Di PAC Kerana Malas Bekerja
Di platform X, pengguna @piargh berkongsi tangkap layar hantaran mengenai trend tersebut yang diambil daripada satu akaun TikTok.
Pengguna TikTok berkenaan berkata dia telah menyerah diri di Wad Bersalin atau Patient Admission Centre (PAC) di hospital dengan alasan bayi kurang bergerak.
Namun apa yang membangkitkan rasa marah dalam kalangan masyarakat adalah dia melakukan sedemikian kerana malas ke tempat kerja dan mahu mendapatkan cuti panjang lebih awal.
“Seminggu kena tahan hospital, segala induce dah pakai, anak aku tetap taknak keluar. Sepanjang di hospital setiap kali nurse tanya bayi gerak okay tak, aku jawab je tak sebab takut kena halau balik,” kata pengguna TikTok tersebut.
Pengguna Media Sosial Persoal Tindakan Ibu Menipu
Tindakan ibu tersebut sudah tentu membangkitkan perasaan tidak puas hati dalam kalangan pengguna media sosial.
Ramai yang mempersoalkan tindakan wanita berkenaan menipu demi mendapatkan cuti awal, walhal dia boleh sahaja memohon cuti bersalin lebih awal daripada syarikat.
Mereka turut mempersoalkan tindakan wanita itu sebagai menyalahgunakan sistem hospital kerajaan dan menggunakan cukai yang dibayar oleh rakyat.
Membuat Tuntutan Palsu Boleh Dikenakan Tindakan
Dalam pada itu, orang ramai berkata si ibu tidak sepatutnya menipu sedemikian kerana jika sesuatu yang serius benar-benar terjadi pada bayinya, dia pasti akan berasal sesal.
“Macam mana kalau betul-betul anak tu tak gerak? Menyesal tak sudah tipu jururawat hanya sebab taknak kena halau,” kata seorang pengguna X.
“Anak elok dalam tu, senang je cakap tak gerak. Nak sangat tak gerak ke?” persoal seorang yang lain.
Malah, seorang individu menjelaskan bahawa membuat tuntutan palsu, termasuk menipu bagi mendapatkan cuti sakit, boleh dikenakan tindakan di bawah Seksyen 18 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.









Ibu Wajib Pantau Pergerakan Bayi Dalam Kandungan
Para ibu pasti tahu tentang kepentingan memantau pergerakan bayi dalam kandungan tertuamanya apabila bermula trimester ketiga
Kebiasaannya ibu akan mengira sekurang-kuranganya 10 pergerakan atau tendangan bayi setiap jam.
Perkara ini penting bagi ibu untuk mengenal pasti sebarang perubahan pada bayi kerana ia boleh menjadi tanda awal sebarang kesakitan atau masalah dengan kehamilan.
Menurut Cleveland Clinic, bayi boleh menjadi lebih aktif selepas ibu makan. Namun ibu juga mungkin tidak menyedari pergerakan bayi dalam kandungan jika sedang sibuk atau bekerja.
Oleh itu, antara kaedah yang boleh dilakukan untuk membuat janin bergerak adalah:
- Berjalan atau menggerakkan badan
- Ambil jus atau minuman manis
- Makan
- Baring pada bahagian kiri badan untuk memaksimumkan pengedaran darah
- Memainkan muzik yang kuat
Baca Artikel Berkaitan: Wanita Kongsi Pengalaman Positif GBS Ketika Hamil, Ini Yang Ibu Perlu Tahu
Baca Artikel Berkaitan: Ini Sebab Kenapa Wanita Hamil Kena Buka Buku Pink Lepas Sah Mengandung
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.



