Now Reading
“Dah Macam Kopi” – Ramai Geli Lihat Peniaga Goreng Dalam Minyak Masak Warna Hitam

“Dah Macam Kopi” – Ramai Geli Lihat Peniaga Goreng Dalam Minyak Masak Warna Hitam

Menerusi video tular, kelihatan peniaga di Bandung, Indonesia itu menggoreng kubis, tempe, sate usus dan ayam dalam satu kuali yang sama.

minyak masak hitam di Indonesia

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Setiap kali membeli makanan daripada luar, pasti anda mengharapkan ia sedap dan berbaloi dengan harga. Bukan itu sahaja, anda juga mesti mahu hidangan itu bersih dan selamat untuk dimakan.

Pun begitu, masih ada segelintir peniaga yang tidak menitikberatkan aspek berkenaan. Sebagai contoh, ada di antara golongan tersebut yang menggunakan minyak masak secara kerap kali kerana mahu menjimatkan kos.

Perkara itu tidak elok untuk kesihatan seseorang yang mana pengambilan minyak masak lama boleh memudaratkan kesihatan.

Baca Artikel Berkaitan: Ini 5 Petua Jimat Minyak Masak Tanpa Perlu Tukar Baru & Boleh Dipakai Semula

Peniaga Di Indonesia Guna Minyak Masak Hitam Untuk Goreng Makanan

Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman TikTok (@kuliner_hits) apabila seorang lelaki yang berasal dari Indonesia berkongsi juadah ‘street food’ yang dibeli olehnya sekitar Bandung.

Difahamkan lelaki tersebut telah membeli set hidangan ayam daripada gerai dikenali sebagai ‘Ayam Goreng Sari Manis Suniaratu’.

Dalam set berkenaan, pelanggan akan diberi satu pinggan nasi, ayam goreng, sate usus, kubis goreng dan juga tempe.

Sumber:

Namun perkara yang mengundang perhatian adalah apabila peniaga berkenaan menggunakan minyak yang sama bagi menggoreng setiap lauk dan sayur terbabit.

Lebih membimbangkan apabila melihat keadaan dan warna minyak masak di dalam kuali berkenaan. Warna minyak tersebut sangat hitam seolah-olah ia tidak ditukar dalam tempoh masa yang lama.

@kuliner_hits #kuliner #streetfood #jajanan #makanan #bandung ♬ suara asli – Kuliner_Hits

Baca Artikel Berkaitan: “Rasanya Enak, Ayuh Coba” – Wanita Di Indonesia Makan ‘Wet Food’ Kucing, Buat Ramai Loya [Video]

Ramai Geli Tengok Peniaga Masak Guna Minyak Warna Hitam

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai meluahkan rasa geli melihat minyak masak yang bertukar warna hitam itu.

“Minyak kalah air longkang. Air longkang pun jernih sikit,” ujar seorang wanita.

Malah ramai juga sempat berjenaka melihat keadaan minyak masak di dalam kuali yang seolah-olah digunakan dalam tempoh masa lama.

“Itu minyak peninggalan dari Perang Dunia Kedua tu,” kata seorang pengguna TikTok.

Sementara itu, ramai juga memberi peringatan bahawa minyak masak tersebut boleh membahayakan kesihatan seseorang.

“Hitamnya minyak. Ni kalau makan mesti boleh dapat kanser,” kata seorang individu.

Sumber: TikTok (@kuliner_hits)

Tanda Minyak Masak Anda Perlu Diganti Dengan Yang Baharu

Memetik Hello Doktor, penggunaan minyak masak secara berulang kali hingga menyebabkan ia bertukar warna hitam akan mendedahkan individu kepada radikal bebas yang boleh menyebabkan kerosakan sel tubuh.

Selain itu, tabiat menggunakan minyak masak terpakai juga akan menyebabkan minyak menjadi lebih karsinogenik. Semua bahan yang karsinogenik berpotensi menyebabkan penyakit kanser.

Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), terdapat enam tanda minyak masak anda perlu ditukar kepada yang baharu. Antaranya:

Sumber: Pexels
  • Warna minyak menjadi perang dan pekat
  • Minyak lebih likat
  • Minyak berbau tengik
  • Banyak asap terhasil sewaktu menggoreng sesuatu
  • Warna makanan digoreng menjadi terlalu gelap
  • Rasa makanan tidak sedap akibat sisa makanan lain yang bercampur dengan minyak masak

Baca Artikel Berkaitan: “Takut Nak Makan” – Kafe Di Indonesia Jual Kopi Indomie Jadi Perhatian


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd