Now Reading
Air Tertumpah Dalam MRT, Pelancong Kagum Rakyat Malaysia Sama-sama Tolong Bersihkan

Air Tertumpah Dalam MRT, Pelancong Kagum Rakyat Malaysia Sama-sama Tolong Bersihkan

Selepas air minuman tertumpah, ramai penumpang MRT yang lain turut membantunya membersihkan tumpahan berkenaan dengan menghulurkan tisu masing-masing.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Rakyat Malaysia sememangnya terkenal dengan sikap bantu-membantu walaupun saling tidak mengenali antara satu sama lain.

Perbezaan latar belakang dari segi agama dan bangsa tidak pernah menjadi penghalang buat masyarakat di negara kita untuk hidup secara harmoni.

Bukan setakat penduduk tempatan, malah pelancong asing juga kagum dengan sikap rakyat Malaysia yang baik hati ini.

Baca Artikel Berkaitan: Pelancong Menangis Terharu Kerana Jumpa Ramai Rakyat Malaysia Yang Baik Hati

Baca Artikel Berkaitan: “Semangat Perpaduan Ni Yang Kita Nak” – Tindakan Orang Ramai Pantas Bantu Mangsa Kemalangan Raih Pujian

Baca Artikel Berkaitan: “Terima Kasih Jadi Orang Baik’- Netizen Puji Geng Anak Muda Tolong Nenek Naik LRT Jam 5:30 Pagi


Penumpang MRT Bantu Bersihkan Minuman Yang Tertumpah Dalam Tren

Menerusi hantaran dimuat naik di laman Xiao Hong Shu (XHS), seorang pelancong luar negara menyaksikan satu situasi yang telah menyentuh hatinya ketika menaiki MRT di Malaysia.

Jelas pengguna media sosial berkenaan, seorang penumpang lelaki di dalam tren tersebut tertidur dan mengakibatkan minuman yang dipegang terjatuh lalu tertumpah di atas lantai MRT.

Ia secara tidak langsung menyebabkan cecair berwarna coklat mengalir di atas lantai dan menghampiri tempat duduk di gerabak lain.

Terkejut dengan apa yang berlaku, pemuda berkenaan terus bangun dan cuba untuk mengelap lantai tersebut menggunakan tangannya.

Tidak lama selepas itu, penumpang-penumpang lain yang berada dalam tren sama turut membantunya membersihkan tumpahan berkenaan dengan menghulurkan tisu masing-masing.

Sumber: Xiao Hong Shu (XHS)

“Situasi ini betul-betul mengejutkan saya. Saya nampak cecair coklat mengalir jauh juga, tapi selepas itu saya nampak ramai orang yang bangun dan tolong berhentikan air itu dari mengalir. Malah mereka juga bantu mengelapnya,” kata pemilik video.

Selepas tiba di stesen perhentian, pemuda berkenaan menunduk hormat kepada para penumpang MRT yang telah membantunya.

Tambah pengguna XHS itu lagi, dia tidak pernah melihat keadaan tersebut dan sangat tersentuh hati melihat kebaikan rakyat Malaysia antara satu sama lain.

“Ia adalah satu situasi yang saya tak pernah nampak sebelum ini. Saya terkejut dan ia membuatkan saya tersentuh hati. Keadaan ini lebih indah dari makanan dan pemandangan yang saya alami semasa di Malaysia,” ujarnya.

Video penuh boleh tonton dengan klik [DI SINI].

Ramai Puji Sikap Baik Yang Ditunjukkan Oleh Rakyat Malaysia

Menjengah ke ruangan komen video tersebut, masyarakat dilihat memuji sikap positif yang dipamerkan oleh rakyat Malaysia ketika situasi tersebut berlaku.

Malah, mereka juga berpendapat bahawa penduduk di negara kita sememangnya terkenal dengan sifat saling tolong-menolong meskipun berdepan dengan pelbagai dugaan dari segi ekonomi dan politik.

“Itulah untungnya duduk kat Malaysia ni. Penduduk di sini semua baik-baik belaka,” ujar netizen.

Pada masa yang sama, netizen turut menganggap aktiviti yang dilakukan itu ibarat melakukan gotong-royong secara berkumpulan.

Sumber: XHS
Sumber: XHS
Sumber: XHS
Sumber: XHS

Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd