Daging Babi Hanya Boleh Dijual Di Tempat Tertentu Sahaja Di Shah Alam
Selepas siasatan terhadap peniaga daging babi di Pasar Malam Setia Alam itu, MBSA mengeluarkan kompaun kepada mereka kerana beroperasi tanpa lesen di zon pasaran melibatkan masyarakat beragama Islam.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Umum sedia maklum, masyarakat beragama Islam tidak dibolehkan untuk makan hidangan berasaskan daging babi apabila pengharamannya turut dinyatakan dalam kitab al-Quran.
Malah di Malaysia sendiri, daging dari haiwan itu tidak boleh dijual secara terbuka kerana bimbang boleh mengelirukan individu Muslim.
Namun, perkara tersebut telah menjadi isu baru-baru ini selepas wujud dakwaan penjualan daging babi di kawasan umum.
Baca Artikel Berkaitan: “Apa Salahnya Diorang Enjoy?” – Menu Nasi Lemak Daging Babi Cetus Perdebatan
Baca Artikel Berkaitan: Ramai Bengang Peniaga Bazar Ramadan Di Singapura Jual Daging Khinzir
Baca Artikel Berkaitan: Jemur Daging Khinzir Di Tingkat Atas, Jiran Bengang Air Menitik Terkena Baju Di Ampaian
Peniaga Didakwa Jual Daging Babi Di Pasar Malam Setia Alam
Sebelum ini, tular dakwaan di mana seorang peniaga di Pasar Malam Setia Alam menjual daging babi di kawasan terbuka yang turut menjadi tempat masyarakat Muslim menjual hidangan mereka.
Situasi ini mula tersebar selepas satu video dimuat naik di laman TikTok (@indahnurrahman) menunjukkan jualan daging babi itu diakukan di lokasi yang juga dikunjungi individu beragama Islam.
Difahamkan, peniaga tersebut menjual ‘pork crispy’ yang disahkan tidak halal.
Tindakan peniaga non-muslim itu telah mencetuskan kontroversi di media sosial sehingga mencetuskan pertikaian sama ada operasi perniagaan pemilik gerai itu adalah satu kesalahan atau tidak.
Video tersebut telah meraih 293,700 jumlah tontonan setakat artikel ini ditulis.
Ramai Persoal Tindakan Peniaga
Sesetengah netizen terutamanya yang beragama Islam mengecam tindakan gerai tersebut kerana menjual daging babi. Namun ada pula yang berpendapat mereka yang tidak boleh makan hidangan berkenaan untuk mengabaikannya.
Sementara itu, segelintir pengguna mendakwa gerai tidak halal di pasar malam sudah menjadi kebiasaan selama bertahun-tahun.
Pada masa sama, ada juga yang mengatakan bahawa Pasar Malam Setia Alam terbahagi kepada dua iaitu bahagian halal dan tidak halal.
Netizen turut berpendapat bahawa perakam video tersebut mungkin memasuki bahagian pasar malam yang tidak sesuai untuk masyarakat beragama Islam.
Ini Penjelasan Dari Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA)
Susulan kejadian itu, pihak berkuasa MBSA telah memberi penjelasan mengenai situasi yang tular ini.
Memetik laporan Astro Awani, Ketua Bahagian Korporat dan Perhubungan Awam Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Mohd Azhar Mohd Sharif berkata, daging babi tidak boleh dijual di kawasan terbuka terutama di pasar malam termasuklah untuk makanan yang tidak halal.
Mohd Azhar percaya bahawa gerai terbabit beroperasi tanpa lesen kerana MBSA tidak mengeluarkan sebarang kebenaran kepada mana-mana peniaga untuk menjual makanan tidak halal seperti daging babi.
Beliau juga menjelaskan bahawa badan pelesenan akan menyiasat dan sekiranya peniaga tersebut berlesen tetapi melakukan salah laku, lesen mereka juga akan dibatalkan.
Namun bagi penjual yang tidak mempunyai lesen, mereka akan diberikan kompaun di bawah undang-undang kecil penjaja.
Ini kerana penjualan daging babi hanya dibenarkan di tempat khas dan pasar bertutup.
Selepas siasatan terhadap peniaga daging babi di Pasar Malam Setia Alam itu, MBSA mengeluarkan kompaun pada 2 November 2024 kerana beroperasi tanpa lesen di zon pasaran melibatkan masyarakat beragama Islam.
MBSA turut menjalankan satu pemeriksaan pada 14 Disember 2024 bagi memastikan kesilapan itu telah diperbetulkan dan beroperasi seperti yang ditetapkan.
Latar Belakang Tentang Pasar Malam Setia Alam
Pasar Malam Setia Alam beroperasi di Jalan Setia Prima A U13/A pada setiap hari Sabtu melibatkan 414 vendor berlesen yang memenuhi 800 lot.
Dedah MBSA lagi, lebih daripada 80% vendor adalah bukan Islam manakala hanya 20% sahaja peniaga yang beragama Islam.
Bagi peniaga Muslim, badan pelesenan telah menetapkan tempat mereka bermula dari kawasan di hadapan Bank CIMB hingga ke spa auto dan selebihnya dikhaskan untuk vendor bukan Islam.
Walaupun mempunyai zon berbeza, namun MBSA menjelaskan sesiapa sahaja boleh memohon lesen untuk menjaja barangan mereka di pasar malam berkenaan.
Namun jika mana-mana vendor disyaki menjual barangan selain daripada yang dilesenkan, tindakan segera akan diambil oleh pihak berkuasa.
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.