Now Reading
[Video] Ramai Salah Guna Frasa ‘Happy Belated Birthday’! Ini Penjelasannya

[Video] Ramai Salah Guna Frasa ‘Happy Belated Birthday’! Ini Penjelasannya

Jelas Sheikh Raffie penggunaan frasa ‘happy belated birthday’ menunjukkan individu yang menyambut hari jadi lahir pada waktu yang lambat dan bukan ucapan itu yang terlambat.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Di Malaysia, Bahasa Inggeris merupakan bahasa kedua yang sering dipakai oleh setiap individu selepas bahasa ibunda mereka.

Malah boleh dikatakan ramai rakyat Malaysia yang boleh bertutur menggunakan Bahasa Inggeris bahkan ia turut diselitkan sebagai salah satu subjek wajib di sekolah bermula dari tadika sehinggalah ke peringkat universiti.

Oleh itu, dalam mempelajari Bahasa Inggeris kita tidak sahaja mempelajari cara untuk menyebutnya dan mengetahui maksud kepada sesuatu ayat. Bahkan kita juga perlu mempelajari tatabahasa dan penggunaan yang betul agar mudah berkomunikasi.

Lelaki tegur penggunaan ucapan ‘happy belated birthday’ salah

Baru-baru ini, seorang lelaki yang sering berkongsi mengenai sebutan dan penggunaan ayat yang betul dalam Bahasa Inggeris telah mendedahkan penggunaan ucapan ‘Happy Belated Birthday’ adalah salah.

Jelas lelaki yang dikenali sebagai Sheikh Raffie di TikTok, ramai individu yang dijumpainya menggunakan ucapan tersebut apabila mereka terlambat memberi ucapan kepada seseorang.

“Sebenarnya 9 per 10 orang yang saya jumpa tak tahu ucapan yang betul. Ramai yang kalau lambat ucap selamat hari lahir kepada kawan, dia akan cakap ‘happy belated birthday’.

“Itu salah sebenarnya kerana yang lambat tu bukanlah birthday itu, yang lambat adalah ucapan tersebut,” jelasnya.

Yang lambat adalah ucapan dan bukan kelahiran individu berkenaan

Oleh itu, katanya ucapan yang betul untuk diberikan jika sudah terlambat adalah ‘belated happy birthday’. Belated tersebut menyifatkan ucapan itu yang terlambat.

Malah dia juga sempat bergurau dengan mengatakan frasa ‘happy belated birthday’ bermaksud hari jadi itu yang lambat dan boleh membawa maksud mak individu berkenaan lahirkan dia lambat atau bersalin lama.

“Jadi hari jadi sepatutnya hari ini tapi akhirnya dia (orang yang menyambut hari jadi) lahir tiga hari selepasnya,” guraunya.

Di akhir video Sheikh Raffie turut meminta orang ramai untuk memperbetulkan kesalahan yang biasa dilakukan.

Ramai kongsi pengalaman pernah ditegur apabila memberi ucapan yang betul

Mengintai ke ruangan komen, ramai yang berkongsi pengalaman mereka pernah ditegur oleh individu lain apabila membuat ucapan yang betul iaitu ‘belated happy birthday’.

Ada juga mengatakan penjelasan itu secara tidak lansung menunjukkkan sekiranya seseorang ingin memberi ucapan hari jadi awal dari tarikh sepatutnya adalah ‘advance happy birthday’.

Tidak kurang juga ada yang mengucapkan terima kasih atas video teguran tersebut agar mereka tidak terus melakukan kesalahan sewaktu berkomunikasi menggunakan Bahasa Inggeris.

“Alamak saya 9/10 (individu yang ucap ‘happy belated birthday) tu”

This image has an empty alt attribute; its file name is penggunaan-belated-birthday-salah-1.jpg

“Masa sekolah dulu syaa cakap belated happy birthday, cikgu BI kata salah! Nak cari cikgu tu balik”

This image has an empty alt attribute; its file name is penggunaan-belated-birthday-salah-2.jpg

“Terima kasih encik, ramai betul yang bagi ajaran sesat. Yang mana tak tahu mengikut sahaja.”

This image has an empty alt attribute; its file name is penggunaan-belated-birthday-salah-3.jpg

“Lawak lah saya dengar, baru tahu salah sebenarnya”

This image has an empty alt attribute; its file name is penggunaan-belated-birthday-salah-4.jpg


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitterThreads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd