Now Reading
Ular Sawa ‘Panjat’ Sampai Tingkat 2 Rumah Flat, Hampir Nak Masuk Tingkap Rumah!

Ular Sawa ‘Panjat’ Sampai Tingkat 2 Rumah Flat, Hampir Nak Masuk Tingkap Rumah!

Kelibat ular sawa berkenaan dilihat berada pada kompresor penghawa dingin di perumbahan flat Blok 925 Jurong West, Singapura.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Bila sebut haiwan eksotik terutamanya ular, mesti ramai yang meremang bulu roma kan? Mana tidaknya, binatang ini boleh menyerang mangsa dengan cara membelit sehingga maut. Bahaya!

Namun apa yang lebih membimbangkan lagi adalah ia semakin banyak dilihat di kawasan terbuka seperti di dalam rumah dan atas jalan raya.

Pernah juga wujud kes di mana ular memasuki kawasan enjin kereta dan juga dilihat berada di atas lot parkir kosong di antara dua buah kereta lain. Seram!

Baca Artikel Berkaitan: “Cop Parkir Ke” – Ular Sawa Ditemui Di Parkir Kereta Pusat Beli-belah Bikin Ramai Bimbang

Baca Artikel Berkaitan: “Besar Nak Mamp*s” – Netizen Terkejut Tengok Ular Sawa Dalam Bonet Depan Kereta [Video]

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Kelibat Ular Sawa Saiz Besar Pada Zink Rumah Bikin Ramai Seriau


Ular Sawa Hampir Masuk Rumah Flat Tingkat 2 Di Singapura

Baru-baru ini, satu kejadian tidak diingini berlaku pada 8 Disember lalu selepas seekor ular sawa hampir menyelinap masuk ke dalam sebuah flat di Singapura.

Memetik laporan Mothership, Ketua Pegawai Eksekutif Persatuan Penyelidikan dan Pendidikan Keprihatinan Haiwan (Acres) Kalai Vanan Balakrishnan berkata pihak mereka dimaklumkan tentang kelibat haiwan reptilia berkenaan pada kompresor penghawa dingin di Blok 925 Jurong West.

Menurut pemilik rumah berusia 54 tahun yang ingin dikenali sebagai Muklis, dia memberitahu terdapat dua orang individu tidak dikenali telah mengetuk pintu rumahnya untuk memaklumkan kewujudan ular yang berada berhampiran rumahnya.

Sumber: Mothership

Difahamkan, individu terbabit meminta agar Muklis dan isterinya menutup tingkap selepas melihat kewujudan ular sawa sedang ‘memanjat’ ke arah rumah mereka.

Nasib menyebelahi pemilik kediaman tersebut kerana tidak lama selepas itu, kedengaran bunyi seolah-olah ketukan di bilik utama dipercayai oleh ular sawa berkenaan.

“Kalau saya tak tutup tingkap, mungkin ular tu berjaya masuk rumah saya,” kata Muklis.

Peka dengan apa yang berlaku, Muklis terus memaklumkan kepada pihak Acres.

Ujar Kalai, panjang ular sawa berkenaan yang berukuran 3.5 meter telah menyebabkan misi menyelamat menjadi agak sukar lebih-lebih lagi ketika ia dilihat memusingkan badannya pada lengan anggota bertugas.

Sumber: Mothership

Apa Perlu Buat Jika Ternampak Haiwan Liar Berkeliaran Di Kawasan Awam?

Keberadaan haiwan liar seperti ular, harimau, babi hutan, kera dan sebagainya di kawasan orang awam boleh memberi risiko keselamatan kepada masyarakat.

Jadi jika anda terjumpa haiwan berkenaan di kawasan awam, segera hubungi pihak berkuasa berikut untuk membuat laporan. Antaranya:

Baca Artikel Berkaitan: Penduduk Flat Di Singapura Terkejut Lihat Burung Hantu Tumpang Tidur Tepi Tingkap Rumah

Baca Artikel Berkaitan: Penghuni Terkejut Jumpa Biawak ‘Panjat’ Hingga Tingkat 3 Rumah Flat

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Monyet Sesat Masuk Lapangan Terbang Changi, Staf Wanita Dipuji Tenang Uruskan Situasi


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd