Now Reading
[Video] Lelaki Order ‘Air Mangkuk’ Di Sabah, Betul-Betul Dapat Minuman Dalam Mangkuk!

[Video] Lelaki Order ‘Air Mangkuk’ Di Sabah, Betul-Betul Dapat Minuman Dalam Mangkuk!

Menjenguk ke ruangan komen, istilah ‘air mangkuk’ kurang dikenali di Sabah.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Sudah menjadi trend di kalangan penggemar kedai mamak untuk meminta air bungkusan walaupun minum di kedai.

Mungkin kerana kuantitinya yang banyak menyebabkan air ini menjadi pilihan orang ramai.

Malah, air yang dibungkus senang dibawa pulang sekiranya pelanggan tidak sempat menghabiskan minuman tersebut.

Biasanya minuman sebegini yang dipesan akan diletakkan di dalam mangkuk dan dikenali sebagai ‘air mangkuk’.

Namun istilah ‘air mangkuk’ mungkin hanya banyak digunakan di kawasan sekitar Semenanjung Malaysia sahaja.


Air Minuman Diisi Di Dalam Mangkuk

Satu video yang dimuat naik di TikTok (@airdalamtin) menyaksikan keadaan di sebuah kedai makan.

Dapat dilihat bahawa air minuman yang diisi, dipercayai kopi susu ais, dihidangkan betul-betul di dalam sebuah mangkuk. Siap disediakan penyedut air dan sudu sekali!

Perkara itu terjadi apabila seorang individu telah memesan ‘air mangkuk’ apabila berkunjung ke Sabah.

“POV: Orang Semenanjung order air dalam mangkuk dekat Sabah,” tertulis pada video tersebut.

Kedengaran mereka hanya mentertawakan sahaja keadaan itu. Memang geli hati!

@airdalamtin

Karenah staff air dalam tin🤣🤣🤣🤣 airdalamtin tawaufoodie tourtawau

♬ original sound – Air Dalam Tin – Air Dalam Tin

“Tak Tau Concept Order Air Mangkuk Ke?” – Pengguna TikTok

Menjenguk ke ruangan, rupa-rupanya istilah ‘air mangkuk’ tidak digunakan di Sabah.

Sebaliknya seorang individu berkata apabila ingin memesan minuman tersebut, hanya sebut ‘tapau’ dan minta mangkuk setelah minuman sampai.

Ada juga yang bercerita bahawa istilah ‘ikat tepi’ juga tidak berapa dikenali di sana. Ini selepas dia meminta ‘air ikat tepi’, namun pekerja di kedai berkenaan termangu-mangu dan bertanya bagaimana cara untuk mengikatnya.

“Ni la rupa sebenar air dalam mangkuk. Yan biasa tu ikat tepi letak dalam mangkuk,” seloroh seorang wanita.


“Ini Sabah Tak Sama Dengan Semenanjung” – Pengguna TikTok

Dalam pada itu, orang ramai turut berkongsi perbezaan dari segi istilah makanan dan minuman yang terdapat antara Sabah dan Semenanjung Malaysia.

Sebagai contoh, jika ingin order teh atau kopi di Sabah, harus disebut sebagai teh susu atau kopi susu. Jika tidak, pasti anda akan mendapat teh O’.

Malah nasi ayam goreng juga berbeza, dengan ayam digoreng sekali dengan nasi di Sabah, manakala di Semenanjung pula ia bermakna nasi goreng dengan ayam yang digoreng berasingan.

Selain itu, jika ingin memesan minuman berais, ia disebut sebagai ‘ping’ dan bukannya ‘ais’.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram. 

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd