[Video] Khairul Aming Sudah Sihat, Kembali Bekerja Selepas Dilaporkan Rebah
Khairul Aming dilihat terlantar di atas katil semasa menerima rawatan di sebuah klinik sambil ditemani oleh beberapa orang rakannya yang lain.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Ketika beberapa negeri di Pantai Timur mengalami musim banjir yang agak teruk, influencer Khairul Aming sanggup turun padang bersama pasukannya untuk memberikan bantuan.
Sepanjang misi bantuan banjir di Kelantan, Khairul Aming atau nama sebenarnya Khairul Amin bin Kamarulzaman, 32, juga sempat melakukan ‘live’ di akaun TikTok miliknya semasa menghulurkan barangan kepada mangsa.
Difahamkan, influencer ini juga bergerak ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) yang berbeza di Kelantan dalam tempoh seminggu bagi memastikan setiap keluarga menerima bantuan secukupnya.
Khairul Aming Rebah Akibat Tidak Cukup Tidur Ketika Menguruskan Misi Bantuan
Walau bagaimanapun, keupayaan Khairul Aming dalam menguruskan misi bantuan banjir di Kelantan itu bertukar sebaliknya selepas influencer tersebut dikatakan rebah dipercayai akibat terlalu kepenatan.
Menerusi video dimuat naik oleh seorang rakannya di laman Instagram (@mrcosec), lelaki tersebut menunjukkan keadaan cef selebriti berkenaan yang terlantar di atas katil semasa menerima rawatan di sebuah klinik sambil ditemani oleh beberapa orang rakannya yang lain.
Sahabatnya dikenali sebagai Ahmad Fadhilat Fitri Bin Ismail itu turut menyatakan dalam video itu bahawa Khairul Aming terlalu penat dan sudah seminggu tidak mendapatkan tidur secukupnya.
Dalam pada itu, dia meminta agar orang ramai mendoakan supaya influencer tersebut kembali sihat seperti biasa.
“Doakan KA. KA rebah guys. Khairulaming penat sangat. Seminggu tak cukup tidur. Sama-sama kita doakan semoga beliau cepat sembuh,” katanya dalam video.
Khairul Aming Sudah Sihat, Perjelas Punca Kepenatan
Dalam sebuah video dimuat semula oleh pengguna TikTok (@cikpuanfadia), Khairul Aming menjelaskan perkara itu berpunca kerana rutin hariannya yang agak padat sepanjang menguruskan misi bantuan banjir di Kelantan.
Jelas Khairul Aming, selain menguruskan kerja pengagihan barang bantuan, dia juga sibuk melakukan siaran ‘live’ di TikTok selain perlu menyunting video berkenaan.
Keadaan ini membuatkan dia kekurangan rehat. Namun, usahawan itu dalam pada masa sama menjelaskan dia sudah kembali pulih.
Masyarakat Doakan Kesembuhan Khairul Aming
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan kebimbangan dengan tahap kesihatan influencer terbabit dan berharap Khairul Aming kembali sihat seperti sebelum ini.
“Aku tak tidur seharian pun macam nak gila, inikan seminggu. Sakit kepala oi,” kata seorang pengguna media sosial.
Malah, ada juga pengguna Instagram yang dikatakan melihat keadaan KA yang seolah-olah tidak bermaya semasa melakukan siaran ‘live’ di TikTok ketika misi bantuan berlangsung.
“Tadi dalam live tengok KA memang tak bermaya dan nampak kusut masai. Kita ada komen letihnya tengok muka KA. KA dah buktikan pada kami banyak perkara. Kami telus percaya dengan usaha KA,” jelas netizen.
Wujud Dakwaan Barangan Bantuan Tidak Diagihkan Secara Adil Oleh Ketua Kampung
Terdahulu, wujud dakwaan bahawa barangan bantuan yang diberikan itu tidak diagihkan secara adil oleh pihak tertentu di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) SK Tumpat 1.
Perkara ini secara tidak langsung telah menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan penduduk sehingga ada yang meluahkannya di media sosial.
Pengasas produk Sambal Nyet itu menjelaskan dia telah menerima beberapa aduan berhubung isu ketidakadilan dalam pengagihan barangan bantuan banjir yang diberikan.
Walau bagaimanapun, Khairul Aming dalam siaran ‘live’ di TikTok itu menjelaskan dia enggan terlibat secara langsung dalam isu tersebut memandangkan kurang info sahih yang diterima.
Dalam pada masa yang sama, influencer ini juga sedang sibuk untuk proses pengagihan bantuan dan tidak mempunyai waktu terluang untuk memikirkan hal tersebut.
Tegasnya lagi, dia bersama pasukannya hanya bertanggungjawab untuk menghantar barangan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS).
Baca Artikel Berkaitan: Ini Respon Khairul Aming Lepas Tular Dakwaan Ada Pihak Catu Bantuan Banjir Yang Diberikannya
Baca Artikel Berkaitan: “Pembahagian Tak Adil” – Mangsa Banjir Kecewa, Dakwa Barang Bantuan Khairul Aming Dicatu Tok Penghulu [Video]
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Bos Mydin Benarkan Khairul Aming Ambil Barang Di Gedung Untuk Bantu Mangsa Banjir
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.