“Fikir Air Terjun Ke?” – Kelibat Biawak Enjoy Air Paip Mengalir Dalam Lubang Singki Jadi Tumpuan
Menurut seorang pekerja kedai makan dikenali sebagai Yaqin, dia terpaksa memanggil anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) untuk mengeluarkan biawak dari lubang singki itu.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Selalunya, kita dengar kucing oyen yang selalu buat hal dengan ragam mereka yang nakal. Pun begitu, haiwan-haiwan lain juga ada telatahnya tersendiri.
Seperti sebelum ini, seekor biawak telah menghiburkan hati orang ramai apabila ia dijumpai dalam keadaan menyandarkan dirinya secara menegak di sebuah tiang.
Biawak itu seperti sedang mahu berpura-pura menjadi tiang supaya anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) tidak dapat mengesan dan menangkapnya.
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Biawak Berlakon Jadi Tiang Untuk Elak Ditangkap Buat Ramai Terhibur
Pekerja Stres Jumpa Biawak Dalam Lubang Singki
Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman TikTok (@yaqin2j) menyaksikan situasi yang agak ‘random’ terjadi di sebuah kedai makan.
Kebiasaannya, kita akan terlihat serangga perosak atau lebih parah tikus ketika berada di sekitar premis makanan lebih-lebih lagi jika restoran berkenaan kotor.
Namun lain pula kali ini apabila muncul kelibat anak biawak pula. Perkara yang mengundang perhatian adalah apabila haiwan tersebut hanya mengeluarkan kepalanya menerusi lubang singki.
Menyedari perkara itiu lelaki dikenali sebagai Yaqin yang juga staf restoran berkenaan telah membuka paip dan membiarkan air mengalir membasahi biawak terbabit.
“Biawak dalam lubang singki guys. Kena OT (kerja lebih masa) sebab benda ni,” kata Yaqin di kapsyen video.
Terpaksa Panggil APM Untuk Keluarkan Biawak Yang Duduk Dalam Lubang Singki
Oleh disebabkan biawak tersebut dilihat tidak lari dari tempat itu, lelaki tersebut terpaksa memanggil anggota APM bagi menangani masalah berkenaan.
Sekali pandang, haiwan reptilia itu seperti tersepit di dalam lubang dan tidak boleh keluar daripada tempat terbabit.
“Tak pasal-pasal abang APM kena hadap kau malam-malam ni biawak. Dah satu kerja nak buka perangkap singki tu. Mandi la puas-puas,” kata Yaqin.
Lebih mencuri perhatian adalah apabila biawak itu kelihatan tenang dan santai seolah-olah menikmati air paip yang mengalir atas kepalanya.
@yaqin2j Biawak dalam lubang sinki gais #biawak #fyp #foryoupage ♬ Makan Dan Tidur – yulia
Gelagat Biawak Yang Terlalu Tenang Walau Kepala Tersangkut Curi Perhatian Warganet
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai terhibur dengan situasi itu kerana biawak tersebut kelihatan terlalu tenang.
“Dia nak mandi tu. Feeling-feeling macam air terjun versi dalam singki 😂,” ujar seorang individu.
Malah ada individu yang berkata biawak yang muncul secara tiba-tiba melalui lubang singki itu membuatkan dia berasa takut.
“Inilah punca aku malas nak basuh pinggan,” kata seorang pengguna TikTok.
Sementara itu, segelintir individu turut berkongsi pengalaman mereka berdepan dengan biawak sebelum ini.
“Biawak ni dia melompat tau. Pernah dia masuk rumah nak tangkap tu susah sebab dia melompat. Trauma aku tengok biawak ni tapi bila cari dekat google, ada cakap biawak ni tak ganas,” ujar seorang wanita.
Tips Elak Biawak Masuk Ke Dalam Rumah
Mesti ada di antara anda yang pernah berdepan dengan situasi biawak masuk di dalam rumah kan? Nak halau tu bukan main susah, lebih-lebih lagi jika ia besar.
Sebenarnya banyak perkara yang anda boleh cuba bagi mengelakkan haiwan reptilia ini masuk ke dalam rumah. Antaranya:
- Sembur minyak pati (essential oil) sekeliling rumah seperti bau aroma pudina yang tidak disukai kebanyakan haiwan reptilia dan serangga.
- Selalu bersihkan kawasan rumah kerana biawak suka duduk di dalam semak.
- Jangan biarkan air bertakung kerana biawak akan cari sumber air untuk minum.
- Pastikan lubang di bahagian bumbung rumah disimen bagi mengelakkan biawak menetap di dalamnya.
- Membasmi sumber makanan biawak yang membiak di rumah seperti serangga, reptilia kecil ataupun burung.
- Tanam pokok pudina atau Eucalyptus yang memberi aroma menyengat kepada biawak.
- Buang sisa makanan di dapur kerana baunya mampu menarik biawak ke dalam rumah.
- Memasang penghawa dingin jika ada kerana biawak tidak suka tempat yang sejuk.
Baca Artikel Berkaitan: “Tinggal Nak Masak Je” – Aksi Kucing Hitam Golek Pada Serbuk Kunyit Bikin Ramai Terhibur
Baca Artikel Berkaitan: Si Bulus ‘Makan Angin’ Atas Kereta Bergerak Buat Orang Ramai Terhibur
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram