[Video] Kepala Kucing Sangkut Dalam Tin ‘Wet Food’ Jadi Perhatian
Pemilik kucing itu bergegas ke balai bomba berdekatan bagi mendapatkan pertolongan untuk mengeluarkan kepala si bulus daripada tin ‘wet food’ tersebut.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Buat mereka yang mempunyai banyak kucing peliharaan di rumah, sudah tentu anda akan membuat stok makanan basah (wet food). Seperti yang ramai tahun, wet food ini tersedia dengan pelbagai jenis bungkusan.
Kebiasaannya, pemilik haiwan akan membeli makanan basah yang dibungkus dalam tin kerana kandungannya lebih banyak dan mudah disimpan.
Namun, masih ramai yang tidak sedar bahawa tin yang sudah dibuka boleh memberi kesan buruk kepada kucing sekiranya ia tidak disimpan serta dibuang dengan betul.
Kepala Kucing Tersekat Dalam Tin Kosong ‘Wet Food’
Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman TikTok apabila wanita dikenali sebagai Ella (@suhailarahman12) berkongsi situasi cemas yang berlaku kepada kucing peliharaannya.
Menerusi video itu, kelihatan kepala si bulus tersekat di dalam tin kosong makanan basah kucing. Menyedari perkara tersebut, Ella bergegas ke balai bomba berhampiran bagi mendapatkan pertolongan.
Dalam klip sama, kelihatan anggota bomba sedang memotong tin tersebut dengan berhati-hati menggunakan playar pemotong sisi.
Selepas aluminium itu berjaya dipotong, anggota berkenaan kemudian membengkokkannya agar kepala si bulus akhirnya dapat dibebaskan.
Mujur si comel kekal tenang semasa proses mengeluarkan tin daripada bahagian kepala.
“Kejadian berlaku 5.45 pm mengikut rakaman CCTV (kamera litar tertutup). Disedari lebih kurang dalam pukul 6.10 pm. Gerak ke balai bomba 6.15 pm.
“Tak pernah masuk balai bomba. Biasa kejadian macam ni tengok video orang lain. Kali ini jadi dekat anak bulus sendiri,” kata Ella di ruangan kapsyen.
Ella juga sempat mengucapkan terima kasih kepada anggota bomba yang terlibat dalam menyelamatkan kucing kesayangannya.
@suhailarahman12 Kejdian berlaku 5.45pm mngikut rekod cctv.. disedari lebih kurang dlm pkul 6.10pm.. gerak k balai bomba 6.15pm.. Assishh.. haru laa.. xpernah masuk balai bomba.. biasa kejdian mcm niee tgk vdeo org lain.. kali ini jdi dekt ank bulus sndri.. wlpun agak kelam kabut tp lebih kepda lawak😂 Terima kasih abang bomba dh selmat kn Adik🐈🤭 terima kasih tukang join gelak @farahshahrol 🤣 #catsoftiktok #adikhiking #cat #fyp #fypageシ♡ #bombamalaysia #balaibombatambun #tqbomba ♬ Cheap Thrills-Sia Sean Paul – Ellen's Betta
Orang Ramai Ingatkan Untuk Kemekkan Tin Selepas Digunakan
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai meluahkan rasa bimbang selain beranggapan bahawa kucing itu sedang kelaparan.
“Tanda kucing tu lapar. Tin tu pula buang merata. Sebab tu kalau apa-apa tin makanan aku asingkan letak dalam plastik lain. Ikat tak bagi keluar bau. Nanti kucing akan jadi macam ni. Kesian dia, sebab tu kena bagi dia orang (kucing) makan,” kata seorang individu.
Malah ramai juga memberi peringatan kepada golongan masyarakat untuk mengkemekkan dahulu tin sebelum dibuang.
“Itu sebab kalau buang tin kosong macam tu, kena ketuk dan leperkan atas permukaan yang terbuka. Takut macam ni, kadang-kadang kesedaran manusia ni belum tahu (tinggi) tentang pembuangan tin. Adoi, tak sanggup tengok,” ujar seorang wanita.
Sementara itu, segelintir individu turut terhibur melihat ragam si bulus yang tidak diduga.
“Kucing ni nampak kecil lagi. Kalau kucing kecil macam ni memang ada jenis yang suka korek-korek tong sampah. Pengalamanlah dik, siapa suruh nakal 🤣,” kata seorang pengguna TikTok.
Ini Apa Anda Boleh Lakukan Dengan Tin Kosong Yang Terkumpul
Sebenarnya banyak perkara anda boleh lakukan dengan tin kosong yang sudah dikemekkan itu.
Kebiasaannya, para ibu akan mengumpul bahan aluminium berkenaan dengan banyak dan menjualnya kepada pihak terlibat sebagai contoh syarikat pengurusan sisa pepejal, Alam Flora.
Menurut Majlis Daerah Kampar, mengitar semula tin juga boleh membawa kepada kelestraian kepada alam sekitar. Hal ini kerana bahan aluminium boleh dikitar semula berulang kali tanpa hilang kualiti.
Apa yang anda boleh lakukan adalah dengan mengumpul kesemua tin yang tidak digunakan dalam satu tempat penyimpanan yang jauh daripada boleh disentuh si bulus.
Baca Artikel Berkaitan: “Sampai Kena Masuk Wad” – Lelaki Kongsi Kisah Si Abang Digigit Kucing Peliharaan
Baca Artikel Berkaitan: Kenapa Kucing Tak Boleh Dekat Dengan Bunga Lili? Ini Sebabnya
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Kucing Tersepit Antara Autogate, Wanita Nasihat Orang Ramai Elak Perkara Sama Terjadi
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram