“Tiba-tiba Jadi Maldives Island” – Air Banjir Jernih Warna Hijau Di Terengganu Jadi Tumpuan
Air banjir yang bersih dan jernih itu menenggelamkan kawasan Ladang Pinang Emas, Bukit Batu Besi di Dungun, Terengganu sejak Khamis lalu (28 November).
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Musim tengkujuh kali ini bukan sahaja menyebabkan hujan lebat berterusan tetapi juga banjir teruk di beberapa buah negeri termasuklah di Kelantan, Kedah, Pahang, Johor, Melaka, Perlis dan juga Terengganu.
Setakat 12 tengahari hari ini (3 Disember), sejumlah 85,549 orang mangsa banjir dilaporkan yang mana 23,355 daripadanya berada di Terengganu.
Jumlah pusat pemindahan sementara yang dibuka di sana pula mencatatkan sebanyak 120 buah melibatkan 6,235 buah keluarga.
Air Banjir Jernih & Warna Kehijauan Di Dungun, Terengganu
Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman TikTok (@cutestar88shop) apabila seorang wanita berkongsi pemandangan dan suasana banjir sekitar Ladang Pinang Emas, Bukit Batu Besi di Dungun, Terengganu.
Kebiasaannya, air banjir yang dilihat di kebanyakan kawasan berwarna keruh dan kotor. Sebagai contoh, penduduk di Arena Kepayang Putra, Fair Park di Ipoh kini berdepan dengan banjir yang dipenuhi sampah dan berminyak.
Baca Artikel Berkaitan: Banjir Fair Park: Penduduk Dedah Kediaman Susah Dicuci Kerana Kesan Minyak Selain Alami Gatal-Gatal
Namun lain pula di daerah Dungun ini, apabila kawasan sekitar ladang pokok kelapa sawit itu kelihatan sangat jernih dan berwarna hijau-kehijauan. Sekali pandang seperti warna laut di Terengganu pula.
“Acara tahunan kami di sini. Doakan moga air banjir segera surut ya kawan 🤲🏻,” kata perakam video.
Dalam hantaran lain, wanita ini juga berkata bahawa mereka telah ‘sangkut’ dalam bencana banjir dan air paras tinggi itu sejak Khamis lalu (28 November).
@cutestar88shop Acara tahunan kami di sini. Doakan moga air banjir segera surut ya kawan 🤲🏻 #banjir2024 #banjir #terengganu #misibanjir ♬ เสียงต้นฉบับ – เงาะ ๙ชีวิต👉🏽ยุส์๑.🇹🇭 – {Nick}คนทำข่าว 🇹🇭
@cutestar88shop 📍Ladang Pinang Emas, Bukit Besi Terengganu. Doakan air segera surut ya. Kami dah terkepung sejak hari Khamis yang lepas 🥺🥺 #banjir2024 #banjir #terengganu #misibanjir #prayforterengganu #prayforterengganu🤲🏻 ♬ original sound – 💤🅰Ⓜ
Seluruh Ladang & Kawasan Perumahan Penduduk Dibanjiri Air Hijau
Menerusi video yang lain, penduduk Bukit Batu Besi berkenaan turut berkongsi suasana banjir dan air hijau dari sudut pandangan atas.
@cutestar88shop Sis lanjer view dari atas pulak yerr. Keseluruhan ladang memang air banjirnya ‘menghijau’. #banjir2024 #banjir #terengganu #prayforterengganu #prayforterengganu🤲🏻 #misibanjir ♬ original sound – Pop Shuvit
Ramai Kagum Lihat Air Banjir Yang Begitu Jernih
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai berasa kagum melihat air banjir yang begitu jernih walaupun berada di ladang kelapa sawit.
“Ya Allah, bersih dan sucinya air banjir dekat Terengganu. Cantik gila,” kata seorang wanita.
Malah, ramai juga berseloroh apabila membandingkan keadaan air banjir di Terengganu dan juga di Ipoh.
“Bezanya air banjir sini dengan di Ipoh. Air banjir Ipoh tu dah macam kuah dhal cicah dengan roti canai,” ujar seorang lelaki.
Sementara itu, seorang individu berkata situasi tersebut menggambarkan bahawa lokasi tersebut dijaga dengan baik oleh penduduk tempatan.
“Ini membuktikan kawasan ni masih terjaga dari segala sudut. Terbaik,” kata seorang pengguna TikTok.
Baca Artikel Berkaitan: “Tak Kedekut Rezeki” – Khairul Aming Edar Dendeng Nyet Percuma Kepada Mangsa Banjir Buat Ramai Terharu
Baca Artikel Berkaitan: Tasik Berbunga Cantik Di Kedah Ini Simpan Rahsia ‘Tersembunyi’
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram