Now Reading
“Dia Duduk Gua Ke?” – Ramai Bingung Ada Pihak Dakwa Malaysia Haramkan Sambutan Krismas

“Dia Duduk Gua Ke?” – Ramai Bingung Ada Pihak Dakwa Malaysia Haramkan Sambutan Krismas

Dakwa individu dipercayai dari Australia itu, Malaysia adalah sebuah negara Islam yang ekstrem dan sambutan Hari Krismas diharamkan sama sekali.

pihak dakwa krismas diharamkan di malaysia

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Umum mengetahui walaupun Malaysia tidak mempunyai salji seperti kebanyakan negara lain, namun Hari Natal tetap disambut oleh penganut Kristian. Setiap kali bulan Disember tiba, anda boleh lihat kebanyakan pusat membeli-belah dimeriahkan dengan dekorasi bertema Hari Krismas.

Seperti sebelum ini, seorang pelancong asing dari Amerika Syarikat (AS) terkejut apabila mendapati sambutan perayaan ini disambut baik oleh rakyat Malaysia.

Wanita itu turut mempersoal bagaimana perkara tersebut boleh berlaku memandangkan populasi masyarakat penganut agama Kristian di negara ini jauh lebih rendah berbanding di AS.

Baca Artikel Berkaitan: “How Is It Possible?” – Minah Saleh Terkejut Sambutan Krismas Di Malaysia Lebih Meriah Dari AS [Video]


Ada Individu Dakwa Hari Krismas Diharamkan Di Malaysia

Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman TikTok apabila lelaki dikenali sebagai Sami (@samii63_) yang telah menetap di Malaysia selama lapan tahun berkongsi salah satu komen berunsur rasis yang diterima olehnya daripada seorang individu dipercayai daripada Australia.

Menurut komen tersebut, individu itu berkata bahawa, “Malaysia adalah negara Islam yang ekstrem. Semua orang di Malaysia adalah Muslim dan Hari Krismas diharamkan.

“Mereka tak dibenarkan untuk menyambut (Hari Natal). Sekurang-kurangnya di Australia ia adalah cuti umum dan semua orang menyambutnya.”


Sami Beranggapan Bahawa Individu Yang Mendakwa Sengaja Ingin Memburukkan Malaysia

Membalas kepada komen tersebut, Sami beranggapan bahawa carian Google juga ‘diharamkan’ di Australia memandangkan mereka tidak tahu perkara sebenar yang berlaku di Malaysia.

“Carian Google yang pantas akan menunjukkan bahawa Malaysia Timur, Sabah dan Sarawak mempunyai penganut Kristian yang paling ramai di Malaysia.

“Dan di Semenanjung ada populasi penganut Kristian yang ketara. Contohnya di Pulau Pinang, Melaka, Johor dan Kuala Lumpur,” ujarnya.

Perkara tersebut membuatkan Sami berpendapat bahawa individu itu dengan sengaja ingin menjatuhkan dan memburukkan nama Malaysia di kalangan pengguna media sosial.

@samii63_ Replying to @AussiePatriot Christmas day IS a public Holiday in Malaysia 🇲🇾 #samii63 #malaysia #shitney #australia #christmas ♬ original sound – Seventhu

Banyak Pusat Beli-belah Di Malaysia Meriah Dengan Deko Tema Krismas

Selepas berkongsi tentang situasi Hari Natal di negara ini, Sami kemudiannya berkongsi beberapa klip video dan foto bagi menunjukkan kemeriahan sebenar Hari Krismas di Malaysia.

Ini termasuklah dekorasi dalaman di kebanyakan pusat membeli-belah serta sekitar kawasan berjalan di Kuala Lumpur.

Sumber: TikTok (@samii63_)

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Orang Ramai ‘Seram’ Lihat Masyarakat Bersesak Di Pavilion KL Untuk Rasa Salji Palsu


Ramai Setuju Bahawa Rakyat Malaysia Suka Raikan Perayaan Yang Pelbagai

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai berasa geram dengan tindakan individu yang mengeluarkan fakta salah tentang Malaysia.

“Lelaki tu tinggal dalam gua ke? Apa je sambutan yang Malaysia ni tak sambut? Musim banjir pun kitorang sambut,” kata seorang wanita.

Malah, ramai juga menekankan bahawa setiap cuti umum di negara ini disambut oleh rakyat tempatan. Selain itu ramai juga menyifatkan bahawa penduduk di negara ini menghormati setiap agama.

“Kami hormati semua agama di Malaysia. Kami juga ada cuti untuk Krismas, Raya Aidilfitri, Deepavali dan Tahu Baru Cina. Kami sambut bersama,” kata seorang lelaki.

Sementara itu, segelintir individu juga tidak menyangka bahawa negara membangun seperti Austalia mempunyai pemikiran dan mentaliti sebegitu.

“Sangat terkejut untuk lihat seseorang yang tinggal di negara yang membangun (Australia) sangat ketinggalan dalam bab pemikiran dan pengetahuan umum,” jelas seorang pengguna TikTok.

Sumber: TikTok (@samii63_)

Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd