[Video] Rumah Viral Kerana Penuh Hiasan Lampu Krismas, Ramai Jiran Datang Singgah Untuk Bergambar
Rumah yang penuh dengan hiasan Krismas itu terletak di Taman Robina, Teluk Air Tawar, Butterworth, Pulau Pinang.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Sempena perayaan Krismas yang bakal tiba tidak lama lagi, banyak pusat membeli-belah dan kedai makan di Malaysia yang mula menghias premis mereka dengan beberapa pokok Krismas dan loceng.
Bukan itu sahaja, ada juga lokasi popular yang tampil unik iaitu dengan membuat salji palsu di kawasan terbuka untuk menarik tumpuan lebih ramai pengunjung. Sebagai contoh di Genting Highlands, Pavilion Kuala Lumpur, Avenue K, The Curve dan sebagainya.
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Orang Ramai ‘Seram’ Lihat Masyarakat Bersesak Di Pavilion KL Untuk Rasa Salji Palsu
Kemeriahan itu juga dirasai oleh seorang penduduk di Pulau Pinang apabila dilihat bersemangat menghiasi rumahnya dengan penuh lampu dan patung-patung bersempena dengan Krismas.
Penduduk Hias Rumah Sempena Krismas Dengan Penuh Lampu Warna-warni
Menerusi video dimuat naik di laman TikTok (@atiqahrydan), seorang pemilik kediaman di Taman Robina, Teluk Air Tawar, Butterworth, Pulau Pinang telah menghias rumahnya dengan dekorasi dan lampu berwarna-warni sempena sambutan Krismas.
Kalau tengok pada waktu siang, agak kurang menarik kerana lampu yang dipasang kurang menyerlah.

Tapi kalau nak lagi best, kena hiasan lampu tersebut dipasang pada waktu malam kerana ia kelihatan cukup cantik dan meriah.
Bukan setakat lampu-lampu sahaja, malah patung rusa dan Santa Klaus yang sedang memanjat rumah pun ada ya!
Malah, pokok-pokok yang berada di luar kediaman pun dililitkan dengan lampu-lampu cantik.

Hiasan rumah tersebut sudah pastinya telah menarik perhatian jiran-jiran setempat sehingga ada yang datang semata-mata untuk bergambar.
Menyedari rumahnya itu telah menjadi tarikan ramai, pemilik kediaman membenarkan masyarakat setempat untuk memasuki kawasan perkarangan rumahnya itu bagi melihat lebih banyak hiasan.

Siap ada pokok krimas dan patung salji berlampu. Memang meriah sungguh!
Berdasarkan pemerhatian kami menerusi video berkenaan, pelbagai bangsa yang berkunjung ke rumahnya termasuklah individu kaum Melayu dan Cina.
Baiknya tuan rumah. Baik betul dia bagi orang masuk rumah untuk ambil gambar.
Dalam satu video berlainan, pemilik video yang juga jiran yang duduk berhampiran menjelaskan dia sempat bertanya tentang jumlah kos yang dibelanjakan bagi hiasan Krismas berkenaan.
Katanya hampir RM10,000 juga ya!
Ramai Teruja Lihat Kecantikan Rumah Penuh Hiasan Krismas Itu
Menjengah ke ruangan komen video berkenaan, pengguna media sosial meluahkan rasa kagum dengan hiasan rumah individu berkenaan yang meriah dengan pelbagai jenis lampu dan patung.
Malah, ada juga yang berkata mereka sanggup membawa anak mereka ke rumah tersebut jika berada di kawasan berhampiran.
Sementara itu, mereka juga memuji sikap penduduk di sana yang menghormati dan menjaga adab ketika memasuki kediaman orang lain.
Pada masa yang sama, netizen turut menganggap pemilik rumah sebagai seorang yang baik kerana kelihatan tersenyum mesra apabila orang ramai singgah ke rumahnya.
Siap ada yang kononnya bergurau tuan rumah boleh minta tiket masuk sebanyak RM5 untuk setiap orang yang mahu masuk ke dalam rumahnya.

Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.