“Normal Ke Ni?” – Pelakon Persoal Sikap Individu Selamba Letak Kaki Atas Tempat Duduk Di Pawagam
Individu berkenaan berpendapat niatnya yang mahu menonton filem itu agak terganggu apabila melihat perbuatan sekumpulan penonton yang selamba meletakkan kaki di atas tempat duduk dalam wayang.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Panggung wayang merupakan lokasi utama setiap kali ada filem tempatan atau antarabangsa yang baru yang keluar di pawagam.
Nak dijadikan cerita pula sekarang memang tengah banyak filem-filem baru yang keluar untuk tontonan ramai.
Bagi menjadikan pengalaman menonton wayang lebih baik, para pengunjung perlulah menjaga adab dan kebersihan agar tidak mengganggu individu lain di panggung yang sama.
Penonton Wayang Selamba Letak Kaki Atas Kerusi
Baru-baru ini, seorang pelakon popular iaitu Mierul Aiman atau nama sebenarnya Mohammad Amirul Aiman Norazman memuat naik ciapan di akaun X miliknya (@mierulaimanx) dengan memperlihatkan aksi tidak beradab di dalam sebuah panggung wayang.
Mierul menangkap layar satu Instagram Story yang dimuat naik oleh seorang pengguna media sosial yang dikatakan mahu menonton filem Kahar: Kapla High Council.
Dalam IG Story tersebut, individu berkenaan berpendapat niatnya yang mahu menonton filem itu agak terganggu apabila melihat perbuatan sekumpulan penonton yang selamba meletakkan kaki di atas tempat duduk dalam wayang.
Walau bagaimanapun, aksi itu dipercayai dilakukan ketika filem tersebut belum mula ditayangkan di dalam panggung berkenaan.
Perbuatan ini turut menarik perhatian Mierul dan mempersoalkan sama ada perkara ini normal atau tidak.
“Maaf bertanya. Benda normal ke ni? Sebab saya first time nampak,” ujar Mierul dalam ciapannya.
Kata pelakon itu lagi, adat dan warisan nenek moyang tidak harus dilupakan meskipun sudah hidup di era kemajuan.
“Kita ni maju macam mana sekalipun, adat dan warisan tok moyang kita jangan lupa. Jangan pernah rasa tempat orang lain macam rumah kita sendiri. Ketinggian adab itu merendahkan takhta kita,” kata Mierul.
Malah, dia turut menyifatkan perbuatan tersebut sebagai sesuatu yang jijik dan selekeh.
Kita ni maju macam mana sekalipun, adat dan warisan tok moyang kita jangan lupa.
— Mierul (@mierulaimanx) December 4, 2024
Jangan pernah rasa tempat orang lain macam rumah kita sendiri. Ketinggian adab itu merendahkan takhta kita.
Ramai Anggap Ia Perbuatan Yang Tidak Beradab
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata masyarakat turut bersetuju dengan Mierul bahawa tindakan sekumpulan individu yang meletakkan kaki di atas tempat duduk di dalam wayang itu adalah suatu perbuatan yang tidak normal.
Malah, mereka tidak menafikan bahawa wujudnya pelbagai ragam manusia lebih-lebih lagi apabila kesalahan mereka ditegur.
“Tak normal tapi kat wayang memang banyak jenis manusia macam ni. Bila kena tegur, tarik muka perli-perli. Sama juga bila kena tegur dengan pekerja wayang tu, eh marah balik pekerja wayang tu,” ujar pengguna X.
Sesetengah netizen juga menganggap aksi meletakkan kaki di tempat kepala dilihat sebagai sesuatu yang kurang ajar seperti mana yang diajar oleh ibu bapa.

Di Wayang Pun Tak Boleh Rakam Filem Sesuka Hati Ya!
GSC sebelum ini pernah menyiarkan di Instagram Story untuk menjelaskan mengapa penonton wayang digesa berhenti merakam di pawagam.
Rakaman secara haram di pawagam boleh menyebabkan pengedar filem hilang kepercayaan terhadap pasaran Malaysia dan mereka mungkin menarik filem mereka dari negara ini.
Di bawah Seksyen 43A Akta Hak Cipta 1987 – individu yang bersalah melakukan sebarang rakaman audiovisual di dalam bilik tayangan secara keseluruhan atau sebahagian boleh didenda tidak kurang RM10,000 dan tidak lebih RM100,000, atau penjara maksimum lima tahun atau kedua-duanya sekali.
Menurut Ask Legal, percubaan untuk merakam filem juga boleh dihukum denda antara RM5,000 hingga RM50,000 atau penjara sehingga 1 tahun atau kedua-duanya sekali.
Baca Artikel Berkaitan: Adik Neelofa Siar Klip Filem Secara Haram, Netizen Cadang Guna ‘Laser Beam’ Untuk Beri Amaran
Baca Artikel Berkaitan: Penonton Sesuka Hati Rekod Filem Dalam Wayang Guna Telefon & Muat Naik Di TikTok
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.