Penduduk Flat Di Singapura Terkejut Lihat Burung Hantu Tumpang Tidur Tepi Tingkap Rumah
Burung hantu itu dikatakan tidur di tepi tingkap tersebut dari jam 3:30 petang hingga 7:00 malam.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Bila seseorang itu berjaga malam, mesti ada yang menggelar mereka sebagai burung hantu kerana otak lebih segar dan berfungsi ketika semua orang sedang tidur.
Tetapi bercakap tentang burung hantu, korang sendiri pernah ke tengok haiwan berkenaan di hadapan mata?
Maklumlah, burung ini jarang dilihat dan susah untuk dijumpai di kawasan terbuka lebih-lebih lagi pada waktu siang.
Penduduk Flat Terkejut Ada Burung Hantu Tumpang Tidur Luar Rumah
Baru-baru ini, seorang penduduk flat di Choa Chu Kang, Singapura terkejut selepas salah satu tingkap di rumahnya itu dihinggap oleh burung hantu.
Korang yang pernah tonton filem bersiri Harry Potter mesti akan teruja melihatnya haiwan ini kerana ia hampir sama seperti Hedwig.
Kejadian yang berlaku pada Ahad lalu (1 Disember) itu telah dimuat naik oleh pengguna Facebook Et AI di group Facebook Nature Society Singapore.
Katanya burung hantu itu hanya tidur sepanjang berada di situ dan hanya berpaling melihat ke dalam rumah apabila ada seseorang menghampiri tingkap.
Boleh tahan lama juga haiwan itu berada berehat di tepi tingkap iaitu dari jam 3:30 petang hingga 7:00 malam.
Orang Ramai Teruja Lihat Burung Hantu Tumpang Tidur
Perkongsian menarik itu membuatkan pengguna media sosial teruja kerana menganggap penghuni kediaman itu sangat bertuah dapat melihat haiwan berkenaan pada jarak yang dekat.
Namun, ada pula sesetengah netizen yang meluahkan rasa kasihan kepada burung hantu tersebut kerana mendakwa habitatnya sudah semakin pupus dek kerana banyak pokok ditebang.
“Mungkin dia berehat kat situ sebab makin kurang kawasan hutan untuk menyorok,” ujar pengguna Facebook.
Seorang lagi netizen pula mengatakan bahawa haiwan tersebut merupakan burung hantu spesies Eastern Barn Owl yang tidak menetap di hutan sebaliknya lebih gemar berada di sekitar bangunan.
Sebagai info, haiwan ini memang agak besar iaitu bersaiz 34cm hingga 36cm. Jadi jangan terkejut kalau tiba-tiba nampak ada ‘benda’ yang hinggap tepi tingkap rumah korang juga.


Haiwan Lain Pun Pernah ‘Singgah’ Rumah Flat Di Singapura
Sebelum ini, penghuni di Blok 428 Bedok North Road di Singapura berdepan detik mengejutkan apabila terlihat seekor biawak sepanjang 1.5 meter berada di tingkat tiga rumah flat tersebut.
Difahamkan, biawak itu sendiri yang memanjat tangga dari tingkat bawah sebelum dijumpai oleh penghuni lain dan dihalau menggunakan penyapu.

Ada yang berpendapat mungkin biawak berkenaan cuba mencari mana-mana rumah yang sejuk untuk dijadikan sebagai tempat perlindungan.
Malah, netizen turut mendakwa kawasan hutan yang menjadi habitat haiwan berkenaan semakin berkurangan kerana faktor pembangunan yang semakin pesat di Singapura.
Baca Artikel Berkaitan: Penghuni Terkejut Jumpa Biawak ‘Panjat’ Hingga Tingkat 3 Rumah Flat
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.