Now Reading
[Video] Sikap Lelaki Jujur Tinggal Nota Lepas Anak Kemikkan Pintu Kereta Jiran Raih Pujian

[Video] Sikap Lelaki Jujur Tinggal Nota Lepas Anak Kemikkan Pintu Kereta Jiran Raih Pujian

Menurut lelaki tersebut, tindakan meninggalkan nota pada cermin kereta itu adalah untuk menunjukkan contoh baik kepada anaknya agar sentiasa bersikap jujur.

bapa jujur anak kemikkan kereta jiran

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Kes individu yang menyebabkan kerosakan terhadap kenderaan milik orang lain dilihat sering berlaku. Kadangkala, ia terjadi secara tiba-tiba tanpa disengajakan oleh si pelaku.

Pun begitu, ramai juga yang bertindak lari daripada masalah dan membiarkan kereta rosak itu begitu sahaja tanpa membayar ganti rugi.

Ia kemudian menyebabkan pemilik kereta berasa berang atas kerugian yang perlu ditanggung atas kesalahan orang lain.

Baca Artikel Berkaitan: Kes Langgar Lari: Myvi Rempuh MPV Ketika ‘Speeding’ Di Lebuh Raya

Lelaki Jujur, Tinggalkan Nota Lepas Anak Kemikkan Pintu Kereta Jiran

Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman TikTok (@rembormotorsport) apabila seorang lelaki berkongsi situasi yang berlaku kepada kereta jirannya.

Menurut individu terbabit, anaknya telah membuka pintu kereta lalu secara tidak sengaja melanggar pintu kenderaan si jiran.

“Kisahnya, anak saya buka pintu terkena pintu kereta sebelah sampai ada kemik dan calar. Tak apa kita jujur dan ganti balik. Susunan Allah paling cantik,” kata lelaki terbabit.

Menerusi video perkongsian, lelaki itu menunjukkan sehelai nota yang ditinggalkan olehnya pada cermin kereta. Nota tersebut bertulis, “Minta maaf anak saya buka pintu kena kereta awak. Ganti rugi hubungi saya, nombor di bawah.”

Jelas bapa itu, adalah penting untuk setiap individu menanam sikap bertanggungjawab dan tidak lari selepas melakukan kesilapan dengan insan lain.

 “Satu hari nanti Allah akan bagi rezeki lebih lagi daripada modal yang kita ganti rugi . Bertanggungjawab itu penting,” kata lelaki terbabit.

@rembormotorsport Kisah anak saya buka pintu terkena pintu kereta sebelah sampai ada kemik dan calar .. takpa kita jujur dan ganti balik .. susunan allah paling cantik .. jangan kita rasa rugi utk ganti .. sebab satu hari nanti allah akan bagi rezeki lebih lagi daripada modal yang kita ganti rugi .. bertanggung jawab itu penting .. #fyp #fypシ #foryou #fyppp #fypage #foryoupage #rembormotorsport #viral #viralvideo #viraltiktok #tanggungjawab #foryoupage #excident ♬ suara asli – M Hidayat Putra

Penting Tunjuk Tauladan & Contoh Kepada Anak Untuk Sentiasa Jujur

Lelaki yang memiliki bengkel membaiki kenderaan itu dalam masa sama menjelaskan bahawa perkongsian ini bukan satu taktik pemasaran sebaliknya hanya sekadar perkongsian positif dan kesedaran kepada orang ramai.

“Benda ni bukan marketing. Saya rasa ni tanggungjawab dan sikap jujur. Kebetulan pula perkara ni berlaku depan anak saya. Jadi kita kena tunjuk contoh apabila kita buat kesalahan, kena jujur.

“Kita ni sebagai bapa kita kena tunjuk contoh dan tauladan yang baik dekat anak. Kalau kita ni bersifat sambil lewa, anak melihat apa yang kita buat. Kalau kita tunjuk contoh yang tak bagus, jangan salahkan anak pula kita dia buat kita macam tu (tak jujur),” katanya.

Baca Artikel Berkaitan: Ini 5 Cara Didik Anak Menurut Imam Hassan al-Banna

@rembormotorsport #fyp #fypシ #foryou #fyppp #fypage #foryoupage #rembormotorsport #viral #viralvideo #viraltiktok #tanggungjawab #excident ♬ Sad Music – Max-Music

Orang Ramai Puji Tindakan Si Bapa Kerana Bertanggungjawab Atas Kesalahan Anak

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai memuji tindakan si bapa kerana bersikap jujur walaupun kesan kemik adalah sedikit.

“Orang macam awak ni dah terhad dalam dunia. Hanya satu dalam 10,” ujar seorang pengguna TikTok.

Ada yang berpendapat tindakan jujur tersebut mampu mengeratkan hubungan antara jiran.

“Kadang-kadang jujur ni lebih baik. Manalah tahu pemilik tu call, sembang-sembang cakap tak perlu ganti rugi. Dari tak kenal terus kenal dan berkawan,” kata seorang lelaki.

Sementara itu, orang ramai juga bersetuju dengan cara si bapa dalam mendidik anak untuk bersikap jujur.

“Ini salah satu cara mendidik anak jadi orang jujur walaupun kadang-kadang jujur itu pahit,” ujar seorang individu.

Sumber: TikTok (@rembormotorsport)

Baca Artikel Berkaitan: [Video] 2 Lelaki Dipuji Sanggup Melintas Jalan Untuk Bantu Tolak Kereta Rosak Ke Tepi Lebuh Raya

Islam Ajar Untuk Sentiasa Bersikap Jujur

Memetik Jabatan Mufti Negeri Selangor, Islam mengajarkan agar umatnya sentiasa bersikap jujur dan amanah.

Diriwayat daripada Abdullah Bin Mas’ud RA, daripada Nabi SAW, Baginda bersabda:

إِنَّ الصِّدْقَ يَهْدِي إِلَى البِرِّ، وَإِنَّ البِرَّ يَهْدِي إِلَى الجَنَّةِ، وَإِنَّ الرَّجُلَ لَيَصْدُقُ حَتَّى يَكُونَ صِدِّيقًا. وَإِنَّ الكَذِبَ يَهْدِي إِلَى الفُجُورِ، وَإِنَّ الفُجُورَ يَهْدِي إِلَى النَّارِ، وَإِنَّ الرَّجُلَ لَيَكْذِبُ حَتَّى يُكْتَبَ عِنْدَ اللَّهِ كَذَّابًا

Maksudnya: “Sesungguhnya kejujuran itu membawa kepada kebaikan dan kebaikan itu membawa kepada syurga. Sesungguhnya seseorang itu sentiasa berlaku jujur sehingga dia ditulis di sisi Allah sebagai seorang yang jujur.

“Sesungguhnya pendustaan itu membawa kepada kejahatan, dan kejahatan itu membawa kepada Neraka. Sesungguhnya seseorang itu sentiasa berdusta sehingga dia ditulis di sisi Allah sebagai seorang pendusta.”

[Riwayat al-Bukhari]

Baca Artikel Berkaitan: Lelaki Luar Negara Puji Sikap Jujur Rakyat Malaysia, Tak Curi Tin Minuman Atas Vending Machine [Video]


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd