[Video] Laungan Azan Maghrib Dimainkan Di Tempat Konsert Cetus Perdebatan
Menerusi video tular, kedengaran azan dimainkan di dalam dewan Zepp KL bagi menandakan sudah tibanya waktu untuk solat maghrib.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Umum sedia maklum, menunaikan solat fardu lima waktu sehari merupakan satu kewajipan bagi penganut beragama Islam tidak kiralah sesibuk mana mereka dengan urusan duniawi.
Sebelum ini, artis K-pop Bang Yong-Guk telah mencuri perhatian ramai apabila dia bertindak menghentikan persembahan untuk memberikan ruang dan masa bagi para penonton Muslim menunaikan solat maghrib terlebih dahulu.
Difahamkan, pihak penganjur juga menyediakan ruangan solat di dalam auditorium konsert berkenaan.
Baca Artikel Berkaitan: Artis K-Pop Bang Yong-Guk Henti Persembahan, Beri Waktu Untuk Solat Maghrib
Azan Berkumandang Dalam Zepp KL Sebelum Konsert Bermula
Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman TikTok apabila lelaki dikenali sebagai Afil (@afilsyazwan) berkongsi suasana di konsert ‘For Revenge Perayaan Patah Hati Babak 1. Kuala Lumpur’ di Zepp KL pada 6 Disember lalu.
Menerusi video perkongsian kelihatan pengunjung telah berkumpul memenuhi dewan sebelum konsert itu bermula.
Namun perkara yang menjadi perhatian adalah alunan azan telah dimainkan bagi menandakan waktu maghrib telah pun masuk. Ayat azan itu juga dilihat terpapar pada skrin atas pentas seperti lazimnya di dalam televisyen.
Ia kemudian disudahi dengan bacaan doa selepas azan dan juga paparan ayat pada skrin yang sama. Dalam klip tersebut, rata-rata para penonton sedang duduk di tempat masing-masing dalam keadaan yang senyap bagi menghormati azan berkenaan.
Penonton Muslim Tunaikan Solat Maghrib Di Surau Sebelum Konsert Mula
Menurut Afil, makluman tersebut adalah khas buat pengunjung Muslim agar mereka boleh bergerak ke surau untuk menunaikan solat terlebih dahulu sebelum bermulanya persembahan pada jam 8 malam.
“Hanya di Malaysia, Azan sebelum konsert sebab dah masuk waktu. Lepas tu baru kita mula berhibur ya rakan-rakan,” kata Afil di ruangan kapsyen video.
@afilsyazwan Only in Malaysia, Azan sebelum konsert sebab dah masuk waktu. #zeppkl #kualalumpur #malaysia #insomniacks #forrevenge ♬ original sound – Afil
Segelintir Bersetuju Dengan Paparan Azan Untuk Mengingatkan Tentang Solat
Menjengah ke ruangan komen, orang ramai dilihat memberikan pelbagai reaksi melihat situasi azan yang berkumandang sebelum konsert itu.
Segelintir individu dilihat bersetuju dengan tindakan pihak penganjur untuk memaklumkan sudah masuk waktu solat.
“Okay je azan sekurang-kurangnya dapat mengingatkan. Nak solat tu atas individu masing-masing. Konsert tu boleh je mula pukul 8.30. Sempatlah orang nak solat maghrib dulu,” kata seorang lelaki.



Ramai Anggap Paparan Azan Sebelum Mula Konsert Seperti Persendakan Agama
Sementara itu, ramai juga dilihat tidak bersetuju apabila konsert yang berunsur hiburan disekalikan dengan tiang agama Islam iaitu menunaikan solat.
“Kenapa orang fokus seakan-akan, ‘Tak apa azan tu tanda masuk waktu solat je.’ Diorang tak tahu ke pengertian solat lebih daripada itu? Adakah sebab nak halalkan aktiviti macam ni? Esok-esok mana pulak nak letak (pasang) azan? Karaoke? Pub?” tanya seorang pengguna TikTok.
Ramai individu turut berkata situasi itu seolah-olah sedang mempersendakan agama Islam.
“Azan menyeru untuk solat bukan menyeru untuk sertai konsert. Salah tempat untuk seruan solat sementara yang ditunggu adalah konsert. Tidak ubah seperti mempersendakan agama,” jelas seorang individu.
Selain itu, ramai juga mempersoalkan tentang aktiviti yang melibatkan pergaulan antara golongan lelaki dan perempuan.
“Azan dah elok, tapi masih ada lagi perempuan dan lelaki bercampur. Niat tak menghalalkan cara,” kata seorang warganet.











Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram