Now Reading
[Video] Gelagat Penyampai Radio Hot FM Menyebut Nama Graduan Di Majlis Konvokesyen UKM Jadi Perhatian

[Video] Gelagat Penyampai Radio Hot FM Menyebut Nama Graduan Di Majlis Konvokesyen UKM Jadi Perhatian

Tiga orang penyampai radio stesen Hot FM yang diberi peluang untuk menyebut nama penerima skrol ketika Majlis Konvokesyen Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) adalah AG, Johan dan Bell Ngasri.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Kebanyakan Institusi Pendidikan Tinggi Awam (IPTA) kini dilihat sedang sibuk dengan Majlis Konvokesyen mereka bagi meraikan kejayaan para graduan yang menamatkan pengajian dengan jayanya.

Sudah pastinya penerima skrol ini akan berasa gementar untuk menaiki pentas meskipun ia hanya berlaku untuk tempoh beberapa saat sahaja.

Bukan sahaja para graduan, malah individu yang ditugaskan untuk menyebut nama mereka juga akan turut rasa berdebar kerana bimbang jika tersasul menyebut nama yang salah.


Penyampai Radio Hot FM Jadi Penyampai Nama Graduan Di UKM

Baru-baru ini, beberapa penyampai radio stesen Hot FM bersama seorang influencer yang dikenali sebagai Bidin diberi peluang untuk menyerlahkan bakat mereka dalam menjadi penyampai nama graduan di Majlis Konvokesyen Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Tiga orang penyampai radio bagi segmen Bekpes Hot yang terlibat adalah:

  • AG Azmeer
  • Bell Ngasri
  • Johan Raja Lawak
  • Bidin

Gelagat mereka semua ini cukup berbeza antara satu sama lain. Petugas yang menjaga tanggungjawab untuk menyebut nama para graduan juga dilihat membantu penyampai-penyampai radio berkenaan.

Maklumlah, tak sama ya jadi penyampai radio dengan penyampai nama dalam majlis yang penuh protokol.

Menerusi beberapa video dimuat naik di laman Instagram @hotfm976, gelagat Bell Ngasri dan Bidin mencuri tumpuan kerana mereka tersasul menyebut satu nama yang sama sebanyak dua kali walaupun sudah praktis sebelumnya.

Memang tergelak terus petugas di sana.

Jika dilihat situasi ketika Johan yang menjadi penyampai nama, lain pula gelagatnya selepas mikrofon hampir terjatuh. Nasib baik sempat betulkan sebelum perlu menyampaikan nama seterusnya.

Ketika giliran AG pula, tiada masalah yang berlaku. Malah, dia sering mendapat pujian dari petugas kerana dilihat berkali-kali menerima isyarat ‘thumbs up’ semasa menyampaikan nama dengan penuh berkualiti.

Mereka juga sempat bertemu dengan Naib Canselor UKM Profesor Datuk Gs. Ts. Dr. Mohd Ekhwan Haji Toriman dan bertanya sama ada beliau mendengar mereka menjadi penyampai nama.

“Saya tak dapat nak beza, sama semuanya,” ujar Naib Canselor UKM itu.

Dalam pada itu, pihak Hot FM turut berterima kasih kepada UKM kerana memberi peluang kepada mereka untuk meraih satu pengalaman yang berharga.


Pelbagai Reaksi Orang Ramai Selepas Lihat Aksi Penyampai Radio Di Majlis Konvokesyen Ini

Gelagat penyampai radio ini ketika menyebut nama graduan yang akan menerima skrol di atas pentas itu telah menghiburkan pengguna media sosial. Malah ada juga yang seolah-olah tidak percaya bahawa mereka melakukan itu tersebut.

“Betul ke tak ni? Serius lah,” tanya seorang pengguna Instgaram.

Siap ada yang rasa gementar melihat penyampaian mereka dan risau jika tersasul menyebut nama dengan tidak betul.

“Dah kenapa aku pula yang nervous ni?” kata pengguna Instagram.

Pada masa yang sama, pengacara terkenal iaitu Fedtri Yahaya juga meninggalkan komen dengan menyatakan hasrat untuk menyertai mereka.

Sementara itu, masyarakat turut memuji pihak Hot FM kerana mempelbagaikan aktiviti melibatkan penyampai mereka dengan orang ramai.

Sumber: Instagram


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd