[Video] Cikgu Buktikan Pelajar Cemerlang Peperiksaan Selepas Buat Pelbagai Aktiviti Dalam Kelas
Meskipun ada yang mengkritik aktiviti dilakukan itu sebagai membazir masa, namun pendidik ini membuktikan ia adalah perkara yang berkesan untuk murid memahami lebih baik dalam subjek Geografi yang diajarinya.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Guru merupakan seorang individu yang sentiasa akan melakukan yang terbaik untuk memastikan para pelajarnya mendapat ilmu yang cukup.
Bukan hanya itu, mereka juga sanggup mengorbankan masa, duit, dan sebagainya bagi memastikan anak bangsa dapat menjadi insan yang berguna kepada negara sehingga ada yang mengibaratkan guru seperti ‘lilin yang membakar diri sendiri’.
Meskipun tahu mendidik anak bangsa bukan perkara mudah, namun kemanisan melihat kejayaan para pelajar membuatkan mereka gigih meneruskan perjuangan untuk menjadi pendidik yang berdedikasi.
Selain itu, mereka juga cuba untuk mempelbagaikan cara mengajar dengan melakukan pelbagai aktiviti agar pelajar dapat memahami dengan lebih baik.
Guru dikritik buat macam-macam aktiviti untuk pelajar ketika proses pembelajaran
Perkara sama turut dilakukan oleh seorang guru subjek Geografi di sekolah menengah ini apabila melakukan pelbagai aktiviti di dalam kelas bagi memastikan anak muridnya menguasai subjek tersebut.
Menerusi video yang dikongsikan oleh @jeebung_ di TikTok, dia memberikan Point Of View (POV) di kalangan segelintir pihak yang memandang rendah terhadap aktiviti yang dilakukan kepada pelajar.
Malah ada yang mengatakan ia sesuatu perkara yang membazir kerana tidak semua pelajar memahaminya.
“Buang masa je buat aktiviti dalam kelas tu penat dan pelajar tidak faham juga,” katanya dalam video.
Malah ada juga segelintir yang mengatakan guru pada zaman kini tidak mempunyai kualiti tanpa mengetahui apakah cabaran sebenar yang dihadapi oleh para pendidik.
Buktikan aktiviti menarik tarik minat pelajar dan keputusan lebih cemerlang
Namun perkara itu dapat ditepis oleh guru ini apabila membuktikan setiap aktiviti yang dilakukan bersama anak muridnya sewaktu proses pembelajaran sebenarnya memberikan kesan yang baik.
Sebagai bukti, hampir ke semua pelajar memiliki skor yang cemerlang dalam peperiksaan subjek itu.
Bukan hanya itu, kelihatan murid-murid begitu seronok belajar apabila guru terbabit menggunakan pendekatan seperti kuiz, flash card, dan pelbagai lagi material lain semasa belajar.
Ini secara tidak langsung membuktikan belajar sambil bermain ternyata memberikan respon yang baik kepada para pelajar selain menarik minat mereka untuk mengetahui lebih lagi mengenai pelajarannya.
Ramai berpendapat aktiviti dalam kelas tarik minat pelajar
Melihat di ruang komen, ramai yang berpendapat aktiviti di dalam kelas sememangnya banyak membantu pelajar.
Ada juga mengatakan kebiasaanya aktiviti seperti ini banyak dilakukan oleh guru-guru praktikal.
Tidak kurang juga ada yang meminta cikgu ini untuk berkongsi idea aktiviti apa yang boleh dilakukan bagi subjek matematik.
Bukan hanya itu, setiap pelajar mempunyai kencenderungan dalam pelajaran di tahap yang berbeza dan aktiviti ini secara tak langsung membantu mereka untuk bekerjasama antara satu sama lain untuk belajar bersama-sama.
“Aktiviti dalam kelas banyak membantu pelajar”
“Bila kita besar dan kerja ingat setiap cikgu yang baik dan betul-ajar ajar ilmu kepada kita versus yang mental selalu marah dan caci budak atas alasan tak munasabah…”
“Semangat cikgu! Semoga terlahir anak bangsa yang berkualiti dari cikgu yang mendidik dengan jiwa sebagai pendidik”
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.Â