[Video] Datuk Vida Dakwa Kena Scam Di London, Naik Beca Tak Sampai 15 Minit Dicaj RM1,128
Menurut Datuk Seri Vida, penunggang beca pada asalnya mengenakan caj sebanyak £235 (kira-kira RM1,325.87) namun telah memberikannya diskaun selepas percaya bahawa dia adalah seorang pelajar.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Apabila melancong ke sesebuah negara sudah tentu kita mahu mencuba pelbagai tarikan di sana. Pun begitu, ada juga peniaga yang mengambil kesempatan terhadap pelancong asing.
Sebelum ini, seorang YouTuber Malaysia dikenali sebagai Arif Aiman meluahkan kekecewaannya dan berasa seperti ditipu oleh sebuah pakej berjalan dalam laut (sea walking) semasa percutiannya di Bali, Indonesia.
Dia mendakwa bahawa jumlah yang perlu dibayar iaitu sebanyak 1.35 juta rupiah (bersamaan RM390) adalah tidak berbaloi dengan pengalaman semasa melakukan aktiviti terbabit.
Baca Artikel Berkaitan: YouTuber Malaysia Dakwa Kena Scam Semasa ‘Sea Walking’ Di Bali, Bayar Mahal Tapi Tak Berbaloi [Video]
Datuk Seri Vida Kongsi Pengalaman Naik Beca Di London
Baru-baru ini, tular satu hantaran di akaun TikTok Datuk Seri Vida (DSV) apabila usahawan kosmetik terkenal itu berkongsi pengalamannya menaiki beca di ibu kota London, United Kingdom (UK).
Dipercayai penunggang beca tersebut menawarkan servis rondaan sekitar bandar tersebut selama hampir 15 minit. Teruja dengan beca warna-warni yang turut berada di luar negara, Datuk Vida pun mengambil peluang untuk menaikinya.
Menerusi video tersebut kelihatan usahawan tersebut menikmati suasana menaiki beca dengan iringan lagu-lagu yang dimainkan. Namun selepas seketika meronda, Datuk Vida berasa pelik mengapa tiada pelancong lain yang menaiki beca berkenaan.
“Saya dah pelik kenapa ramai orang tak naik. Lepas tu semua orang pandang saya naik benda ni. Tengok, tak ada orang naik pun,” katanya.
Datuk Vida Kena Tipu Bayar RM1,128 Untuk Naik Beca
Setibanya di lokasi hentian, Datuk Vida meluahkan rasa terkejut selepas mendapati caj dikenakan bagi rondaan berkenaan. Jelasnya, dia telah dikenakan harga £200 (kira-kira RM1,128.20)!
Harga yang ditetapkan pada asalnya adalah sejumlah £235 (kira-kira RM1,325.87) tetapi disebabkan pembawa beca fikir dan percaya bahawa Datuk Vida adalah seorang pelajar, jadi dia berilah diskaun kepadanya.
“Saya kena tipu. Dia main letak je harga, tak kan harga macam tu. Bukan pucat, terkejut dengar. Padanlah tak ada orang naik. Tak sampai 15 minit dia pusing. Tak pasal-pasal.
“Siapa yang datang London nak naik beca tu beringatlah. Sekali pusing tak sampai 10 minit RM1300 kena. Tak puas hati!” ujarnya lagi.
@datoserividaofficial Hati Hati siapa nak datang London! #datosrivida #fypシ゚viral #foryou #foryoupage #quputehbarulahputeh ♬ Suspense, horror, piano and music box – takaya
Orang Ramai Terkejut Dengan Caj Bayaran Naik Beca Yang Begitu Tinggi
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai terkejut dengan caj yang begitu tinggi untuk bersiar-siar menaiki beca itu.
“Harga tiket mengalahkan tiket penerbangan. Baik naik flight je jalan-jalan ke negara lain,” kata seorang lelaki.
Malah, ramai juga memberi nasihat untuk bertanya dulu tentang harga dan servis ditawarkan sebelum menaiki beca di sana.
“Kalau £20 okaylah. Lain kali tanya la dulu berapa. Macam tulah kita berbelanja di mana-mana sebelum membayar sesuatu,” ujar seorang pengguna TikTok.
Sementara itu, ramai juga telah berseloroh melihat situasi tersebut.
“Kalau bayar mahal macam ni, dah boleh pusing satu Melaka 😂,” kata seorang wanita.
Baca Artikel Berkaitan: Nak Melancong Ke Luar Negara? Ini 9 ‘Tourist Scam’ Yang Korang Kena Tahu
Baca Artikel Berkaitan: Rakyat Malaysia Negara Paling Senang Kena Scam Berulang, Tertinggi Di Asia
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram