[Video] Pusat Memandu Anjur Majlis Graduasi Bikin Ramai Berdekah
Majlis graduasi itu diadakan bagi pelajar yang berjaya lulus mendapatkan lesen di Akademi Memandu Nasrom Sdn Bhd di Kota Bharu, Kelantan.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Kebiasaannya apabila seseorang tamat pengajian sama ada di peringkat sekolah mahupun di universiti, pastinya kejayaan mereka akan disambut dengan majlis konvokesyen.
Maklumlah, tempoh pembelajaran mereka itu memakan masa sehingga dua hingga ke lima tahun. Itu belum lagi kalau tiba-tiba kena buat ulangan.
Walaupun majlis itu hanya berlangsung dalam tempoh beberapa jam, percayalah ia akan diingati oleh para pelajar sampai bila-bila.
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Gelagat Penyampai Radio Hot FM Menyebut Nama Graduan Di Majlis Konvokesyen UKM Jadi Perhatian
Baca Artikel Berkaitan: “Effort A+” – Keluarga Sambut Graduan Dengan ‘Banner’ & Persembahan Gendang Buat Ramai Teruja
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Graduan Dedah Berbelanja Hampir RM1,000 Untuk Majlis Konvo Undang Pelbagai Reaksi
Pusat Belajar Memandu Anjur Majlis Graduasi Bagi Pelajar Yang Lulus Lesen Memandu
Menerusi video dimuat naik di laman Tiktok (@nieqlesenmemandu), sebuah pusat belajar memandu menyambut pelajar mereka yang berjaya lulus dalam ujian JPJ dengan mengadakan majlis graduasi.
Dalam video tersebut, terdapat pelbagai peringkat umur yang meraikan kegembiraan mereka itu bersama penuntut-penuntut yang lain.
Jubah graduasi dan mortar board juga disediakan oleh pihak mereka. Siap ada papan bertulis ‘Yahooo JPJ Test Done!’.
Bukan itu sahaja, latar belakang yang menjadi tempat mereka mengambil gambar itu juga tertera ‘I Am The Next Driver’.
Berdasarkan pemerhatian kami, majlis itu diadakan di Akademi Memandu Nasrom Sdn Bhd di Kota Bharu, Kelantan.
Untung eh zaman sekarang.. kito dulu lepas je JPJ, tarik nafas lega pastu cabut balikk.. Kalau tak mesti dapat selepang pink sebab terus lulus 👨🏻🎓😆
— 🇲🇾 (@localrkyt) December 11, 2024
📹 nieqlesenmemandu pic.twitter.com/weF4sSZJtX
Masyarakat Beri Pelbagai Reaksi Lihat Pusat Belajar Memandu Buat Majlis Graduasi
Menjengah ke ruangan komen, ada yang berpendapat bahawa pengalaman menyambut majlis graduasi selepas tamat ujian JPJ sebagai sesuatu yang menghiburkan.
Namun, ada yang menganggap bahawa perkara ini tidak perlu dilakukan kerana berkemungkinan menjadi faktor kenaikan harga lesen.
“Patutlah lesen makin mahal,” ujar netizen.
“Apa yang merepek buat graduasi, tak ada kerja ke?” soal seorang pengguna media sosial.
Sementara itu, mereka turut menyifatkan sambutan itu seolah-olah berbaloi bagi penuntut yang sudah membayar harga ribuan bagi mendapatkan lesen.
“Berbaloi la bayar beribu,” ujar pengguna X.
Tapi ada juga yang lebih memilih untuk terus pulang selepas berjaya mendapatkan lesen memandu
Ini Tips Untuk Lulus Ujian JPJ
Setiap pelajar yang menuntut pengajian untuk mendapatkan lesen, mesti anda semua mahu lulus ujian JPJ tersebut kan?
Bagi anda yang gagal dan terpaksa mengulang ujian JPJ berkali-kali, jom kami berikan beberapa tips yang mungkin boleh memberi manfaat.
Antaranya:
- Berhenti sebelum garisan di persimpangan
- Kekal tenang
- Memberi isyarat sebelum menukar laluan
- Memegang stereng dengan betul
- Mematuhi lampu isyarat
- Mengingati semua ilmu yang diajar oleh guru mereka
- Memastikan jarak yang selamat di antara kenderaan lain
- Memandu dalam kelajuan yang perlahan
Sebelum memulakan ujian, bacalah segala doa dan tawakal kepada Allah SWT.
Semoga dipermudahkan segala urusan untuk anda yang bakal mengambil ujian JPJ dalam masa terdekat ini.
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.