Now Reading
[Video] Betul Ke Wajib Maafkan Seseorang? Ini Penjelasan Dr Maza

[Video] Betul Ke Wajib Maafkan Seseorang? Ini Penjelasan Dr Maza

Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd. Asri Zainul Abidin itu berkata, sebelum ini ramai di kalangan pakar motivasi yang berkata bahawa memaafkan seseorang adalah satu perkara yang wajib.

dr maza perjelas hukum memaafkan orang lain

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Setiap manusia pasti diuji dengan pelbagai masalah dalam hidup. Antara perkara yang mungkin dilalui oleh orang ramai adalah berdepan dengan kenalan yang membuat onar terhadap diri sendiri.

Sebagai contoh mencuri barangan, menipu, mencaci, memfitnah, simpan hasad dengki, khianat dan banyak lagi.

Perkara-perkara tersebut bukan sahaja meninggalkan luka yang dalam, malah segelintir daripada kita sampaikan tidak sanggup memaafkan si pelaku atas perbuatan mereka walaupun selepas bertahun-tahun lamanya.


Dr Maza Perjelas Hukum Memaafkan Seseorang Atas Kesalahannya

Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman TikTok menyaksikan Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd. Asri Zainul Abidin atau lebih dikenali sebagai Dr Maza menjawab satu soalan dalam sebuah sesi tazkirah.

Soalan itu berbunyi, “Adakah kita kena memaafkan orang yang buat dosa dengan kita?”

Menurut beliau, memaafkan seseorang atas segala kesalahan yang dilakukan merupakan satu tindakan yang baik. Namun dalam Islam, ia bukanlah satu kewajipan.

“Sesetengah orang saya tengok (contoh) pakar motivasi mereka cakap, ‘kita wajib memaafkan’. Tak, kita tak wajib memaafkan. Tetapi memaafkan itu sesuatu yang baik.

“Jika dia memaafkan dan membaiki maka ia satu (perkara) yang baik. Jika kamu memaafkan yang salah, Allah SWT itu Pemaaf dan Maha Berkuasa,” kata Dr Maza.


Boleh Tuntut Dosa Yang Dilakukan Oleh Orang Lain Terhadap Diri Sendiri Waktu Akhirat

Tambah Dr Maza, seseorang itu juga berhak untuk menuntut kesalahan orang lain sewaktu berada di hari akhirat kelak sekiranya tidak sudi memaafkan.

“Kalau semua orang wajib memaafkan, maka tak adalah cerita (tentang) tuntutan di akhirat. Wajib ertinya berdosa (jika tak buat). Orang yang tak memaafkan (pula) jadi berdosa balik.

“Bukan saya kata jangan memaafkan, tapi nak kata macam pakar motivasi cakap ‘kita wajibkan memaafkan’ (adalah salah),” ujar agamawan itu.

@seruantaqwa "Wajibkah kita memaafkan orang yang buat dosa/zalim kepada kita?" – Prof Dato Dr Mohd Asri Zainul Abidin Allah memuji orang yang memaafkan: (At-Taghābun, Ayat 14) “…Dan kalau kamu memaafkan dan tidak marahkan (mereka) serta mengampunkan kesalahan mereka (maka Allah akan berbuat demikian kepada kamu), kerana sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani" #Islam #ceramahislam #ceramahpendek #drmaza #agamaislam #ceramahagama #dakwahmalaysia #islamdihatiku #tazkirahmalaysia #kembalihijrah #ilmuagama #taubatnasuha ♬ original sound – ꧁༺وقاص༻꧂ – وقاص

Memaafkan Pelaku Adalah Lebih Afdal

Memetik Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, hukum sebenar memaafkan seseorang adalah harus. Ini kerana manusia mempunyai hak untuk membalas atau menuntut kembali sesuatu jika dia dizalimi dan diambil barang-barang kepunyaannya.

“لَّا يُحِبُّ ٱللَّهُ ٱلْجَهْرَ بِٱلسُّوٓءِ مِنَ ٱلْقَوْلِ إِلَّا مَن ظُلِمَ ۚ وَكَانَ ٱللَّهُ سَمِيعًا عَلِيمًا”

Maksudnya: “Allah tidak suka kepada perkataan-perkataan buruk yang dikatakan dengan berterus-terang (untuk mendedahkan kejahatan orang) kecuali oleh orang yang dizalimi. Dan (ingatlah) Allah sentiasa Mendengar, lagi Maha Mengetahui”.

[Surah al-Nisa (148)]

Gambar sekadar hiasan. Sumber: Freepik

Imam al-Maturidi menjelaskan bahawa dalil di atas merupakan larangan untuk menghina dan mencaci seseorang.

Tetapi jika seseorang itu dizalimi atau dihina terlebih dahulu, maka tidak mengapa untuk menghina kembali atau mendoakan keburukan kepada si pelaku. Pun begitu, adalah sebaik-baiknya dan lebih afdal jika memaafkan kesalahan itu.

Baca Artikel Berkaitan: Apa Hukum Adik-beradik Bermasam Muka Dalam Tempoh Masa Lama? Ini Penjelasan UAI


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd