Wanita Di Singapura Selamba Tukar Lampin Anak Di Medan Selera
Seorang pengunjung di sebuah medan selera di VivoCity, Singapura sesuka hati menukar lampin kanak-kanak lelaki di khalayak ramai semasa orang ramai sedang makan.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Tidak kiralah anda berada di mana-mana sekalipun, penjagaan kebersihan perlu diambil berat kerana ia akan mempengaruhi tahap keselesaan masyarakat di kawasan persekitaran.
Aspek ini lebih penting untuk ditekankan ketika berada di kedai makan kerana ia merupakan tempat di mana orang ramai menjamu selera dan boleh memberi kesan kepada kesihatan mereka jika dipandang ringan sahaja.
Namun perkara ini mungkin kurang difahami oleh seorang wanita di Singapura ini apabila dilihat melakukan perkara yang tidak sepatutnya di sebuah medan selera.
Baca Artikel Berkaitan: Wanita Ini Selamba Kencing Di Parkir, Guna Pintu Jadi Penghadang
Baca Artikel Berkaitan: 2 Lelaki Kena Marah, Disyaki Lepas ‘Hajat’ Di Tepi Longkang Buat Ramai Nak Termuntah
Wanita Sesuka Hati Tukar Lampin Kanak-kanak Di Tengah-tengah Medan Selera
Baru-baru ini, seorang pengunjung di sebuah medan selera di VivoCity, Singapura yang dikenali sebagai Charminn Ngiam telah berkongsi pengalaman kurang menyenangkan semasa berada di lokasi berkenaan.
Memetik laporan Mothership, dia menceritakan aksi seorang wanita yang selamba menukar lampin anaknya di khalayak ramai sekitar jam 7:30 malam pada 29 November lalu di saat para pengunjung sedang menjamu selera.
Lebih meloyakan tekak lagi apabila wanita tersebut membersihkan punggung kanak-kanak terbabit menggunakan tisu basah dan membiarkan bahagian berkenaan tanpa seurat benang semasa si kecil sedang berdiri di atas kerusi.
Tindakan itu juga disedari oleh salah seorang peniaga di medan selera terbabit sebelum memaklumkan kepada pengurus di premis tersebut dan memberikan teguran tegas.
Namun ketika teguran itu dibuat, wanita itu sudah selesai membersihkan kanak-kanak lelaki berkenaan dan sedang mengemas tisu basah yang digunakan.
Selepas diberikan teguran, si pelaku kekal berada di tempat duduknya dan lebih menjijikkan apabila dia tidak membasuh tangan selepas membersihkan bahagian punggung si kecil itu.
Sebaliknya hanya mengelap tangan menggunakan tisu basah.
Ngiam juga mendakwa seluruh kawasan tempat makan itu dicemari dengan bau yang kurang menyenangkan selepas apa yang dilakukan oleh wanita itu.
Orang Ramai Jijik Lihat Tindakan Tidak Beradab Wanita Berkenaan
Rata-rata masyarakat meluahkan rasa jijik melihat perbuatan tidak beradab wanita tersebut di tempat terbuka lebih-lebih lagi lokasi itu penuh dengan orang ramai yang sedang menjamu selera.
Meskipun ia berlaku di Singapura, namun ada yang mendakwa bahawa wanita terbabit adalah bukan warganegara, tetapi sebaliknya berasal dari China.
Malah, ada juga yang mempersoalkan sama ada tiada tandas berhampiran untuk membolehkan wanita itu membersihkan kanak-kanak berkenaan di tempat sepatutnya.
Selain itu, masyarakat juga menyifatkan aksi berkenaan sebagai perbuatan yang tidak beretika dan kurang beradab sehingga segelintir daripada netizen berharap agar pihak kerajaan mengenakan tindakan undang-undang terhadap mereka.
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.