Pelajar Tingkatan 4 Dapat Markah 100 Dalam Ujian Sejarah Buat Ramai Kagum
Pelajar ini memperlihatkan kesemua tujuh soalan serta jawapannya yang diberikan markah penuh oleh guru dalam kertas peperiksaan subjek Sejarah Kertas 2 Tingkatan 4.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Sejak akhir-akhir ini, ramai guru yang meluahkan rasa kesal dengan tindakan segelintir pelajar yang dilihat seperti mengambil ringan dengan peperiksaan.
Mana tidaknya, ada di antara mereka yang membiarkan ruangan jawapan kekal kosong selain ada segelintir pelajar yang menjawab soalan dikemukakan secara tidak serius.
Kita sebagai masyarakat biasa yang melihatnya pun rasa kecewa, apatah lagi guru yang mengajar mereka kan?
Baca Artikel Berkaitan: “Dah Pesan Jangan Biar Kosong” – Cikgu Pening Tanda Kertas Peperiksaan Pelajar, Banyak Lompong & Jawapan Salah
Pelajar Bangga Dapat Markah 100% Dalam Peperiksaan Subjek Sejarah
Di sebalik pelbagai ragam murid yang dikatakan tidak mahu belajar bersungguh-sungguh, seorang pelajar ini pula menunjukkan sikap sebaliknya apabila mendapat markah penuh iaitu 100% dalam ujian subjek Sejarah Kertas 2 Tingkatan 4.
Menerusi beberapa gambar dimuat naik di laman TikTok (@hyeonnaa), individu ini mempamerkan kesemua tujuh soalan serta jawapannya yang diberikan markah penuh oleh guru.

Jika melihat kepada jawapan pelajar tersebut, ianya ditulis dengan panjang dan lengkap dengan fakta yang tepat berdasarkan buku teks.
Antara topik yang ditanya dalam ujian berkenaan adalah mengenai:
- Zaman Kesultanan Melayu Melaka
- Perjanjian Kerajaan British dan Syarikat Borneo Utara British (SBUB)
- Peristiwa Kemerdekaan 31 Ogos 1957
- Faktor tercetusnya Perang Dunia Kedua di Eropah

Orang Ramai Kagum Dengan Kepintaran Pelajar Itu
Rata-rata netizen meluahkan rasa kagum dengan pencapaian pelajar tersebut yang berjaya mendapatkan markah penuh 100% dalam ujian Subjek Sejarah.
Maklumlah, bukan semua orang mampu untuk menghafal segala fakta bagi subjek yang dikatakan agak berat itu.
“Subjek yang tak boleh nak goreng,” kata seorang pengguna TikTok.
Selain memuji tulisannya yang cantik, seorang netizen turut memberi pandangan untuk menyiapkan satu lagi esei tambahan jika mempunyai masa lebih bagi mendapatkan markah tambahan.

Kejayaan pelajar itu juga membuatkan ramai individu meminta tips tentang bagaimana dia mengulangkaji subjek berkenaan.
Antara tips yang dikongsikan adalah dengan menggunakan aplikasi yang dikenali sebagai Pomodoro di mana ia akan menetapkan masa selama 45 minit untuk fokus belajar dan 25 minit untuk berehat.
Selain itu, dia juga akan menulis semula segala fakta yang dihafal untuk memastikan ilmu tersebut sudah diingati sepenuhnya.

Cikgu Anggap Golongan Muda Tidak Tahu Cabaran Diri Sendiri Jika Tak Ada Stres
Terdahulu, seorang cikgu dikenali sebagai Sir Iqbal (@iqbalahyar) menerusi akaun TikTok berkongsi tentang pandangannya mengenai pemansuhan peperiksaan pelajar sekolah seperti yang ditetapkan oleh pihak KPM.
Menurut Sir Iqbal, golongan dewasa pada zaman kini terlalu memanjakan generasi muda sekaligus menyebabkan mereka tiada hala tuju dalam pembelajaran.
“Kenapa diorang (generasi muda) lembik? Jangan salahkan diorang. Salah kita, generasi tua yang asyik melindungi daripada segala jenis stres sampai mereka tiada stres.
“Tak ada stres adalah satu keadaan yang boleh menyebabkan stres. Apabila kita ada masalah yang kita tahu ia dalam kemampuan kita untuk kawal, kita akan jadi lebih fokus untuk menyelesaikan masalah tersebut,” katanya.
Baca Artikel Berkaitan: “Anak Muda Tengah Membesar Perlukan Sedikit Stres” – Cikgu Ulas Isu Pemansuhan Peperiksaan
Baca Artikel Berkaitan: “Mansuhkan Peperiksaan Bukan Saya Tetapi Putrajaya” – Fadhlina Sidek Ulas Isu UPSR & PT3
Baca Artikel Berkaitan: KPM Mansuh Peperiksaan Demi Kurangkan Tekanan Murid – Fadhlina Sidek
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.