Now Reading
[Video] Tindakan Lelaki Beri Makan Kepada Anjing Terkurung Dalam Rumah Raih Pujian

[Video] Tindakan Lelaki Beri Makan Kepada Anjing Terkurung Dalam Rumah Raih Pujian

Menurut lelaki dikenali sebagai Farid itu, dia telah datang ke rumah tersebut pada dua minggu yang lalu namun kembali ke sana kerana risau dengan keadaan anjing berkenaan.

anjing peliharaan kena kurung (1)

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Ramai di kalangan masyarakat mempunyai haiwan peliharaan di rumah sebagai contoh kucing, anjing, ikan, arnab dan sebagainya.

Sebagai seorang pemilik yang bertanggungjawab, adalah penting untuk anda menyediakan segala keperluan si comel termasuklah makan dan minum serta tempat tinggal selesa.

Pun begitu, segelintir golongan tersebut bertindak mengabaikannya dan membiarkan haiwan-haiwan berkenaan tanpa penjagaan yang rapi.

Lelaki Sedih Anjing Dibiarkan Dalam Rumah Kosong

Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman TikTok apabila seorang lelaki dikenali sebagai Farid (@faridbunz) sedang melawat seekor anjing yang dipercayai ditinggalkan dalam kawasan rumah kosong tanpa penghuni sekitar sebuah taman perumahan di Pasir Gudang, Johor Bahru.

Jelas Farid, haiwan peliharaan tersebut kelihatan seperti tidak diberi makan dan minum dalam jangka masa yang lama.

“Berkasih sayang bukan sesama manusia saja. Malah haiwan juga berhak kerana dia juga makhluk,” kata Farid di ruangan kapsyen.

Cuba Keluarkan Anjing Tetapi Pagar Berkunci

Menurut Farid, dia telah datang ke rumah tersebut sebelum ini, namun kembali ke sana kerana khuatir dengan keadaan anjing berkenaan.

@faridbunz

Berkasih sayang bukan sesama manusia saja..Malah haiwan jugak berhak..Kerana dia Jugak Makhluk 😊✌️

♬ original sound – Faridbunz

“Dua minggu lepas aku datang (rumah). Aku potong dia punya current (elektrik). Anjing ni dari hari tu terkurung dekat dalam. Hari ini aku datang, aku rasa tak sedap hati tengok dia dah kurus. Jadi, aku belikan ayam. Bagi dia makan.

“Nyata dia memang terkurung, dia lapar tak makan lagi. Aku tak tahu macam mana nak lepaskan dia. Rumah pun berkunci. Ini je aku boleh bantu kau,” jelas Farid sambil menghulurkan makanan kepada haiwan peliharaan itu.

Bagaimanapun, seorang wanita dipercayai jiran di bahagian komen mendakwa bahawa anjing itu diberi makan dan minum oleh cucu kepada pemilik rumah.

Sumber: TikTok

Orang Ramai Beri Pelbagai Reaksi Lihat Anjing Seperti Kelaparan

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai berasa sebak melihat anjing yang seolah-olah kelaparan itu.

“Kesiannya anak anjing tu. Kenapa buat anak ni macam ni, biar kelaparan macam tu,” ujar seorang pengguna TikTok.

Malah, ramai juga mengucapkan terima kasih kepada Farid kerana bersikap prihatin dan bertindak memberi makan kepada anjing terbabit.

“Terima kasih. Abang boleh minta bantuan 999 (nombor telefon kecemasan) untuk bantuan lepaskan anjing. Salute sebab baik hati bagi dekat comel (anjing) makan,” kata seorang lelaki.

Sementara itu, ramai juga warganet menyarankan Farid untuk melaporkan perkara tersebut kepada pihak berkuasa agar mereka dapat menyiasat dengan lebih lanjut.

“Tolong buat aduan bro. Semua atas talian je. Tak perlu pun pergi ke pejabat. Saya pun pernah jumpa satu kes macam ni. Saya buat report, alhamdulillah dah diselamatkan,” ujar seorang lelaki.

Sumber: TikTok (@faridbunz)

Dosa Abaikan Tanggungjawab Terhadap Haiwan Peliharaan

Sebelum ini, bekas Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri menjelaskan bahawa berihsan kepada manusia serta haiwan merupakan satu perkara yang wajib dipatuhi.

Antara bentuk ihsan kepada haiwan adalah dengan memberi makan dan minum lebih-lebih lagi jika ianya di bawah penjagaan serta tanggungan seseorang.

Tambah beliau, terdapat banyak hadis yang menunjukkan bahawa hukumnya adalah berdosa jika mengabaikan tanggungjawab memberi makan kepada haiwan peliharaan sehingga menyebabkan kematian.

Sumber: Pexels

Beliau juga telah menyertakan sebuah hadis daripada Ibn Umar R.Anhuma, Nabi SAW bersabda iaitu:

“دَخَلَتِ امْرَأَةٌ النَّارَ فِي هِرَّةٍ رَبَطَتْهَا، فَلَمْ تُطْعِمْهَا، وَلَمْ تَدَعْهَا تَأْكُلُ مِنْ خَشَاشِ الأَرْضِ”

Maksudnya: “Seorang wanita masuk ke dalam neraka kerana seekor kucing yang diikatnya. Dia tidak memberinya makanan, bahkan tidak membiarkannya memakan serangga-serangga tanah.”

[Riwayat al-Bukhari (3318), dan Muslim (2242)]

Memetik kenyataan Imam Al-Khatib al-Syirbini, ia menjadi satu kewajipan bagi pemilik haiwan muhtaram (bukan haiwan perosak) untuk menyediakan makanan dan minuman bagi menghilangkan kelaparan serta kehausan.

Baca Artikel Berkaitan: Kucing Dikurung Sampai Mati Ketika Musafir, Ini Pencerahan Dr Zulkifli

Baca Artikel Berkaitan: Lelaki Dakwa Anak Dikurung Dalam Sangkar Anjing Hanya Kerana Terkencing Dalam Seluar

Baca Artikel Berkaitan: Lelaki Didakwa Campak 3 Kucing Jiran Dari Tingkat 15 Kini Ditahan Polis


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd