Now Reading
[Video] Bos Mydin Benarkan Khairul Aming Ambil Barang Di Gedung Untuk Bantu Mangsa Banjir

[Video] Bos Mydin Benarkan Khairul Aming Ambil Barang Di Gedung Untuk Bantu Mangsa Banjir

Pengarah Urusan Mydin Datuk Wira (Dr.) Haji Ameer Ali Mydin memberi kebenaran kepada Khairul Aming untuk melunaskan bayaran segala barangan yang diambil selepas selesai misi bantuan banjir.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Beberapa negeri Semenanjung Malaysia iaitu di Kelantan, Terengganu, Negeri Sembilan, Kedah, Perlis, Johor, Pahang, Melaka dan Selangor dilaporkan mengalami banjir sejak minggu lalu.

Bencana ini telah meraih perhatian seluruh masyarakat Malaysia termasuklah influencer Khairul Aming yang sanggup turun padang untuk membantu meringankan beban mangsa banjir di negeri kelahirannya itu.

Pengasas produk Sambal Nyet itu juga tidak terkecuali dalam membantu mangsa banjir di Kelantan dengan mengedarkan produknya iaitu Dendeng Nyet Berapi kepada penduduk tempatan tanpa mengehadkan kuantiti bagi setiap individu.

Baca Artikel Berkaitan: “Tak Kedekut Rezeki” – Khairul Aming Edar Dendeng Nyet Percuma Kepada Mangsa Banjir Buat Ramai Terharu


Pengarah Mydin Mahu Bantu Misi Bantuan Banjir Khairul Aming

Prihatin dengan nasib mangsa banjir yang terjejas, Pengarah Urusan Mydin Datuk Wira (Dr.) Haji Ameer Ali Mydin juga mahu menghulurkan bantuan dengan memberi kebenaran kepada Khairul Aming untuk mengambil barangan di premis Mydin tanpa sebarang halangan.

Menerusi video dimuat naik semula di laman X (@localrkyt), beliau turut memberitahu kepada influencer terbabit untuk tidak menggunakan kad kredit atau terus membuat pembayaran.

Katanya lepas selesai misi bantuan banjir baru buat pembayaran kepada Mydin.

“Ambil sebanyak mana barang yang diperlukan, tak perlu risau pasal kad kredit atau hantar orang, 20,000 atau 100,000, lepas banjir baru bayar,” kata Datuk Ameer.

Bukan itu sahaja, Datuk Ameer juga memaklumkan bahawa pihak Mydin juga akan menyumbangkan 5,000 barangan bagi membantu misi banjir yang dikendalikan oleh Khairul Aming ini.


Orang Ramai Puji Kebaikan Mydin

Usaha murni yang dilakukan oleh Mydin sebagai tanda untuk menyokong misi bantuan oleh Khairul Aming itu mendapat reaksi positif dari masyarakat di media sosial.

“Bagus cara Mydin ni, selesai banjir baru boleh langsai bayar,” kata pengguna X.

Malah, mereka turut memberikan pujian kerana syarikat pasar raya itu merupakan antara pihak yang pantas menghulurkan bantuan kepada mangsa-mangsa banjir.

“Mydin dari dulu antara yang paling laju hulurkan bantuan. Semoga rezeki orang-orang baik ni sentiasa mengalir seperti air,” ujar netizen.

Dalam pada itu, masyarakat juga memuji bagaimana Khairul Aming menggunakan kuasa pengaruhnya di media sosial untuk tujuan kebaikan dan memberi manfaat kepada masyarakat.

Sumber: X

Mydin Pernah Bantu Mangsa Banjir Di Selangor Pada Tahun 2021

Bencana banjir yang pernah melanda negeri Selangor pada tahun 2021 yang lalu turut memberi kesan kepada Mydin selepas wujud segelintir pihak yang memecah masuk ke dalam Mydin Mart di Taman Sri Muda, Shah Alam.

Meskipun mengalami kerugian melebihi jutaan ringgit akibat banjir, namun pihak Mydin dengan seikhlas hati memaklumkan bahawa mereka menghalalkan segala barangan yang diambil oleh mangsa banjir.

Walaupun perbuatan mengambil barang itu tidak disokong tetapi dikecualikan demi kelangsungan hidup ketika dilanda bencana.

Selain itu, Datuk Ameer juga melancarkan kempen OURDIN sebagai inisiatif mengumpul dana dan mengajak rakyat Malaysia untuk terus bersama-sama membantu mangsa banjir.

Baca Artikel Berkaitan: Pengarah Mydin Halalkan Barang Diambil Oleh Mangsa Banjir

Baca Artikel Berkaitan: Rugi Lebih 5 Juta Tak Halang Mydin Untuk Lancar Kempen OURDIN Bantu Mangsa Banjir. Syabas!


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd