Now Reading
Tular Selamatkan Nelayan Terapung 4 Hari Di Laut, TikToker Chazynash Terima Penghargaan Maritim Malaysia

Tular Selamatkan Nelayan Terapung 4 Hari Di Laut, TikToker Chazynash Terima Penghargaan Maritim Malaysia

Beberapa orang nelayan yang hanyut selama empat hari di lautan berjaya diselamatkan selepas bot mereka dipercayai dilanggar kapal besar ketika hujan lebat.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Aktiviti sekumpulan individu yang mahu memancing bertukar menjadi misi menyelamat selepas terjumpa empat orang lelaki yang masih hidup terapung di dalam laut.

Difahamkan empat orang individu yang dijumpai itu merupakan warga Indonesia yang hanyut akibat bot dinaiki karam dilanggar kapal besar.

Dipercayai faktor hujan lebat dan kawasan berkabus menyebabkan kapal berkenaan tidak perasan bot tersebut sebelum merempuh nelayan-nelayan berkenaan.

Badan Nelayan Yang Terapung Di Laut Menjadi Kembang

Menerusi video yang tular di laman TikTok (@vluqfishing), kelibat mangsa itu disedari apabila lambaian mereka kelihatan dari jauh namun pada awalnya disangkakan sebagai beberapa penyelam dari pasukan tentera laut.

Menyedari situasi yang mengejutkan itu, beberapa rakyat Malaysia yang kebetulan berada di Pulau Jarak, Perak itu segera menyelamatkan kesemua mangsa dengan mengangkat mereka masuk ke dalam bot.

Keadaan menjadi lebih mengejutkan apabila pemilik video mendakwa badan empat warga Indonesia itu sudah kembang akibat terlalu lama berada di dalam air laut.

Prihatin dengan nasib sekumpulan nelayan itu, pemilik video bersama rakan-rakannya menghulurkan hidangan mi segera dan air botol kepada mangsa.

Walau bagaimanapun ketika kejadian, hanya empat orang yang berjaya diselamatkan selepas mereka memaklumkan terdapat dua lagi rakan yang hilang di laut selepas terapung empat hari tiga malam.

Baca Artikel Berkaitan: Pemancing Selamatkan 4 Warga Indonesia Hanyut 4 Hari Di Perairan Malaysia [Video]

https://www.tiktok.com/@vluqfishing/video/7441464915820317968?_r=1&_t=8s2LoR3x6vf

Kumpulan Pemancing Yang Menjadi Penyelamat Terima Penghargaan Dari Maritim Malaysia

Video misi menyelamat yang dimuat naik di laman TikTok pada 26 November itu kemudiannya meraih jumlah tontonan sebanyak 1.5 juta.

Susulan itu, pihak Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) pada 12 Disember lalu telah memberikan sijil penghargaan kepada sekumpulan pemancing itu atas misi menyelamat yang dilakukan.

Sumber: Facebook Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia

Salah seorang daripada mereka yang menerima penghargaan dari Menteri Kementerian Dalam Negeri Datuk Seri Nasution bin Ismail adalah seorang TikToker terkenal iaitu Syed Fernarsh Syed Badlishah atau lebih dikenali sebagai Chazynash.

Menerusi video dimuat naik di laman TikTok milik Chazynash, dia memaparkan detik-detik ketika misi menyelamat tersebut dan disusuli dengan momen ketika menerima penghargaan khas di Perhimpunan Bulanan Kementerian Dalam Negeri.

Dalam sijil khas yang diterima itu, pihak Maritim Malaysia menganugerahkan ‘Sijil Penghargaan Khas APNM’ sebagai dorongan untuk terus kekal berbakti dan menjadi contoh teladan yang baik kepada masyarakat Malaysia.

Video tersebut telah menarik tumpuan orang ramai sehingga meraih 2.5 juta tontonan setakat artikel ini ditulis.

https://www.tiktok.com/@iamchazynash/video/7448239202631830802

Masyarakat Puji Kebaikan Yang Dilakukan Oleh Sekumpulan Pemancing Malaysia Ini

Misi menyelamat melibatkan sekumpulan pemancing dari Malaysia itu menjadi bualan ramai apabila rata-rata daripada mereka memberi reaksi positif terhadap kebaikan yang dilakukan.

“Terbaik Chazynash dan team,” ujar netizen.

Pada masa yang sama, pengguna media sosial turut meluahkan rasa simpati melihat keadaan para nelayan yang hanyut itu sehingga sudah pucat dan kulit menggelupas.

“Tangan mereka sampai pucat macam tu,” luah pengguna TikTok.

Sumber: TikTok

Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd