Now Reading
“Dia Ingat Lepas” – Van Ditahan Polis Lepas Memotong Pada Double Line

“Dia Ingat Lepas” – Van Ditahan Polis Lepas Memotong Pada Double Line

Bukan itu sahaja, van tersebut juga dilihat menghimpit sebuah kereta jenis Toyota Unser selepas memotong barisan tersebut.

van selamba potong barisan dan garisan berkembar

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Setiap kali berada di atas jalan raya, sudah tentu ada sahaja segelintir pihak yang memandu secara tidak berhemah sekaligus mengundang bahaya kepada orang lain.

Seperti sebelum ini, tular sebuah perkongsian menunjukkan sebuah kereta Perodua jenis Myvi berwarna kuning dari lorong kanan dilihat secara tiba-tiba menghimpit kereta lain yang sudah pun berada dalam barisan.

Aksi menghimpit pemilik video dashcam dan sebuah trak pikap dilihat tidak berjaya kerana kedua-dua pemandu enggan memberi ruang kepada Myvi berkenaan.

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Ramai Puas Hati Lihat Myvi Cuba Potong Barisan Ditahan Polis

Pemandu Van Selamba Potong Barisan & Himpit Toyota Unser

Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman TikTok (@dwehehehe) menyaksikan situasi jalan raya yang sesak dipercayai sekitar Tuas, Johor Bahru.

Menerusi video rakaman dashcam itu, kelihatan sebuah van dari lorong kiri secara tiba-tiba ingin memotong barisan.

Difahamkan, pemandu tersebut telah pun menyalakan signal terlebih dahulu untuk memasuki lorong sebelah kanan namun disebabkan lampu sisi belakang yang rosak, lampu berkenaan tidak kelihatan dengan jelas.

Lebih mengundang perhatian adalah van itu memotong di kawasan yang tidak sepatutnya iaitu pada garisan berkembar.

Bukan itu sahaja, van terbabit juga dilihat menghimpit rapat sebuah kereta jenis Toyota Unser yang berada di lorong kanan itu.

Aksi berani itu akhirnya membawa padah apabila pemandu van tersebut ditahan oleh pihak polis yang sedang melakukan operasi sekatan jalan raya (road block) di laluan tersebut.

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Perodua Bezza Selamba Potong 9 Kenderaan Di Garisan Berkembar Bikin Ramai Berang

@xify101 Brother, try again next time but do it at half bridge not near the custom😅 and your rear signal not working #sgdriving #tuas ♬ 芭比q了 – 邓家忠

Ramai Puas Hati Lihat Pemandu Van Ditahan Polis

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai meluahkan rasa puas hati melihat pemandu van yang ditahan pihak polis selepas melakukan kesalahan jalan raya itu.

“Bagus video ni, sangat memuaskan,” kata seorang pengguna TikTok.

Malah segelintir individu turut memuji pegawai polis kerana cekap memantau pemandu yang melanggar undang-undang.

“Sebenarnya kudos kepada polis sebab tangkap sendiri (pemandu langar undang-undang),” kata seorang individu.

Sumber: TikTok (@dwehehehe)

Pemandu Potong Garisan Berkembar Boleh Dikompaun

Untuk info, memotong garisan berkembar merupakan antara kesalahan utama yang sering dilakukan oleh pemandu semasa berada di jalan raya. Kesalahan tersebut sering berlaku apabila seseorang itu mahu mengelak jalan yang sesak atau sedang bergegas menuju ke satu destinasi.

Namun begitu anda boleh dikompaun sejumlah RM300 sekiranya didapati melakukan kesalahan memotong ‘double line’ di bawah Subkaedah 17B (1) Kaedah-kaedah Lalu Lintas Jalan 1959.

Selain itu, empat mata demerit juga akan ditolak buat pemandu motosikal selain kenderaan barangan dan bas. Manakala sebanyak enam mata demerit untuk pemandu kenderaan barangan dan bas.

Oleh disebabkan itu, berhemahlah di jalan raya bagi mengelakkan musibah berlaku kepada diri anda serta pemandu yang lain. Hati-hati semua!

Sumber: Sabah Post/Utusan

Baca Artikel Berkaitan: Tular JPJ Johor Saman Pemandu Potong Di Garisan Berkembar, Siap Ada Yang Minta ‘Kawtim’ [Video]


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd