“Dia Kenal Orang Baik” – Lelaki Kongsi Rezeki Dengan Anjing Raih Pujian Ramai
Menerusi video tular, kelihatan anjing itu datang menyapa lelaki berkenaan seolah-olah seperti mengucapkan terima kasih selepas dihidang sebekas makanan.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Ramai di kalangan rakyat Malaysia yang menggemari haiwan-haiwan ‘bulus’ seperti kucing dan anjing. Bahkan ramai juga menyimpan stok makanan haiwan dalam beg atau kereta untuk diberikan kepada mana-mana haiwan terbiar.
Sebelum ini, seorang wanita dikenali sebagai Kak Wa menyentuh hati warga TikTok kerana bertindak memberikan makan kepada seekor anjing jalanan yang diberi nama Tam.
Dalam video itu, kelihatan Tam berlari gembira ke arah Kak Wa ketika dia memanggil namanya sambil membawa makanan. Daripada situ, anda boleh agak bahawa wanita ini selalu menjaga makan minum haiwan tersebut.
Baca Artikel Berkaitan: “Jom Standby Makanan Haiwan Dalam Beg & Kereta” – 2 Individu Raih Pujian, Beri Kucing & Anjing Makan
Lelaki Kongsi Makanan Dengan Anjing
Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman TikTok (@shurein95) menyaksikan situasi menyentuh hati melibatkan sebuah keluarga yang bersikap murni dengan seekor anjing.
Menerusi video perkongsian, kelihatan ibu kepada seorang lelaki dikenali sebagai Shurein sedang memberi makanan kepada anjing tersebut.
Makanan terbabit juga dihidangkan dengan baik dalam satu bekas yang bersih sebelum diberikan kepada makhluk Allah SWT itu.
Jelas Shurein, makanan itu telah dibeli olehnya namun disebabkan dia berasa takut dengan anjing, maka dia meminta si ibu untuk menghulurkannya.
Anjing Datang Sapa Shurein Seolah-olah Untuk Ucap Terima Kasih
Namun siapa sangka anjing berkenaan telah datang menyapa Shurein yang sedang menunggu di dalam kereta seolah-olah ingin mengucapkan terima kasih atas pemberian itu.
“Anjing ni cute selalu ikut kereta saya tak tahu kenapa. Tapi saya ada fobia dengan anjing, jadi saya beli makanan dan suruh mak saya bagi.
“Tak sangka dia datang dekat saya dan macam berterima kasih. Cuma (bahagian akhir video) last tu saya takut sikit,” kata Shurein.
Dalam klip sama, kelihatan anjing berkenaan melibas-libas ekornya. Menurut Halo Doc, ekor yang bergoyang menunjukkan tanda-tanda bahawa haiwan tersebut sedang berasa gembira pada ketika itu.
@shurein95 Anjing ni cute selalu follow kete saya idk why. Tapi sya ada phobia ngan anjing , so sya beli makanan and suruh mak sya bagi, tak sangka dia dtg kat saya and mcm berterima kasih.. cuma last tu sya takut sikit haha… #dog #loveanimals #kindness ♬ Very Sad – Enchan
Ramai Puji Tindakan Shurein Kerana Berkongsi Rezeki Dengan Anjing Jalanan
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai memuji tidakan dua anak-beranak itu kerana berbuat baik dengan anjing berkenaan.
Malah ramai juga berkata anjing itu dilihat seperti menghargai jasa Shurein dan maknya.
“Anjing itu cuma nak cakap terima kasih orang baik. Dalam masa takut, masih ada ihsan dalam diri kamu. Terima kasih ya,” ujar seorang wanita.
Sementara itu, ramai juga menggalakkan Shurein untuk cuba menghilangkan perasaan fobia dengan anjing.
“Tak perlu takut. Sekali kamu pegang, tiap-tiap hari mesti kamu akan cari dia,” kata seorang pengguna TikTok.












Bersikap Ihsan Terhadap Haiwan Diajar Dalam Islam
Memetik portal Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, memberi makan kepada kucing jalanan merupakan salah satu sikap yang terpuji dan Islam mengajar umatnya supaya berbuat baik sesama makhluk sekalipun terhadap haiwan. Ia juga adalah sifat ihsan yang diterapkan di dalam agama Islam.

Sikap baik hati ini turut dikaitkan dengan kisah seorang pelacur yang diampunkan dosanya hanya kerana memberi minum seekor anjing kehausan.
Nabi Muhammad SAW bersabda:
أَنَّ امْرَأَةً بَغِيًّا رَأَتْ كَلْبًا فِي يَوْمٍ حَارٍّ يُطِيفُ بِبِئْرٍ قَدْ أَدْلَعَ لِسَانَهُ مِنَ الْعَطَشِ فَنَزَعَتْ لَهُ بِمُوقِهَا فَغُفِرَ لَهَا
Maksudnya: “Sesungguhnya seorang pelacur wanita melihat seekor anjing mundar-mandir mengelilingi telaga pada hari yang sangat panas dengan lidahnya yang terkeluar kerana kehausan, lalu perempuan itu memberi minum menggunakan kasutnya, maka dia diberi pengampunan segala dosanya.”
[Riwayat Muslim (2245)]
Baca Artikel Berkaitan: “Siap Bersihkan Bekas Dulu” – Tindakan Lelaki Beri Kucing Jalanan Makan & Minum Dipuji Ramai
Baca Artikel Berkaitan: 2 Kali Datang Kedai, Tindakan Peniaga Sedekah Ayam Goreng Untuk Anjing Jalanan Raih Pujian Netizen
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram