Now Reading
[Video] Lelaki Habiskan 8 Kg Nasi Biryani Dalam Masa 58 Minit Sahaja

[Video] Lelaki Habiskan 8 Kg Nasi Biryani Dalam Masa 58 Minit Sahaja

Influencer Zermatt Neo telah melakukan cabaran makan Nasi Biryani Hyderabad seberat 8 kg itu di kedai makan ‘Mr Biryani’ yang terletak sekitar Chander Road Little India, Singapura.

zermatt habiskan 8kg biryani

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Memang tidak dapat dinafikan golongan masyarakat sememangnya menggemari makanan. Kadangkala ‘foodies’ ini juga sanggup mencabar diri mereka untuk melihat sebanyak mana mereka boleh makan sesuatu hidangan.

Seperti sebelum ini, influencer dari Singapura dikenali sebagai Zermatt Neo telah berkunjung ke sebuah restoran yang terkenal dengan menu Buttermilk Chicken iaitu Jibril di SS15, Subang Jaya.

Perkara yang mengundang perhatian adalah apabila Zermatt menghabiskan satu pinggan besar nasi bersama ayam masak mentega, udang dan juga lobster. Berat keseluruhan makanan tersebut adalah 8 kilogram (kg) ya.

Baca Artikel Berkaitan: Lelaki Makan 8 Kg ‘Salted Butter Chicken’ Di Restoran Jibril Raih Perhatian [Video]


Influencer Singapura Habiskan 8 kg Nasi Biryani Hyderabad

Zermatt sekali lagi berjaya menghabiskan makanan dalam kuantiti yang banyak apabila berkunjung ke sebuah kedai makan di Singapura baru-baru ini. Tular satu hantaran di laman TikTok menyaksikan Zermatt melakukan cabaran makan Nasi Biryani Hyderabad.

Untuk pengetahuan semua, hidangan Nasi Biryani Hyderabad ini berasal dari India. Namun lain daripada lain, Zermatt telah mencabar dirinya untuk makan sebanyak 8 kg!

@zermattneo 8KG Hyderabad Biryani Challenge! Not a pro at eating with my hands but I'm definitely a pro at eating biryani 🙌 #sgfoodie #foodchallenge ♬ original sound – Zermatt Neo

Kalau lihat sendiri Nasi Biryani yang dituangkan ke atas daun pisang itu, anda boleh lihat ia turut tersedia dengan ketulan daging kambing bersama dengan ‘lamb shank’. Walaupun saiz hidangan tersebut sangatlah besar, namun Zermatt berjaya ‘melicinkannya’.

“Tak pro makan guna tangan tapi yang pasti saya pro makan biryani 🙌,” ujarnya di ruangan kapsyen.


Habiskan Cabaran Makan Nasi Biryani Dalam Masa 58 Minit

Menerusi video siaran langsung di laman Facebook, Zermatt telah berjaya menghabiskan keseluruhan hidangan biryani itu dalam masa kurang satu jam sahaja iaitu 58 minit. Memang hebat!

Sekadar info, nama kedai makan tersebut adalah ‘Mr Biryani’ yang terletak di Chander Road Little India, Singapura.


Ramai Kagum Lihat Zermatt Berjaya Habiskan 8 Kg Biryani

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang berasa kagum dengan kebolehan Zermatt menghabiskan hidangan biryani itu.

“Dekat mana dia isi semua makanan tu weh? Ada kantung kangaru ke?” tanya seorang lelaki.

Malah ramai juga terliur melihat Zermartt makan hidangan tersebut dengan berselera.

“Alamak mengidam aku tengah-tengah malam ni tengok mamat ni makan,” ujar seorang pengguna TikTok.

Sementara itu, ramai juga ‘cemburu’ dengan lelaki berkenaan kerana mampu makan dengan banyak tanpa memiliki berat badan yang berlebihan.

“Kenapalah dia makan banyak tapi tak gemuk, kalau aku kejap je badan terus naik 😂,” kata seorang wanita.

Bukan itu sahaja, ramai juga memujinya kerana mencuba makan menggunakan tangan walaupun tidak begitu mahir.

Sumber: TikTok (@zermattneo)

Baca Artikel Berkaitan: “Rekod Paling Tinggi Dalam Sejarah” – Lelaki Singapura Pecah Rekod Makan Nasi Kandar RM300

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Lelaki Ini Sahut Cabaran, Pecahkan Rekod Makan Nasi Kandar RM400!


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd