Now Reading
“Senang Dia Buat Kerja” – Aksi Lelaki Selamba Curi Duit Tabung Masjid Undang Perhatian

“Senang Dia Buat Kerja” – Aksi Lelaki Selamba Curi Duit Tabung Masjid Undang Perhatian

Kejadian kes kecurian duit tabung itu berlaku di sebuah masjid sekitar Taman Sejahtera, Kulim, Kedah.

lelaki warga pakistan curi duit tabung masjid

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Kes mencuri dilihat semakin menjadi-jadi di kalangan masyarakat. Lebih teruk lagi adalah segelintir individu bertindak melakukan perbuatan tersebut di tempat ibadah.

Seperti sebelum ini, polis menahan seorang lelaki yang berlakon seperti sedang bermusafir kerana mencuri duit tabung masjid di Kuala Lipis, Pahang.

Menurut polis, lelaki tersebut juga terlibat dengan lima kes pecah tabung masjid serta satu kes kecurian kenderaan.

Baca Artikel Berkaitan: Berlakon Konon Bermusafir, Lelaki Dicekup Polis Selepas Kantoi Curi Duit Tabung Masjid

Lelaki Kantoi Curi Duit Tabung Masjid Di Kedah

Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman TikTok apabila seorang lelaki dikenali sebagai Muhd Shamsudin (@muhdshamsudin7) berkongsi rakaman litar tertutup (CCTV) dipercayai dalam sebuah masjid di Taman Sejahtera, Kulim, Kedah.

Menerusi video tersebut, kelihatan seorang lelaki sedang mencuri duit tabung masjid yang diletakkan berdekatan dengan tiang rumah Allah berkenaan. Bukan daripada satu tabung sahaja, malah lelaki itu telah mengosongkan kedua-dua tabung tersedia di sana.

Lelaki itu kemudian meletakkan wang-wang yang dicuri dalam satu plastik besar. Menurut Muhd Shamsudin, pelaku merupakan seorang warga Pakistan.

Anggaran Lebih RM1,000 Duit Tabung Masjid Dicuri

Tambahnya, kejadian berlaku sekitar jam 10 pagi. Salah seorang ahli jawatankuasa (AJK) masjid menganggar jumlah wang dicuri mencecah melebihi RM1,000.

“Sesiapa kenal dia ni Pakistan curi duit tabung Taman Sejahtera sila maklum kepada polis,” ujar Muhd Shamsudi di ruangan kapsyen.

@muhdshamsudin7

sesiapa kenal dia ni pakistan curi duit tabung taman sejahtera sila maklum kepada polis

♬ original sound – muhdshamsudin7

Ramai Sarankan Pihak Masjid Kutip Duit Tabung Secara Kerap

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai berasa geram dengan aksi lelaki yang sesuka hati mengambil hak masjid.

“Betapa ‘untungnya’ hidup macam dia ni. Dia selamba datang kutip je. Tak susah payah berpeluh,” kata seorang individu.

Malah segelintir individu turut menyarankan pihak masjid untuk menggunakan kaedah pembayaran derma yang lain bagi menjamin keselamatan duit tabung masjid.

“Zaman sekarang tak payah letak tabung kot. Tampal QR kod untuk sesiapa nak derma,” kata seorang pengguna TikTok.

Sementara itu, ramai juga berpendapat ahli jawatankuasa masjid sedikit cuai kerana tidak menyimpan duit tabung yang terkumpul.

“Kalau banyak macam ni (duit), memang kecuaian pihak AJK masjid sendiri. Sepatutnya kutip lepas Isyak. Biar sikit asal selamat. Nak tunggu penuh tabung inilah jadinya,” kata seorang lelaki.

Sumber: TikTok (@muhdshamsudin7)

Mencuri Dikategorikan Sebagai Perbuatan Maksiat

Segelintir individu di ruangan komen berpendapat bahawa warga asing itu sedang dalam keadaan memerlukan sehingga terpaksa mencuri duit tabung masjid. Pun begitu, ia bukanlah satu tiket untuk anda menghalalkan perkara yang haram.

Sumber: Freepik

Untuk info, mencuri dikategorikan sebagai perbuatan maksiat yang mana hukumnya berdosa besar. Allah SWT menuntut hambanya untuk mencari rezeki daripada sumber yang terbaik serta halal.

Rasulullah SAW berpesan bahawa doa seseorang tidak akan dimakbulkan oleh Allah SWT selagi mana dia tidak bertaubat dengan perbuatan keji itu.

Baca Artikel Berkaitan: Kes Lelaki Curi Tabung Derma Bernilai RM300, Suspek Kini Diburu Oleh PDRM

Baca Artikel Berkaitan: Kes Lelaki Curi RM22 Dari Tabung Masjid Untuk Beli Susu Anak, Ahli Perniagaan Tawar Khidmat Peguam

Baca Artikel Berkaitan: Kes Curi Duit Tabung Masjid, Sultan Selangor Murka


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd