Inside Scoop Bagi Aiskrim Percuma Sepanjang Disember Ini, Siapa Cepat Dia Dapat!
Had penebusan untuk mendapatkan satu skup aiskrim percuma dari Inside Scoop hanya terhad kepada 645 skup sahaja setiap hari.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Tak kisahlah tengah musim panas ke musim hujan ke, aiskrim adalah menu pencuci mulut yang sering menjadi pilihan orang ramai untuk melegakan tekak.
Di Malaysia, ada pelbagai jenama aiskrim yang anda boleh dapatkan seperti Baskin Robbins, Gula Creamery, Crème De La Crème, Häagen-Dazs dan banyak lagi.
Kalau tiba-tiba ada orang belanja aiskrim pun best juga kan? Rezeki tu!
Inside Scoop Belanja 20,000 Aiskrim Percuma Sepanjang Disember Ini
Bersempena dengan sambutan ulang tahun ke-11, jenama aiskrim tempatan iaitu Inside Scoop akan memberikan hadiah istimewa kepada para pelanggan.
Menerusi ciapan dimuat naik di laman X (@myinsidescoop), jenama aiskrim itu akan memberikan 20,000 aiskrim satu skup secara percuma bermula dari 1 hingga 30 Disember ini.
Penebusan itu akan dibuka pada setiap hari pada jam 10 pagi secara atas talian sahaja.
Aiskrim percuma kot, siapa tak nak kan? Siapa cepat dia dapat! Tak perlu bayar apa-apa pun, jangan risau!
Kalau nak tebus hari-hari pun katanya tiada masalah, selagi mana anda berjaya menebus secara atas talian.
Boleh Tambah ‘Gift Card’ Juga!
Bukan itu sahaja, anda juga boleh memberikan aiskrim itu sebagai hadiah kepada orang lain. Nak bagi dekat ahli keluarga atau kekasih pun boleh.
Difahamkan, maklumat pemberi tidak akan didedahkan melainkan anda sendiri ada bagitahu nama dalam ucapan.
Apa yang lebih menarik, anda juga boleh bagi ayat-ayat ‘sweet’ kepada mereka. Kami boleh tolong bagi satu contoh ‘pickupline’ tentang aiskrim.
“Apa beza awak dan aiskrim? Aiskrim cairkan mulut awak. Awak cairkan hati saya.” Ini contoh sahaja ya.
Kalau anda baik hati dan rasa seperti mahu menceriakan lagi hati si penerima, boleh juga tambah ‘gift card’ bernilai RM10 atau RM20.
Jadi bagi anda yang nak dapatkan pencuci mulut ini, ia hanya boleh ditebus secara atas talian menerusi laman web mereka dengan klik [DI SINI].
Guys, SETIAP HARI pukul 10 pagi dari 1-30/12/2024 ni, Inside Scoop bagi 20,000 aiskrim FREE kat customers sempena birthday kitaorang yang ke 11 🎂
— Inside Scoop (@myinsidescoop) December 3, 2024
Tak de payment langsung. Janji 🥳 Jom lah try esok pagi hantar kat orang tersayang🍦Mak, ayah, bestie, gf ke bf semua boleh! pic.twitter.com/Fsn877hEe1
Terma Dan Syarat
Untuk anda yang mahu menebus aiskrim percuma ini, baca dulu terma dan syaratnya seperti di bawah:
- Anda hanya boleh memberikan maksimum satu sahaja hadiah gift card untuk ‘Free Single Scoop’.
- Setiap penerima hanya layak menerima maksimum dua gift card.
- Terdapat had penebusan harian sebanyak 645 skup sahaja setiap hari.
- Gift card ini sah di semua cawangan Inside Scoop di Malaysia kecuali B.I.G. Pusat beli-belah Publika & IPC.
- Kad hadiah tidak boleh ditukar dengan wang tunai.
- Inside Scoop Sdn Bhd berhak untuk mengubah, melanjutkan atau menamatkan promosi, atau meminda terma skup dan syarat mengikut budi bicara mutlaknya pada bila-bila masa tanpa notis terlebih dahulu.
- Setiap penerima hanya layak menerima maksimum DUA hadiah (termasuk kad hadiah berbayar).
- Terdapat had penebusan harian sebanyak 645 Scoop Tunggal Percuma.
- Kad hadiah sah di semua cawangan Inside Scoop di Malaysia, kecuali B.I.G. Pusat beli-belah Publika & IPC.
- Gift card ini tidak boleh ditukar dengan wang tunai.
- Inside Scoop Sdn Bhd berhak untuk mengubah, melanjutkan atau menamatkan promosi, atau meminda terma dan syarat mengikut budi bicara mutlaknya pada bila-bila masa tanpa notis terlebih dahulu.
- Sebarang kandungan yang tidak senonoh, eksplisit atau tidak sesuai tidak akan diterima.
Ramai Kongsi Sudah Berjaya Tebus Aiskrim Percuma Ini
Menjengah ke ruangan komen ciapan ini, ramai yang berkongsi tangkap layar di mana mereka sudah berjaya menebus aiskrim percuma dari Insiden Scoop.
Difahamkan, mereka yang berjaya perlu menyemak e-mel untuk mendapatkan pengesahan.
Setakat artikel ini ditulis, had untuk hari ini sudah habis.
Siapa yang nak cuba, kena tunggu esok dan hari-hari seterusnya pada jam 10 pagi.
Hi its done! ❤️
— Inside Scoop (@myinsidescoop) December 4, 2024
Ni dah made through ni. Nanti check email by end of the day of confirmation email. ❤️
— Inside Scoop (@myinsidescoop) December 4, 2024
Berjaya 🥳
— Inside Scoop (@myinsidescoop) December 4, 2024
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.