Now Reading
“Sejuk Mata Memandang” – Guru Suap Murid Makan, Ramai Tersentuh Hati

“Sejuk Mata Memandang” – Guru Suap Murid Makan, Ramai Tersentuh Hati

Kelihatan seorang guru berbangsa Melayu dan Tamil saling menyuapkan hidangan kepada anak-anak murid mereka dengan penuh kesabaran selepas meniup makanan agar tidak terlalu panas.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Kerjaya sebagai seorang guru bukan hanya perlu mendidik dari segi memberikan ilmu pengetahuan, ia termasuklah dari segi adab dan perlakuan.

Ini kerana anak murid terutamanya mereka yang masih kanak-kanak juga berpotensi meniru apa-apa perbuatan yang dilihat di hadapan mata.

Jadi sebagai seorang guru, ianya amat penting untuk menunjukkan contoh teladan yang baik kepada murid-murid di sekolah.

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Aksi Rakan Tolong Pegang Makanan Murid OKU Di Sekolah Bikin Ramai Terharu

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Pelajar Bangsa India Tolong Suap Makanan Kepada Rakan Sindrom Down Buat Ramai Tersentuh


Guru Suapkan Makanan Kepada Murid-murid Sekolah Tamil

Menerusi video dimuat naik di laman TikTok (@mithresh_appa), aksi dua orang guru semasa kejohanan bola sepak telah menyentuh hati ramai selepas dilihat begitu prihatin menjaga kebajikan murid-murid mereka berbangsa Tamil.

Dalam video berkenaan, kelihatan seorang guru berbangsa Melayu dan Tamil saling menyuapkan hidangan kepada anak murid mereka dengan penuh kesabaran.

Malah sebelum menyuapkan hidangan, guru tersebut juga sempat meniup makanan itu bagi memastikan ia tidak terlalu panas.

Sekali tengok, macam mak suapkan nasi untuk anak-anak kerana penuh dengan kasih sayang.

Video berkenaan telah mendapat perhatian ramai sehingga berjaya meraih 441,200 jumlah tontonan setakat artikel ini ditulis.

https://www.tiktok.com/@mithresh_appa/video/7445530485981187336

Orang Ramai Puji Kebaikan Dua Orang Guru Tersebut

Rata-rata netizen yang melihat video tersebut memberikan reaksi positif dan menganggap aksi guru menyuap murid itu sebagai satu perkara yang menyejukkan hati dan patutnya dikongsikan kepada orang ramai.

“Konten macam ni la yang patut viral, sejuk hati melihatnya. Ini asyik gaduh gaduh, spoil betul,” ujar seorang pengguna TikTok.

Malah, sesetengah wanita yang turut bekerja sebagai cikgu sekolah menceritakan bagaimana mereka juga menyayangi anak-anak murid meskipun berbeza agama dan bangsa.

“Aku sayang anak-anak murid aku yang pelbagai bangsa. Setiap hari masa balik, aku akan peluk setiap orang dalam kelas,” kata netizen.

Selain itu, ada juga pengguna TikTok yang sempat menyakat murid-murid tersebut untuk membawa kemenangan selepas disuap oleh guru mereka.

“Amboi sedap betul cikgu suap makan, tak menang siap!” kata pengguna media sosial.

Sumber: TikTok

Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd