Now Reading
Ini Respon Khairul Aming Lepas Tular Dakwaan Ada Pihak Catu Bantuan Banjir Yang Diberikannya

Ini Respon Khairul Aming Lepas Tular Dakwaan Ada Pihak Catu Bantuan Banjir Yang Diberikannya

Khairul Aming telah menerima beberapa aduan berhubung isu ketidakadilan dalam pengagihan barangan bantuan banjir yang diberikan di Kelantan.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Bencana banjir yang berlaku di sembilan negeri sekitar Semenanjung Malaysia khususnya Kelantan sejak minggu lalu membuatkan influencer Khairul Aming terpanggil untuk memberikan bantuan kepada mangsa yang terkesan.

Walau bagaimanapun, wujud dakwaan bahawa barangan bantuan yang diberikan itu tidak diagihkan secara adil oleh pihak tertentu di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) SK Tumpat 1.

Perkara ini secara tidak langsung telah menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan penduduk sehingga ada yang meluahkannya di media sosial.


Ini Respon Dari Khairul Aming Mengenai Dakwaan Tersebut

Menerusi video dimuat naik di laman TikTok (@khairulamingfans_), pengasas produk Sambal Nyet itu menjelaskan dia telah menerima beberapa aduan berhubung isu ketidakadilan dalam pengagihan barangan bantuan banjir yang diberikan.

Walau bagaimanapun, Khairul Aming dalam siaran ‘live’ di TikTok itu menjelaskan dia enggan terlibat secara langsung dalam isu tersebut memandangkan kurang info sahih yang diterima.

Dalam pada masa yang sama, influencer ini juga sedang sibuk untuk proses pengagihan bantuan dan tidak mempunyai waktu terluang untuk memikirkan hal tersebut.

Sumber: TikTok @user34417455075593

Tegasnya lagi, dia bersama pasukannya hanya bertanggungjawab untuk menghantar barangan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS).

“KA tak nak masuk campur dan saya tak benarkan team KA pun masuk campur isu tu. Info yang kami ada adalah kami cuma letak barang di sana kemudian kami terus gerak. Itu sahaja.

“Minta maaf KA tak boleh nak fokus semua ‘isu rumah tangga’ kat sana. Memang kita kat sini sangat-sangat padat dan laju sebab ramai lagi yang tak dapat bantuan,” tegas influencer itu.

Bagi mengelakkan perkara menjadi lebih keruh, Khairul Aming meminta agar individu tersebut untuk membuat laporan polis.

“Kalau betul benda tu jadi, buat laporan polis ke apa ke. Tapi selain daripada itu, team KA memang tak boleh masuk campur dan tak tahu langsung info. Takut nanti jadi fitnah,” ujar Khairul Aming.

Dalam video itu, influencer berkenaan menceritakan dia sendiri sudah ke PPS yang terlibat dan memberitahu bahawa petugas di sana menangis kerana difitnah menyorokkan barang bantuan.

“Semalam KA pergi kat PPS tu, akak AJK tu sampai menangis sebab orang fitnah dia sorok barang. Dia kata dia dengan anak sendiri pun tak cukup barang nak makan,” katanya.


Apa Sebenarnya Yang Berlaku?

Terdahulu, tular video daripada salah seorang penerima bantuan banjir di Kelantan yang meluahkan rasa kecewa terhadap barangan yang diterima.

Jelasnya lagi menerusi video dimuat naik di akaun TikTok @user34417455075593, barang bantuan yang dihantar oleh Khairul Aming adalah dalam kuantiti yang agak banyak.

Namun jumlah agihan yang diberikan kepada mangsa banjir di PPS berkenaan adalah sedikit.

Dakwanya, ketua kampung terbabit telah mencatu barang berkenaan. Bahkan dia turut berkongsi bukti berbentuk video di mana bantuan itu telah diasingkan terlebih dahulu sebelum diagihkan kepada penduduk terjejas.

TikTok @user34417455075593

“Memang teruk kena duduk PPS SK Tumpat 1, banyak barang yang sampai tapi yang dibagi hanya sedikit sahaja.

“Memang teruk ketua kampung sini. Saya tak nafikan musim sekarang memang tak cukup bekalan makanan tapi barang-barang memang banyak sampai tapi yang dibahagi hanya sedikit sahaja.

“Diorang sanggup asingkan barang-barang yang seperti dalam video,” tulisnya.

Difahamkan, pengguna TikTok itu hanya menerima sebungkus mi segera san sepekat biskut kering sahaja.

Baca Artikel Berkaitan: “Pembahagian Tak Adil” – Mangsa Banjir Kecewa, Dakwa Barang Bantuan Khairul Aming Dicatu Tok Penghulu [Video]

Baca Artikel Berkaitan: Jadi Bahan Troll Konon Minta Khairul Aming Buat Audit Banjir, Ini Respon Syed Saddiq [Video]


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd