Now Reading
[Video] Aksi Bomba Keluarkan Ular Dalam Sofa Rumah Buat Ramai Seram

[Video] Aksi Bomba Keluarkan Ular Dalam Sofa Rumah Buat Ramai Seram

Sesetengah pengguna media sosial mendakwa ular yang menyorok di dalam sofa tersebut merupakan ular jenis rusuk kerbau yang bersaiz halus.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Tak kisahlah besar atau kecil, bila cakap ada ular di kawasan berhampiran, mesti ramai yang akan terus ketakutan betul tak?

Haiwan liar ini sinonim aksi mereka yang mematuk manusia dan lebih membahayakan jika ular tersebut memiliki bisa yang boleh meragut nyawa.

Namun faktor cuaca yang terlalu panas dan mahu mendapatkan perlindungan menjadi salah satu sebab mengapa reptilia berkenaan sering ditemui di kawasan tempat tinggal seperti mana yang berlaku baru-baru ini.

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Kelibat Ular Sawa Saiz Besar Pada Zink Rumah Bikin Ramai Seriau

Baca Artikel Berkaitan: Ular Sawa ‘Panjat’ Sampai Tingkat 2 Rumah Flat, Hampir Nak Masuk Tingkap Rumah!

Baca Artikel Berkaitan: “Cop Parkir Ke” – Ular Sawa Ditemui Di Parkir Kereta Pusat Beli-belah Bikin Ramai Bimbang


Pasukan Bomba Keluarkan Ular Menyorok Dalam Sofa Di Rumah

Menerusi sebuah video dimuat naik di laman TikTok (@suh65mi), seorang anggota bomba memaparkan satu situasi mencemaskan berlaku apabila pasukan mereka menerima panggilan mengenai kewujudan ular di dalam rumah.

Difahamkan, haiwan liar terbabit berada di dalam sebuah sofa dan anggota bomba dilihat bertungkus-lumus untuk mengeluarkan ular berkenaan sambil menyuluh lampu serta menggunakan pengepit besi.

“Siapa pernah tengok kat bawah sofa rumah korang?” soal pemilik video.

Meskipun video tersebut hanya berdurasi 31 saat, namun ia telah meraih 1.5 juta tontonan setakat artikel ini ditulis.

https://www.tiktok.com/@suh65mi/video/7448503458241563905

Dalam satu video berlainan dimuat naik di laman TikTok (@eyqaamrad), pemilik kediaman itu juga sempat menunjukkan situasi selepas ular berkenaan berjaya dikeluarkan oleh pihak bomba.

“Dengan tak bagi salam, lepas tu nak menyorok bawah sofa kita pula, terima kasih abang bomba sebab tolong tangkap ular”, ujar pemilik video tersebut.

https://www.tiktok.com/@eyqaamrad/video/7448655997951905031

Ramai Seriau Tengok Situasi Ular Menyorok Dalam Sofa Di Rumah

Menjengah ke ruangan komen, masyarakat meluahkan rasa bimbang dengan kemunculan haiwan berkenaan terutamanya di dalam perabot yang rata-rata ada di dalam setiap rumah.

Malah, ada yang mendakwa bahawa ular itu merupakan ular jenis rusuk kerbau yang tidak membahayakan.

“Ular gangster, ular rusuk kerbau. Walau tak ada bisa tetap aku takut. Tak kira ular apa pun,” ujar pengguna TikTok itu.

Sementara itu, ada pula yang tertanya-tanya bagaimana tuan rumah boleh mengetahui kehadiran reptilia tersebut di dalam sofa rumahnya.

“Tuan rumah tolong bagitahu macam mana boleh sedar kehadiran ular tu,” kata netizen.

Apa Perlu Buat Jika Ternampak Haiwan Liar Berkeliaran Di Kawasan Awam?

Keberadaan haiwan liar seperti ular, harimau, babi hutan, kera dan sebagainya di kawasan orang awam boleh memberi risiko keselamatan kepada masyarakat.

Jadi jika anda terjumpa haiwan berkenaan di kawasan awam, segera hubungi pihak berkuasa berikut untuk membuat laporan. Antaranya:


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd