Now Reading
“Barang Mahal” – Pelancong China Ini Luah ‘Nightmare’ Yang Dihadapi Lepas Bercuti Di KL

“Barang Mahal” – Pelancong China Ini Luah ‘Nightmare’ Yang Dihadapi Lepas Bercuti Di KL

Dakwa pelancong dari China itu, harga barangan di Kuala Lumpur tidaklah semurah yang dihebohkan di Internet.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Selain dikenali sebagai lokasi yang menjadi ‘syurga makanan’ buat para pelancong, bandar Kuala Lumpur juga telah meraih pelbagai anugerah dan prestasi cemerlang sejak beberapa tahun lalu.

Antaranya KL diiktiraf sebagai bandar ke-8 terbaik dunia untuk didiami oleh ekspatriat serta dinobatkan sebagai bandar paling mesra dalam benua Asia.

Baca Artikel Berkaitan: KL Raih Tempat Ke-2 Untuk Bandar Terbaik Di Rantau Asia Tenggara

Baca Artikel Berkaitan: Kuala Lumpur Raih Tempat Ke-8 Terbaik Di Dunia Untuk Diduduki Golongan Ekspatriat

Di sebalik pencapaian ini, ia seolah-olah tidak dapat ‘dirasai’ oleh pelancong dari China yang baru-baru ini datang melancong ke Kuala Lumpur, Malaysia.


Pelancong China Dakwa Menyesal Datang Bercuti Di Kuala Lumpur

Menerusi hantaran dimuat naik di laman XiaoHongShu (XHS), seorang warga China didakwa menyesal melancong ke Kuala Lumpur dan menganggap bandar ini kotor dan kucar-kacir.

Disebabkan beberapa pengalaman buruk yang dialaminya, dia turut menasihati orang ramai agar tidak datang bercuti ke Malaysia.

Antara sebab mengapa pelancong ini dikatakan tidak menyukai bandar KL ini adalah kerana:

#1. Layanan yang agak biadap
Sumber: MalayMail

Ketika bertanya arah kepada staf di lapangan terbang, pelancong ini mendakwa layanan diberikan agak biadap dan seolah-olah mendiskriminasi mereka.

Bukan sahaja pekerja, malah warga China ini juga menganggap masyarakat tempatan di sini juga bersikap kurang ajar.

#2. Tak banyak tempat menarik
Sumber: Farahin Fadzil/TRP

Pelancong berkenaan turut berpendapat bahawa Kuala Lumpur tidak mempunyai banyak tempat menarik untuk bergambar selain Menara Berkembar Petronas.

#3. Pengangkutan yang tidak mesra pelancong
Sumber: MalayMail

Berbicara tentang pengangkutan pula, warga China ini mendakwa KL mempunyai sistem pengangkutan yang menyusahkan kerana tidak banyak ruang pejalan kaki.

Oleh disebabkan itu, mereka hanya perlu bergantung kepada perkhidmatan teksi.

#4. Perkhidmatan hotel yang agak buruk
Sumber: Pexels

Dakwanya lagi, hotel empat dan lima bintang turut memberikan layanan yang kurang memuaskan.

Pelancong ini menganggap tindakan pihak hotel yang tidak mahu memulangkan wang deposit jika mendaftar keluar lewat 10 minit seolah-olah perbuatan merompak di siang hari.

#5. Perkhidmatan bungkus makanan yang tidak berkualiti
Sumber: XHS

Ketika membungkus makanan pula, pelancong ini mendakwa harganya terlalu mahal sehingga melebihi RM150 meskipun kuantitinya adalah berpatutan.

“Makanan kami dibungkus dalam beg, tapi kadangkala kami dah minta sudu dan garfu tapi tidak diberi,” katanya.


Siap ‘Hasut’ Orang Lain Untuk Tak Datang Ke KL

Sementara itu, dia turut berpendapat seolah-olah tertipu dengan golongan yang mendakwa barangan di KL adalah murah.

“Sejujurnya, harga di KL ni lebih kurang sama macam di bandar-bandar kelas pertama di China. Saya tak tahu agensi mana yang cakap kat sini murah.

“Jangan percaya apa yang anda dengar di Internet. Tak best langsung kat sini. Buang duit je. Tak ada apa yang boleh dimakan dan minum. Setakat shopping je,” dakwanya.


