Now Reading
[Video] Pasangan Pelancong Asing Minta Tumpang Ke Taman Negara Undang Pelbagai Reaksi

[Video] Pasangan Pelancong Asing Minta Tumpang Ke Taman Negara Undang Pelbagai Reaksi

Menurut pasangan pengembara dari Scotland itu, mereka mahu menumpang kenderaan rakyat tempatan kerana mahu mengenali golongan tersebut dengan lebih dekat.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Keunikan Malaysia yang terdiri daripada pelbagai pusat tarikan dan makanan menarik membuatkan ramai pelancong asing berminat untuk berkunjung ke sini tidak kiralah waktu musim perayaan atau pada hari biasa.

Bukan itu sahaja, penduduk tempatan juga dikenali dengan sikap mereka yang pemurah dan baik hati termasuklah dengan pengembara dari negara luar.

Namun, sikap segelintir pelancong asing yang membawa budaya luar ke Malaysia membuatkan sesetengah rakyat tempatan berasa kurang senang dengan perkara tersebut.


Pasangan Pengembara Minta Tumpangkan Ke Taman Negara

Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman TikTok (@SilkyRonTheRoad) menyaksikan pasangan pengembara dari Scotland dikenali sebagai Silke dan Kieran sedang melancong di Malaysia.

Menerusi video perkongsian, kelihatan kedua-dua individu itu sedang berdiri di tepi sebuah lebuh raya sambil memaparkan sebuah papan tanda besar yang bertulis, ‘Taman Negara’.

Difahamkan, mereka mahu meminta pertolongan mana-mana pemandu yang baik hati untuk menumpangkan mereka ke destinasi ekopelancongan yang terkenal itu.

Selepas seketika menunggu, akhirnya seorang pemandu lori bertindak menumpangkan Silke dan Kieran ke lokasi tersebut.


Tumpang Orang Untuk Mengenali Rakyat Tempatan

Perkongsian itu telah mendapat pelbagai reaksi daripada orang ramai. Ada pengguna TikTok yang bertanya sama ada mereka mengambil kesempatan untuk tidak mengeluarkan sebarang modal untuk bercuti di negara ini.

Menjawab kepada persoalan tersebut, pelancong ini berkata bahawa mereka membelanjakan kos yang tinggi untuk bercuti di Malaysia.

Mereka dalam masa sama menjelaskan bahawa tindakan mereka untuk menumpang itu bukan bertujuan untuk menjimatkan kos sebaliknya hanya mahu mengenali rakyat tempatan dengan lebih dekat dan merasai pengembaraan baru.


Pasangan Pengembara Dakwa Rakyat Tempatan Tidak Mahu Terima Wang Tunai

Bukan itu sahaja, Silke dan Kieran turut menjelaskan bahawa mereka kadangkala menawarkan wang tunai kepada pemandu sebagai balasan kepada kebaikan itu namun penduduk tempatan dikatakan menolak pemberian tersebut.

Difahamkan, mereka juga melakukan perkara sama iaitu meminta untuk menumpang kenderaan rakyat tempatan di negara lain juga.

@silkyrontheroad Would you pick us up? 🤩 Hitchhiking in Malaysia… It went well! #hitchhiking #malaysia #fyp #travelmalaysia #hitchhikingcouple ♬ Malaysia ways – Usman Bee

Orang Ramai Beri Pelbagai Reaksi Lihat Pasangan Pengembara Nak Tumpang Kereta Di Malaysia

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai telah memberikan pelbagai reaksi melihat situasi itu. Segelintir individu berkata bahawa golongan pelancong itu mahu menjimatkan kos kerana ingin bercuti dalam tempoh masa yang lama di sesebuah negara.

“Backpacker memang macam ni. Dia nak jimat, sebab nak jalan waktu yang lama untuk teroka dunia luar 😁,” kata seorang pengguna TikTok.

Ramai juga dilihat tidak berpuas hati dengan tindakan tersebut yang mana mereka berpendapat pasangan pengembara itu mengambil kesempatan terhadap sifat baik hati rakyat Malaysia.

“Aku tak boleh terima betul. Orang kita kalau tahan nak tumpang macam-macam orang fikir. Tak ada duit tak payah mengembara. Ia akan jadi tabiat nanti,” kata seorang lelaki.

Sementara itu, segelintir individu turut memberi nasihat kepada pasangan pengembara itu untuk tidak menormalisasikan aksi sebegitu di Malaysia.

“Selamat datang ke Malaysia dan saya harap korang enjoy bercuti di sini. Tapi jangan buat benda tu di sini. Tumpang bukan satu amalan rakyat Malaysia. Kita tak normalisasikan perkara itu,” jelas seorang individu.

Sumber: TikTok (@SilkyRonTheRoad)

Baca Artikel Berkaitan: Ramai Persoal Tindakan Pelancong Mengemis, Minta Tanggung Makanan & Tiket Flight Di R&R

Baca Artikel Berkaitan: “Dia Yang Travel, Kita Pula Kena Tanggung” – 2 Pelancong Rusia ‘Mengemis’ Di Sarawak Dikecam Ramai

Baca Artikel Berkaitan: Pelancong Asing Buat Konten Baca Ayat Al-Quran Depan Batu Caves Dikecam Ramai


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd