Now Reading
“Dah Pesan Jangan Biar Kosong” – Cikgu Pening Tanda Kertas Peperiksaan Pelajar, Banyak Lompong & Jawapan Salah

“Dah Pesan Jangan Biar Kosong” – Cikgu Pening Tanda Kertas Peperiksaan Pelajar, Banyak Lompong & Jawapan Salah

Menerusi perkongsian guru dikenali sebagai Cikgu Acap itu, segelintir murid telah membiarkan kertas peperiksaan subjek Geografi tersebut kosong tanpa mencuba untuk memberikan sebarang jawapan.

murid tak jawab kertas peperiksaan

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Buat mereka yang bergelar seorang pendidik, sudah tentu anda mahu melihat setiap murid berjaya dalam pelajarannya.

Namun mendidik anak muda bukanlah satu perkara yang mudah lebih-lebih lagi jika berdepan dengan golongan yang liat untuk belajar.

Antara kerenah para murid yang perlu dilayan oleh cikgu sekolah termasuklah, kerap ponteng sekolah, tidak menyelesaikan tugasan, anak murid yang tidak beradab, malas belajar dan banyak lagi.

Baca Artikel Berkaitan: Azri Walter Buka Mulut Isu Pelajar Jawab Exam Guna Ayat ‘Sebab Boleh Dik’


Ramai Murid Beri Jawapan Salah & Biarkan Kertas Peperiksaan Lompong

Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman TikTok apabila seorang guru lelaki dikenali sebagai Cikgu Acap (@acapwaklu95) berkongsi situasi dirinya sedang menanda kertas peperiksaan subjek Geografi bagi murid tingkatan dua.

Menerusi video tular, kelihatan Cikgu Acap telah memangkah setiap jawapan salah yang ditulis oleh murid atas kertas peperiksaan.

Lebih parah lagi, segelintir murid dilihat membiarkan kertas mereka itu kosong tanpa menulis sebarang jawapan. Keadaan itu seolah-olah menunjukkan para pelajar ini tidak mahu mencuba walaupun tidak tahu jawapan yang tepat.

Menurutnya, dia telah pun memberi peringatan kepada anak didiknya agar tidak membiarkan kertas lompong, namun ramai yang masih melakukan perkara tersebut.

Situasi berkenaan membuatkan cikgu ini percaya bahawa para pelajar tidak mengulang kaji pelajaran sebelum peperiksaan itu bermula.


Cikgu Kecewa Ramai Anak Murid Tak Dapat Jawab Soalan Peperiksaan

Tambah Cikgu Acap lagi, subjek Geografi terdiri dengan pelbagai soalan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) yang mana murid boleh menjawab soalan tertera tanpa membaca buku teks.

“Geografi banyak soalan KBAT. Boleh jawab je walaupun tak ulang kaji buku teks. Janji pandai kaitkan dengan sekeliling,” katanya di ruangan komen.

Isu anak murid yang tidak dapat menjawab soalan peperiksaan dengan tepat itu sekaligus membuatkan Cikgu Acap berasa kecewa dan tertanya-tanya adakah kaedahnya dalam mengajar mereka selama ini tidak betul.

“Sebagai pendidik, kecewa dengan keadaan sebegini,” katanya.

@acapwaklu95 Peninggg… 💆‍♂️💆‍♂️💆‍♂️💆‍♂️ #geografi ♬ original sound – princess suzie pinky – ungkusuzieadriana3

Ramai Kecewa Lihat Segelintir Anak Murid Yang Ambil Mudah Terhadap Pelajaran

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai turut meluahkan rasa kecewa terhadap segelintir para murid yang mengambil sambil lewa terhadap peperiksaan sekolah.

“Pengalaman saya sebagai seorang ibu, budak-budak sekarang memang tak suka membaca sebab mereka ni lebih suka menghadap media sosial,” ujar seorang wanita.

Malah ramai juga mengaitkan perkara ini dengan isu pemansuhan peperiksaan kerana tidak mahu memberi tekanan kepada pelajar.

“Alasan sebab banyak tekanan. Padahal diri sendiri yang malas nak belajar,” kata seorang pengguna TikTok.

Sementara itu, sesetengah golongan guru turut berkongsi kisah mereka ketika menghadapi situasi lebih kurang sama seperti ini.

“Sebagai cikgu, bila budak tak boleh jawab kita yang mengajar ni rasa gagal. Rasa macam setahun ni mengajar tunggang langgang. Sediakan slaid dan fotostat kertas kerja macam tak ada fungsi. Alih-alih dihantar kertas kosong,” kata seorang guru.

Sumber: TikTok (@acapwaklu95)

Baca Artikel Berkaitan: “Anak Muda Tengah Membesar Perlukan Sedikit Stres” – Cikgu Ulas Isu Pemansuhan Peperiksaan

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Cikgu Kecewa Generasi Muda ‘Agungkan’ IShowSpeed Cetus Perdebatan Ramai

Baca Artikel Berkaitan: Betul Ke Belajar Di Pusat Tuisyen Lebih Faham Dari Sekolah? Ini Pandangan Orang Ramai


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd