Now Reading
“Keluar Cari Wifi” – Adik Dayung Sampan Redah Banjir Untuk Tolong Kakak Hantar Assignment Raih Pujian

“Keluar Cari Wifi” – Adik Dayung Sampan Redah Banjir Untuk Tolong Kakak Hantar Assignment Raih Pujian

Menerusi video tular, kelihatan pelajar itu terpaksa melakukan tugasan universiti di sebuah kafe sekitar Kota Bharu memandangkan tiada internet di rumahnya sekitar Kampung Pulau Besar akibat banjir.

redah banjir nak submit assignment

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Banjir di kebanyakan negeri di Malaysia pada ketika ini sememangnya telah memberi kesan dan impak besar kepada rakyat. Ramai yang kehilangan hasil tanian serta ternakan, perabot dihanyut air banjir, rumah roboh, dan banyak lagi.

Bencana ini dalam masa sama menjejaskan pembelajaran golongan anak muda. Seperti sebelum ini, banyak kelengkapan peperiksaan milik calon-calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dilaporkan ditenggelami air.

Walaupun ia telah disimpan di tempat yang lebih tinggi, namun banjir teruk pada tahun ini tidak dapat menyelamatkan barangan terbabit, lapor Sinar Harian.


Adik Dayung Sampan Redah Banjir Untuk Tolong Kakak Dapatkan Akses Internet

Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman TikTok apabila seorang siswazah dikenali sebagai Syahirah (@syahirah_mz) berkongsi situasinya dalam mendapatkan akses internet sewaktu banjir melanda di Kampung Pulau Besar, Kelantan.

Oleh disebabkan tiada internet di rumahnya, dia terpaksa keluar dari kawasan itu dan mendapatkan akses di bandar atau tempat yang tidak terjejas.

Namun perkara yang mencuri perhatian adalah apabila si adik sanggup mendayung sampan dan meredah banjir semata-mata demi kakaknya yang mahu menghantar tugasan universiti.

“Adik saya sangat memahami. Dia punya effort nak kayuh bot (dayung sampan) 👍.

“Tiba-tiba tiang elektrik jatuh ketika nak jalan keluar. Terpaksa guna laluan jauh sikit,” ujar Syahirah.


Duduk Di Kafe Sekitar Kota Bharu Untuk Siapkan Tugasan

Setibanya di kawasan bukan banjir, mereka berdua telah menaiki motosikal untuk mendapatkan kereta. Dari situ mereka lantas bergegas ke bandar Kota Bharu bagi mencari mana-mana tempat yang masih dibuka.

“Nasib ada kafe yang buka. Setelah beberapa jam dan siapkan semua (tugasan) saya balik. Nak balik ke rumah naik bot (sampan) pula. Terima kasih adik saya. Doakan kami dan air banjir cepat-cepat surut,” kata Syahirah di ruangan kapsyen video.

Difahamkan, pihak Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) telahpun memberi pelepasan menghantar tugasan kerja buat para pelajar yang terkesan dengan bencana banjir.

@syahirah_mz Pray for kelantan #banjir2024#banjirtumpat#fyp ♬ Камин – DR3AM7NG

Ramai Sebak Lihat Kesungguhan Adik-beradik Redah Banjir

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai meluahkan rasa sebak melihat si adik yang sanggup berkorban demi kakaknya.

“Selalu ingat kebaikan adik ya. Usaha dia tolong ni tak ramai anak muda sanggup buat,” ujar seorang wanita.

Malah ramai juga dilihat memuji Syahirah kerana gigih berusaha demi pelajaran walaupun dalam situasi sebegitu.

“Selalu melalui kepayahan inilah buat kita menghargai ilmu dan orang sekeliling yang bantu kita. Jadi jangan putus asa. Tiada jalan singkat dan mudah untuk berjaya,” kata seorang lelaki.

Sementara itu, ramai warganet telah menitipkan doa buat Syahirah sekeluarga dan mangsa banjir yang terkesan agar segala urusan mereka dipermudahkan.

“Semoga Allah mudahkan segalanya. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul,” ujar seorang pengguna TikTok.

Sumber: TikTok (@syahirah_mz)

Baca Artikel Berkaitan: “Tak Kedekut Rezeki” – Khairul Aming Edar Dendeng Nyet Percuma Kepada Mangsa Banjir Buat Ramai Terharu

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Banjir Di Fair Park, Ipoh Pertama Kali Berlaku Dalam Tempoh Hampir 30 Tahun

Baca Artikel Berkaitan: Aksi Berani Dua Pemuda Terjun Sungai Ketika Arus Deras Buat Ramai Risau [Video]


Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd