Now Reading
[Video] Dr Kamilin Kongsi Amalan Yang Boleh Dilakukan Anak Untuk Ibu Bapa Yang Dah Meninggal Dunia

[Video] Dr Kamilin Kongsi Amalan Yang Boleh Dilakukan Anak Untuk Ibu Bapa Yang Dah Meninggal Dunia

Menurut Ahli Majlis Fatwa Wilayah Persekutuan dan Perlis itu, ramai di kalangan anak yang mula melupakan ibu bapa yang sudah meninggal dunia dalam jangka masa panjang.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Kehilangan ibu bapa merupakan antara perkara yang paling mendukacitakan buat mereka bergelar anak. Mana tidaknya, mereka adalah insan yang telah membesarkan kita dengan penuh kasih sayang dari kecil hingga besar.

Malah, ramai juga yang bersedih kerana doa dan restu daripada orang tua itu sudah hilang buat selama-lamanya.

Namun sebagai seorang anak, adalah penting untuk kita sentiasa mengingati dan membalas jasa dan pengorbanan mereka walaupun mereka tiada lagi di sisi.

Bakti Yang Boleh Dilakukan Untuk Ibu Bapa Yang Sudah Meninggal Dunia

Baru-baru ini, Ahli Majlis Fatwa Wilayah Persekutuan dan Perlis, Dr Kamilin Jamilin menerusi satu hantaran di laman TikTok telah berkongsi beberapa amalan bakti yang boleh dilakukan oleh golongan anak-anak buat mak dan ayah yang sudah meninggal dunia.

Walaupun mereka sudah tiada di dunia sebenarnya banyak juga perkara yang anda boleh lakukan dan sedekahkan buat mereka.

“Ibu dan bapa kita di barzakh sana lebih memerlukan bakti daripada kita di dunia. Walaupun dunia ini bersifat sementara tetapi akhirat sana yang menentukan sama ada kita bahagia ataupun sengsara,” kata Dr Kamilin.

Antara jenis bakti yang diperjelaskan adalah seperti berikut:

#1. Istighfar & Doa

Pertama sekali adalah beristighfar dan berdoa agar Allah SWT memberi keampunan kepada mereka.

“Istighfar akan mengangkat darjat mereka ke syurga,” ujar beliau.

Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:

إِنَّ اللهَ عَزَّ وَجَلَّ لَيَرْفَعُ الدَّرَجَةَ لِلْعَبْدِ الصَّالِحِ فِي الْجَنَّةِ، فَيَقُولُ: يَا رَبِّ، أَنَّى لِي هَذِهِ؟ فَيَقُولُ: بِاسْتِغْفَارِ وَلَدِكَ لَكَ

Maksudnya: “Sesungguhnya Allah akan mengangkat darjat bagi seseorang hamba yang soleh di syurga. Maka dia berkata: Wahai Tuhan, dari mana yang aku dapat ini? Allah berfirman: dengan istighfar anak kamu kepadamu”. 

[Riwayat Ahmad (10610)]

Sumber: Pexels

“Tiada apa lagi yang diperlukan oleh seorang arwah yang telah meninggal dunia selain daripada rahmat Tuhannya. Doakan buat mereka, setiap kali kita berdoa, solat, mengangkat tangan. Ramai yang tak buat ni.

“Mungkin masa baru-baru meninggal rajinlah kita doakan mereka. (Jadi) setahun, dua tahun, kemudian setiap kali raya dan makin lama kita mula melupakan ibu atau ayah kita yang meninggal dunia,” ujar pendakwah berkenaan.

Baca Artikel Berkaitan: “Kalau Melawan, Kita Yang Derhaka” – Norman Hakim Nasihat Para Anak Jaga Hubungan Baik Dengan Ibu Bapa

#2. Sedekah

Yang seterusnya adalah bersedekah pada setiap hari untuk ibu dan bapa walaupun sedikit. Pelbagai cara anda boleh sedekahkan buat orang tua sebagai contoh belanja orang makan atau tanam pokok.

“Setiap kali suap anak kita makan ingat pada orang tua yang pernah menyuapkan kita. Doakan buat mereka, niatkan kita sedekah bagi anak makan itu untuk ibu dan ayah,” kata beliau.

Sumber: Pexels

Baca Artikel Berkaitan: TikToker Sedekah Duit Pada ‘Stranger’ Lepas Tahu Dia Solat 5 Waktu & Bangun Subuh

#3. Langsaikan Hak Allah & Manusia

Yang terakhir adalah apa-apa jenis hak Allah yang masih tertunggak sebagai contoh haji, puasa dan hutang daripada orang lain yang masih belum dilunaskan.

“Itu juga sebaik-baik bakti yang kita boleh buat untuk mereka. Ingat, bakti kita kepada orang tua tidak terhenti ketika mereka memejamkan mata tetapi berterusan hingga kitalah yang memejamkan mata,” kata Dr Kamilin.

Sumber: Pexels
@drkamilinjamilin ❤️ Bakti Terbaik Buat Orang Tua Yang Telah Meninggal Dunia~ #HadisNabi ♬ original sound – Dr. Kamilin Jamilin

Baca Artikel Berkaitan: Hutang Wajib Bayar, Usah Merayu Kepada Saya – Pengerusi MARA


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd