Now Reading
“Tak Kedekut Rezeki” – Khairul Aming Edar Dendeng Nyet Percuma Kepada Mangsa Banjir Buat Ramai Terharu

“Tak Kedekut Rezeki” – Khairul Aming Edar Dendeng Nyet Percuma Kepada Mangsa Banjir Buat Ramai Terharu

Menerusi video tular, kelihatan Khairul Aming tidak berkira untuk memberi sedekah produk Dendeng Nyet Berapi miliknya kepada mangsa banjir di Kelantan.

khairul aming edar dendeng nyet percuma

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Sejak beberapa hari ini, kecoh tentang bencana banjir yang melanda beberapa buah negeri termasuklah Kelantan, Terengganu, Negeri Sembilan, Kedah, Perlis, Johor, Pahang, Melaka dan Selangor.

Setakat jam 12.25 tengahari hari ini (2 Disember), terdapat 128,874 mangsa dengan Kelantan mencatatkan jumlah mangsa banjir tertinggi iaitu seramai 80,575 orang melibatkan sebanyak 25,125 buah keluarga.

Oleh disebabkan bencana alam yang semakin memburuk, pelbagai pihak telah ‘turun padang’ untuk menghulurkan sedekah dan bantuan buat mangsa terkesan.


Khairul Aming Edar Dendeng Nyet Percuma Kepada Mangsa Banjir Di PPS

Influencer terkenal dan pengasas produk Sambal Nyet, Khairul Aming juga tidak terkecuali apabila sudi membantu mangsa banjir di Kelantan.

Menerusi video di laman TikTok (@anaa.iqaa) Khairul Aming dilihat sedang mengedarkan bantuan kepada mangsa banjir di sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) sekitar Kelantan.

Menerusi video perkongsian, kelihatan Khairul Aming mengedarkan salah satu produknya iaitu Dendeng Nyet Berapi secara percuma kepada orang ramai termasuklah golongan muda dan tua.

Lebih mengharukan, pemberian sedekah itu tidaklah terhad kepada satu pek setiap orang, tetapi Khairul Aming membenarkan mereka mengambil lebih untuk dimakan bersama ahli keluarga yang lain.

“Makan dengan nasi putih nanti. Mari kumpul ramai-ramai. Siapa lagi tak dapat? Ambil dua pun tak apa. Siapa ada keluarga, anak-beranak ambil lebih tak apa,” ujar content creator itu sambil mengedar produknya.

Baca Artikel Berkaitan: Selepas Sambal Nyet, Kini Khairul Aming Lancar Produk Baharu Telan Belanja Lebih RM2 Juta [Video]

@ana.iqaa Tapi dalam baik2 #khairulaming ada saje amik kesempatan 🥹 begitula . #mangsabanjir #fyp ♬ Tujh Mein Rab Dikta Hai Flute version – Nishaa

Ramai Puji Sikap Pemurah Khairul Aming Dalam Membantu Masyarakat

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai memuji tindakan Khairul Aming yang tidak berkira dalam membantu rakyat Kelantan yang kini sedang berdepan dengan banjir.

“Khairul Aming ni memang tabik sungguh dengan dia. Dia bisnes kaya raya. Tapi duit dia bukan untuk benda mewah-mewah. Dia tahu ke mana dia nak gunakan duit tu. Memang nampak rezeki besar mencurah-curah Allah bagi dia. Dia guna tolong orang, all out,” ujar seorang individu.

Malah ramai yang berkata sikapnya yang pemurah adalah asbab mengapa perniagaannya berkembang maju.

“Patutlah bisnes dia makin hari makin maju sebab dia tak kedekut nak kongsi. Semoga dilipat ganda lagi rezeki,” kata seorang pengguna TikTok.

Sementara itu, orang ramai juga dilihat menitipkan doa yang baik-baik buat usahawan tersebut agar sentiasa dimurahkan rezeki.

“Sebab tu Allah limpahkan rezeki tak putus kepada dia. Allah bagi kekayaan kepada KA dan dia kembalikan balik kepada masyarakat. Tak akan miskin orang yang memberi ni. Malah akan dapat banyak lagi nanti,” kata seorang wanita.

Sumber: TikTok (@anaa.iqaa)

Khairul Aming Kumpul Sukarelawan & Bantuan Untuk Diedarkan Kepada Mangsa Banjir

Sebelum ini, Khairul Aming bersama pasukannya telah menyediakan satu ‘pusat pemindahan’ baru di sebuah dewan yang mana ia dijadikan sebagai lokasi pengumpulan dan pemeriksaan kualiti barangan yang akan diedarkan kepada mangsa banjir.

Bantuan sukarelawan yang ramai dan Standard Operasi Prosedur (SOP) yang baru membolehkan bantuan banjir disalurkan kepada mereka yang memerlukan seawal jam 1 tengahari.

Menurutnya, ia telah membantu seramai 7,200 mangsa di 17 lokasi kritikal banjir sekitar Kelantan.


Orang Ramai Diminta Elak ‘Dropoff’ Makanan Segar

Dalam hantaran terbaharu, Khairul Aming telah berkongsi jadual untuk pengumpulan barang hari ini (2 Disember) yang mana pintu PPS akan dibuka jam 9 pagi untuk orang ramai ‘dropoff’ bantuan.

Antara barangan yang diperlukan adalah seperti makanan sedia untuk dimakan, pakaian dalam, selimut, tuala dalam wanita (pad), roti dan sebagainya.

Orang ramai juga diminta untuk tidak membawa barangan segar sebagai contoh sayur, ikan dan nasi goreng kerana ia berisiko akan basi dan tidak tahan lama.

Baca Artikel Berkaitan: “The Real Influencer” – Khairul Aming Sumbang RM100,000 Hasil Jualan Sambal Nyet Untuk Bantu Palestin

Baca Artikel Berkaitan: Khairul Aming & Pinn Yang Berganding Bahu Bantu Jual Produk Lokal Di TikTok


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd