[Video] Ini 3 Wang Kertas Terbesar Di Dunia, Wang RM600 Di Tempat Pertama!
Pengeluaran wang-wang tersebut adalah terhad dan dijual pada harga lebih mahal berbanding nilai wang tersebut.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Rata-rata setiap negara pasti mempunyai wang kertas tersendiri yang dikeluarkan untuk kegunaan dalam urusan jual beli harian.
Namun, kadangkala terdapat juga wang kertas khas yang dihasilkan sempena hari penting atau bersejarah sesebuah negara termasuk hari kemerdekaan.
Namun siapa sangka, salah satu wang kertas Ringgit Malaysia khas yang dikeluarkan merupakan yang terbesar di dunia!
3 Wang Kertas Terbesar Di Dunia
Baru-baru ini, Banknote World telah berkongsi video di akaun TikTok mengenai tiga wang kertas paling besar di dunia.
Mungkin anda menganggap ketiga-tiga wang kertas itu boleh dibawa ke mana-mana, namun sebenarnya tidak muat langsung disimpan di dalam dompet sama sekali!
Malah, kesemua wang kertas itu dihasilkan dalam jumlah yang kecil dan kebiasaannya dibeli oleh para pengumpul (collector) sebagai koleksi.
3 Wang Kertas Terbesar Di Dunia
Berikut kami kongsikan tiga wang kertas terbesar di dunia.
#1. Wang $2,000 Fiji Dolar
Wang kertas ketiga terbesar di dunia ialah wang Fiji bernilai $2,000 (sekitar RM3,915.29 nilai mata wang semasa) yang dikeluarkan pada tahun 2000 sempena abad milenium.
Pada muka hadapannya terdapat imej Presiden Fiji pada waktu itu, manakala bahagian belakang dihiasi gambar flora dan fauna tempatan di negara berkenaan.
Menurut PMG, hanya 2,000 wang kertas itu yang dihasilkan. Namun 1,900 daripadanya telah dipulangkan kembali kepada Fiji Reserve Bank, manakala 100 lagi menjadi hak milik pengumpul wang kertas.
#2. Wang 100,000 Peso Filipina
Di tempat kedua, wang kertas Filipina bernilai 100,000 Peso (sekitar RM7,576.46 nilai mata wang semasa) telah diisukan pada tahun 1998 sempena sambutan kemerdekaan negara itu yang ke-100.
Wang kertas yang memaparkan adegan dan pemimpin-pemimpin Filipina itu adalah lebih besar daripada kertas bersaiz A4.
Dijual pada harga 180,000 pesos, ia hanya boleh dibeli oleh pengumpul wang kertas.
Ia telah dicetak di Jerman dan mempunyai 21 ciri-ciri keselamatan termasuk hologram.
#3. Wang RM600 Ringgit Malaysia
Malaysia menjadi negara dengan wang kertas terbesar di dunia apabila wang bernilai RM600 diisukan oleh Bank Negara Malaysia (BNM) pada tahun 2017.
Wang kertas berukuran 22cm dan 37cm itu dihasilkan sempena Ulang Tahun ke-60Â Perjanjian Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu.
Dalam masa sama, BNM turut mengeluarkan wang kertas bercantum tiga dalam satu RM60 dan wang kertas sekeping RM60.
Muka hadapannya dihiasi dengan imej Sultan Muhammad V selaku Yang di-Pertuan Agong ketika itu, bersama 14 YDPA terdahulu.
Manakala di bahagian belakang tertera imej beberapa tokoh sewaktu upacara menandatangani perjanjian Persekutuan Tanah Melayu.
Hanya dicetak sebanyak 6,000 keping, wang kertas RM600 itu dijual pada harga RM1,700.
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.