Orang Ramai Tak Bersetuju Dengan Dakwaan Pelancong Dari China Ini

Walau bagaimanapun, hantaran pelancong tersebut mendapat pelbagai reaksi di mana mereka tidak bersetuju dengan kenyataannya berkaitan Kuala Lumpur.

Ini kerana rata-rata daripada mereka menganggap KL adalah sebagai lokasi pelancongan yang agak menarik dan lebih murah berbanding China.


Tempat-tempat Menarik Sekitar Kuala Lumpur

Sumber: Farahin Fadzil/TRP

Sebenarnya, ada banyak je lokasi menarik yang ada di Kuala Lumpur ini. Nak yang berbayar atau tidak, semuanya ada. Tinggal nak buat research dan pilih je.

Antaranya:

#1. KL Eco Park

Kalau anda sukakan aktiviti outdoor, tempat ini memang sesuai untuk anda kerana ada beberapa tingkat laluan kanopi (canopy walk) yang anda boleh naiki.

Nak bergambar di sini pun best juga sebab ada latar belakang Menara Kuala Lumpur dan juga pokok hijau.

  • Alamat: Lot 240, Jalan Raja Chulan, Bukit Kewangan, 50250 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (Terletak di belakang Menara Kuala Lumpur)
  • Waktu operasi: Isnin – Jumaat : 7AM – 6PM
Sumber: Farahin Fadzil/ TRP
#2. Muzium dan Galeri Seni Bank Negara Malaysia

Galeri-galeri ini membolehkan anda mengetahui tentang ekonomi Malaysia, peranan bank dalam pembangunan ekonomi negara dan landskap kewangan sejak sebelum merdeka hingga ke hari ini.

Bukan itu sahaja, ada juga boleh melihat khazanah serta koleksi dinamik karya seni Malaysia dan ASEAN.

Untuk anda yang ingin berkunjung ke muzium ini, perlulah menempah slot sekurang-kurangnya dua hari sebelum dengan klik [DI SINI].

  • Alamat: Sasana Kijang, 2, Jalan Dato Onn, Kuala Lumpur, 50480 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
  • Waktu operasi: Selasa – Ahad : 10AM – 1PM & 2PM – 5 PM
Sumber: Bank Negara Malaysia Museum and Art Gallery
#3. Taman Botani Perdana

Taman seluas 227 hektar ini juga menjadi lokasi menarik untuk berkelah sambil menikmati pemandangan bangunan-bangunan tinggi di sekitar Kuala Lumpur.

Beberapa tarikan menarik di sini termasuklah air terjun setinggi 4 meter, air pancut dan bangunan kolonial yang kini telah diubah menjadi sebuah galeri.

  • Alamat: Jalan Kebun Bunga, Tasik Perdana, 55100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
  • Waktu operasi: Setiap hari : 7AM – 8PM
Sumber: VisionKL
#4. Royal Selangor Visitor Centre

Royal Selangor ditubuhkan pada tahun 1885 dan dianggap sebagai pembuat piuter terbaik di dunia.

Ada macam-macam tarikan menarik di sini seperti Galeri Sains, Teko Bertuah, Cawan Gergasi yang diiktiraf Guiness World of Record dan banyak lagi!

  • Alamat: 4, Jalan Usahawan 6, Setapak Jaya, 53300 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
  • Waktu operasi: Setiap hari : 9AM – 5PM
Sumber: Viator
#5. Muzium Tekstil Negara

Muzium Tekstil Negara terletak di salah satu bangunan era kolonial yang paling mengagumkan di bandar ini iaitu di Bangunan Sultan Abdul Samad di Dataran Merdeka.

Pameran itu dibahagikan kepada empat galeri yang memaparkan sejarah tekstil Malaysia tekstil, aksesori dan pakaian, alatan, bahan dan teknik.

  • Alamat: 26, Jalan Sultan Hishamuddin, City Centre, 50000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
  • Waktu operasi: Setiap hari : 9AM – 6PM
Sumber: Wikimedia Commons

Baca Artikel Berkaitan: Nak Jalan-jalan Tapi ‘Broke’? Ini Tempat Percuma Yang Anda Boleh Pergi Sekitar Lembah Klang

Baca Artikel Berkaitan: 5 Tempat Piknik Menarik Di Sekitar KL & Selangor. Ayuh!

Baca Artikel Berkaitan: Bas KL Hop-On Hop-Off Bawa Ke Istana Negara & Pelbagai Lokasi Menarik Sekitar Kuala Lumpur


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd