Suami Menang Cabutan Bertuah RM4.3 Juta Lepas Belikan Rantai Emas Untuk Isteri
Balasubramanian Chithambaram telah memenangi wang pemberian Mustafa Jewellery itu selepas membelikan rantai emas berharga RM19,859.74 (SGD6,000) untuk isterinya tiga bulan lalu.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
“Happy wife, happy life”.
Yang sudah berkahwin pasti pernah dengar ungkapan ini, kan? Bila isteri gembira, suami pun gembira.
Suami yang hebat adalah suami yang mampu membahagiakan isteri mereka. Nak buat hati isteri gembira itu senang je sebenarnya. Melayan mereka waktu ‘craving’ pun sudah cukup.
Malah, Islam juga menggalakkan para suami membahagiakan isteri mereka dan percayalah selepas itu, Allah SWT akan memberikan rezeki yang tidak disangka-sangka.
Baca Artikel Berkaitan: Hadiahkan Isteri Kasut Baru, Suami Terkejut Rezeki Masuk Sekelip Mata Dalam 1 Hari
Lelaki Di Singapura Menang RM43 Juta Lepas Belikan Isteri Rantai Emas
Baru-baru ini, seorang lelaki di Singapura bernama Balasubramanian Chithambaram dinobatkan sebagai pemenang bagi cabutan bertuah dan membawa pulang wang bernilai RM43 juta (SGD1.3 juta).
Kemenangan itu diperolehi selepas membelikan rantai emas berharga RM19,859.74 (SGD6,000) untuk isterinya tiga bulan lalu.
Pertandingan yang dianjurkan oleh sebuah kedai perhiasan, Mustafa Jewellery itu dikatakan mengadakan aktiviti tersebut setiap bulan sejak 14 bulan lalu.
Kebiasaanya, setiap pemenang bertuah pada setiap bulan akan memperolehi RM22,292.48 (SGD6,734).
Namun bagi penganjuran pada kali ini, perniagaan tersebut telah mengadakan ‘Million Dollar Grand Draw’ pada 24 November lalu di mana mereka yang bertuah akan memenangi wang RM43 juta (SGD1.3 juta).
Perkara ini turut dikongsikan oleh premis itu sendiri di laman Facebook mereka.
Pemenang Luah Rasa Terharu
Memetik laporan Mothership, Chithambaram yang merupakan seorang jurutera projek dalam pembinaan awam meluahkan rasa terharu dengan rezeki yang melimpahinya.
Malah, individu yang telah bekerja di Singapura selama 21 tahun itu juga menitiskan air mata ketika mendengar berita tersebut.
Chithambaram turut dilihat muncul dalam paparan video yang ditayangkan ketika majlis tersebut berlangsung.
Lebih menyentuh hati lagi apabila lelaki berkenaan memberitahu bahawa tarikh berkenaan merupakan hari di mana genap empat tahun kematian ayahnya.
Dengan wang tersebut, dia juga bercadang untuk membelanjakan sebahagian daripadanya untuk bersedekah kepada masyarakat sebagai tanda penghargaan selepas bertahun-tahun bekerja di Singapura.
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.