[Video] Peniaga Laksa Di Singapura Guna Cacing Tanah Sebagai Penambah Rasa
Laksa campuran cacing tanah kering itu dijual sebagai ramuan perubatan tradisional Cina yang dipanggil sebagai ‘di long’
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Buat mereka yang berada dalam dunia perniagaan dan F&B sudah tentu anda mementingkan kualiti dan kelazatan makanan anda. Bukan itu sahaja, ramai juga di kalangan peniaga mahu menghasilkan menu yang unik serta kreatif.
Ini adalah untuk menarik lebih ramai pelanggan ke premis makanan anda. Mana tidaknya, sekarang ini sudah menjadi satu trend di mana orang ramai ‘hunting’ makanan-makanan pelik.
Sebagai contoh Pretty’s Hot Chicken telah tampil dengan menu unik digelar sebagai The Pretty’s Claw iaitu hidangan burger kaki ayam.
Baca Artikel Berkaitan: “Kreativiti Next Level” – Menu Burger Kaki Ayam Curi Perhatian
Peniaga Jual Laksa Cacing Tanah Di Singapura
Seorang peniaga turut menghasilkan menu luar biasa yang lain daripada lain iaitu hidangan laksa dengan campuran cacing tanah kering. Untuk pengetahuan semua, cacing tanah itu dikeringkan terlebih dahulu sebelum dimasukkan ke dalam makanan tersebut.
Peniaga bernama Zac Choy, 54 telah membuka premis makanan yang dikenali sebagai Nanyang Spice itu di pusat membeli-belah Sim Lim Square, Singapura.
Memetik portal Mothership, hidangan tersebut dijual sebagai ramuan perubatan tradisional Cina yang dipanggil sebagai ‘di long’. Menurut jurnal sains, cacing tanah telah lama menjadi makanan manusia kerana sifat perubatannya, lapor Kosmo.
Zac Tambah Baik Resepi Laksa Si Ibu Menggunakan Cacing Tanah
Laksa itu pada asalnya merupakan resepi daripada ibu Choy. Namun peniaga tersebut telah membuat keputusan untuk ‘menambah baiknya’ dengan memasukkan cacing tanah kering ke dalam hidangan.
“Ibu saya pernah menjual laksa di Melaka. Dia menyerahkan resipi itu kepada saya dan meminta saya menambah baik. Ketika proses itu, saya mencuba produk siap dan merasakan bahawa ia tidak cukup enak, seolah-olah ia kehilangan beberapa bahan utama.
“Atas cadangan ibu, saya menambah cacing tanah kering ke dalam kuah untuk menjadikannya lebih segar dan lazat.
“Saya secara perlahan-lahan mempunyai pelanggan tetap dan memberitahu mereka perkara sebenar. Walaupun terkejut, mereka tidak terlalu peduli kerana menyukai rasa laksa itu,” kata Choy.
Cacing Tanah Buat Santan Dalam Laksa Tahan Lebih Lama
Memetik Mothership, cacing tanah tersebut dikatakan tidak memberi impak yang besar kepada rasa laksa itu, namun menurut Choy ia membuatkan santan dalam kuah tahan lebih lama sebelum ia jadi basi.
Kalau anda nak tahu, hidangan ini mendapat sambutan baik yang mana sebanyak 30 ke 60 mangkuk laksa terjual dalam masa sehari.
Choy membelanjakan kira-kira S$300 (kira-kira RM992.94) sebulan untuk mendapatkan cacing tanah kering, yang dijual tanpa sebarang organ dalaman. Cacing berkenaan adalah panjang dan menyerupai rupa sotong kering.
Buat mereka yang mengunjungi Singapura anda bolehlah singgah ke restoran berkenaan yang dibuka pada setiap hari jam 9 pagi hingga 8 malam.
- Alamat: 02-02, Sim Lim Square, 1 Rochor Canal Rd, S188504.
Inside Scoop Perkenal Ais Krim Perisa Ubat Batuk
Terdahulu, Inside Scoop juga telah menjadi bualan ramai selepas mengeluarkan air krim berperisa ‘pelik’ dikenali sebagai Pei Pa Koa.
Apa yang menariknya, aiskrim tersebut adalah gabungan rasa vanila dan juga Ubat Cap Ibu Dan Anak yang legend di Malaysia atau nama sebenarnya Nin Jiom Pei Pa Koa.
Difahamkan, rasa penuh berkrim dari vanila itu akan diseimbangkan dengan sentuhan rasa dari ubat batuk berkenaan. Inside Scoop bagaimanapun mengarahkan premis tersebut menghentikan penjualan serta-merta bagi menjaga keselamatan pengguna.
Baca Artikel Berkaitan: “Zayn Malik Suka La Ni” – Inside Scoop Tampil Dengan Aiskrim Perisa Ubat Batuk. Pelik Tapi Benar
Baca Artikel Berkaitan: “Menangis Orang Arab”- Peniaga Tempatan Jual Kunafa Siap Soft Cookies & Disalut Coklat Raih Perhatian [Video]
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram